omniture

NovaFori Akan Menyediakan Teknologi Pasaran Dalam Talian Untuk Climate Impact X (CIX), Meningkatkan Pasaran Karbon Bagi Menangani Perubahan Iklim Global

NovaFori
2021-09-22 23:24 75

 

- Pakar pasaran B2B yang berpangkalan di London, NovaFori telah dipilih sebagai rakan teknologi untuk Climate Impact X bagi menyediakan akses global dalam pembelian kredit karbon yang dipercayai.

- Sebuah kerjasama yang sejajar dengan komitmen NovaFori untuk menyediakan teknologi pasaran bagi membangunkan pasaran digital baharu dan menangani perubahan iklim.

- Platform ini akan menyepadukan teknologi pasaran milik NovaFori yang terbukti dengan kesan alam sekitar, risiko dan data harga yang telus daripada rakan niaga yang terkemuka di pasaran dalam bidang kredit karbon .

LONDON, 22 September 2021  /PRNewswire/ -- NovaFori mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah dilantik sebagai rakan teknologi oleh Climate Impact X (CIX), sebuah bursa dan pasaran karbon global yang akan ditubuhkan oleh DBS, SGX, Standard Chartered dan Temasek.

NovaFori akan menyokong CIX dalam membina Pasaran Projek yang akan ditawarkan kepada pelbagai pembeli korporat yang ingin membeli daripada pilihan projek kredit karbon premium yang lengkap.

Platform ini akan menyepadukan teknologi pasaran milik NovaFori yang terbukti dengan kesan alam sekitar, risiko dan data harga yang telus daripada rakan niaga yang terkemuka di pasaran dalam bidang kredit karbon. Pasaran ini akan menampilkan projek pencegahan dan pengurangan karbon berkualiti tinggi yang disahkan serta memberikan penyelesaian yang memberi impak kepada pasaran karbon sukarela. NovaFori berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong strategi pertumbuhan jangka panjang CIX dalam penyelesaian iklim semula jadi dan seterusnya dengan meningkatkan fungsi teknikal dan kapasiti secara berkesan.

Nilai kerjasama antara NovaFori dan CIX terletak dalam usahanya mendorong penerimagunaan pasaran, menyatukan pembeli dan penjual untuk menumpukan permintaan dan mengoptimumkan bekalan yang merupakan langkah-langkah penting bagi meningkatkan pasaran karbon dengan berjaya.

Garry Jones, Ketua Pegawai Eksekutif NovaFori mengulas: "Kerjasama ini memastikan pembangunan pasaran yang memberi impak, memupuk ketelusan yang julung kali dalam pasaran karbon dan mewujudkan hab bagi projek pembangunan lestari baharu untuk berkembang. NovaFori dan Climate Impact X akan bersama-sama membangunkan penyelesaian untuk syarikat-syarikat bagi meningkatkan agenda ESG mereka dan mendorong permintaan untuk mencapai Sifar Bersih."

Mikkel Larsen, Ketua Pegawai Eksekutif Interim Climate Impact X menambah: "NovaFori ialah rakan teknologi penting yang menyediakan kepakaran dalam reka bentuk dan teknologi pasaran. Menyatukan pembeli dan penjual pada platform kredit karbon yang dipercayai dan bertaraf dunia milik CIX akan mendorong permintaan dan mengoptimumkan bekalan yang membuka laluan untuk peningkatan pasaran karbon sukarela yang berkesan. CIX berharap dapat membina pasaran yang telus yang akan mendorong peralihan ekonomi global ke arah keneutralan karbon menjelang tahun 2050."

Source: NovaFori
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Contracts Joint ventures New products/services