BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Festival Pertengahan Musim Luruh Cina, disambut pada 21 September tahun ini, merupakan satu peluang untuk perjumpaan keluarga. Ia merupakan hari yang mana ramai orang percaya bahawa impian dapat menjadi kenyataan apabila bulan mengambang penuh.
Pada hari ini, ayuh kita mengimbas kembali tahun 2021 yang mana setakat ini menyaksikan banyak impian Cina menjadi kenyataan, termasuk pencapaian matlamat keseratus yang pertama untuk membina sebuah masyarakat yang agak sejahtera dalam segenap aspek dan kejayaan pencapaian misi penerbangan angkasa dikendalikan oleh manusia Shenzhou-12.
Membina masyarakat agak sejahtera
"Melalui usaha berterusan daripada seluruh Parti dan seluruh negara, kami telah dapat merealisasikan matlamat keseratus tahun yang pertama untuk membina masyarakat yang agak sejahtera dalam segenap aspek," seperti yang dinyatakan oleh Presiden Cina Xi Jinping di sebuah majlis yang menandakan ulang tahun keseratus Parti Komunis China (CPC) pada 1 Julai.
Menerusi pengumuman berkenaan, China membawakan resolusi yang bersejarah terhadap masalah kemiskinan mutlak. Kini, negara ini melangkah menuju matlamat keseratus tahun yang kedua untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek.
Dalam tempoh lapan tahun, China berjaya membebaskan 98.99 juta orang miskin yang terakhir keluar daripada belenggu kemiskinan, bersama-sama 832 daerah miskin dan 128,000 kampung.
China membelanjakan sejumlah hampir 1.6 trilion yuan (kira-kira $246 bilion) untuk membasmi kemiskinan melalui strategi pembasmian kemiskinan bersasar dengan berusaha untuk membasmi kemiskinan melalui pembangunan.
Sejak Kongres Nasional ke-18 Parti Komunis China (CPC) pada tahun 2012, Xi telah mempengerusikan lebih tujuh simposium kerja pembasmian kemiskinan pusat, menjalankan lebih 50 lawatan penyelidikan berhubung pengurangan kemiskinan dan melawat kesemua 14 kawasan miskin yang berdekatan di China.
Berjuta-juta kader dihantar ke barisan hadapan pembasmian kemiskinan. Antara mereka, lebih 1,800 pekerja terkorban demi perjuangan hebat negara ini.
Daripada kata-kata Xi, pembasmian kemiskinan mutlak telah menunjukkan pencapaian yang luar biasa di China. Kemenangan ini telah dicapai melalui gabungan usaha antara seluruh Parti dan negara ini.
Kemajuan dalam penerokaan angkasa
Impian angkasa China merupakan satu lagi sorotan utama bagi tahun 2021. Negara ini mengisytiharkan kejayaan sepenuhnya misi penerbangan angkasa yang dikendalikan oleh manusia Shenzhou-12 setelah tiga angkasawan Cina mendarat dengan selamat di Bumi pada 17 September, mengakhiri perjalanan angkasa mereka selama tiga bulan.
Pada 29 April, China melancarkan modul teras Tianhe Stesen Angkasa China. Seperti yang dikatakan oleh Xi dalam perbualan beliau bersama angkasawan-angkasawan ini pada 23 Jun, "pembinaan stesen angkasa merupakan satu peristiwa penting dalam industri angkasa China yang akan memberi sumbangan perintis kepada penggunaan ruang angkasa yang aman oleh umat manusia."
Baca lebih lanjut:
Mengenai hari misi Chang'e-5, mengimbas kembali petikan utama Xi berhubung impian angkasa China
Kata-kata Xi menonjolkan semangat gigih China dalam usahanya mengejar penerokaan angkasa. Bahkan, Xi sentiasa memerhatikan dengan teliti pertumbuhan industri aeroangkasa China.
Sejak Kongres Nasional CPC ke-18 pada tahun 2021, presiden Cina ini memberi beberapa arahan penting berhubung pembangunan industri ini, berharap agar ia dapat terus melakar kejayaan baharu melalui inovasi dan keandalan mandiri.
Bermula daripada pelancaran satelit angkasa buatan manusia pertama China Dongfanghong-1 hinggalah kapal angkasa lepas Shenzhou-12, tempoh 50 tahun ini telah menyaksikan bagaimana China berusaha mencapai impiannya untuk "terbang ke langit dan menggapai bulan."
Impian Olimpik Seabad Lamanya
Dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang semakin menghampiri, impian China untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan ini akan menjadi kenyataan buat kali kedua yang akan turut menjadikan Beijing sebagai bandar pertama di dunia yang menjadi tuan rumah kedua-dua Sukan musim panas dan musim sejuk.
Bermula dengan impian untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1908 kepada akhirnya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 2008, impian berusia seabad ini menyaksikan perjalanan bangsa Cina menuju kesejahteraan.
Kini, China mengundang seluruh dunia untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk yang "hebat, luar biasa dan mengagumkan" ini. Memandang ke arah masa depan, terdapat banyak lagi impian Cina yang sedang menanti untuk dipenuhi.