omniture

CGTN: China terajui pembangunan mesra alam, berjanji tiada projek janakuasa arang batu baharu di luar negara

CGTN
2021-09-23 13:21 118

BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Setelah berjanji untuk berusaha mencapai puncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, China telah mengambil satu lagi langkah yang luar biasa dan praktikal dalam mencapai pembangunan mesra alam.

China akan meningkatkan sokongan kepada negara-negara sedang membangun yang lain dalam mempromosikan tenaga mesra alam dan rendah karbon dan tidak akan membangunkan projek-projek janakuasa arang batu yang baharu di luar negara, seperti yang diumumkan oleh Presiden Xi Jinping di perbahasan umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) melalui video pada hari Selasa.

Hal ini tidak memeranjatkan sebaliknya sangat penting memandangkan sebelum ini China telah bekerjasama dengan beberapa negara sepanjang laluan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) ke arah "menghijaukan" inisiatif ini.

Inisiatif pembangunan global 

Menghentikan pelaburan arang batu secara berperingkat-peringkat akan membawa harapan untuk mengurangkan emisi karbon yang menimbulkan ancaman kepada Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2030 untuk Pembangunan Lestari, terutamanya Matlamat 13 untuk tindakan iklim.

Selain daripada mengurangkan projek-projek janakuasa arang batu, China menjanjikan bantuan antarabangsa tambahan sebanyak $3 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyokong negara-negara sedang membangun dalam memberi tindak balas kepada COVID-19 dan menggalakkan pemulihan ekonomi serta sosial.

"Pembangunan merupakan kunci kesejahteraan penduduk," kata Xi, menambah bahawa negara-negara perlu bekerjasama untuk memimpin pembangunan global ke arah peringkat baharu pertumbuhan yang seimbang, terselaras dan inklusif.

Beijing telah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan komuniti antarabangsa termasuk Amerika Syarikat untuk bersama-sama memajukan tadbir urus alam sekitar global.

Sebagai contoh, melalui perkongsian bersama, China menubuhkan Gabungan Pembangunan Hijau Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Jalan yang bertindak sebagai platform untuk kerjasama BRI berhubung pembangunan mesra alam. Di bawah platform ini, China menyediakan lebih daripada 2,000 peluang latihan kepada pegawai, pakar dan juruteknik perlindungan alam sekitar dari lebih 120 negara yang mengambil bahagian.

Pematuhan kepada pembangunan mesra alam terpahat dalam kerajaan Cina melalui Perlembagaan dan rangka tindakan induk pembangunan negara sebagai tamadun ekologi harus diperhatikan dalam semua pembangunan sosioekonomi dan agenda politik.

Memerangi COVID-19 kekal sebagai tugas utama

Tidak dinafikan, walaupun banyak negara sibuk berusaha untuk membina semula ekonomi mereka di tengah-tengah pandemik ini, COVID-19 masih lagi berleluasa di dunia dengan jumlah kes baharu meningkat saban hari di seluruh dunia.

Dalam keadaan seperti ini, Presiden Xi menyeru untuk mengutamakan orang ramai dan nyawa mereka, mengambil pendekatan berasaskan sains terhadap pengesanan asal usul, meningkatkan respons COVID-19 global yang diselaraskan dan meminimumkan risiko penularan virus rentas sempadan.

Mengambil maklum bahawa vaksinasi ialah senjata yang ampuh untuk memerangi COVID-19, beliau menekankan bahawa keutamaan mendesak adalah bagi memastikan pengagihan vaksin yang adil dan saksama di seluruh dunia.

China berjanji untuk menyediakan sejumlah dua bilion dos vaksin COVID-19 kepada dunia menjelang penghujung tahun ini dan telah menyumbang 100 juta dos vaksin ke negara-negara sedang membangun yang lain sepanjang tahun ini berserta $100 juta kepada COVAX.

Pengamalan multilateralisme sebenar adalah kritikal

Sama ada meningkatkan tadbir urus alam sekitar global atau memerangi COVID-19, multilateralisme adalah paling utama yang merupakan satu lagi isi utama dalam kenyataan Xi di UNGA.

"PBB seharusnya menjunjung tinggi prinsip multilateralisme yang sebenar dan berperanan sebagai platform pusat kepada negara-negara untuk bersama-sama melindungi keselamatan sejagat, berkongsi pencapaian pembangunan dan merancang perjalanan demi masa depan dunia," kata Xi.

Presiden Cina menyeru PBB agar meningkatkan perwakilan dan suara negara-negara sedang membangun dalam hal ehwal antarabangsa dan menjadi peneraju dalam memajukan demokrasi dan kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa.

China, penyokong setia multilateralisme

Presiden Xi turut menggesa untuk membina jenis hubungan antarabangsa yang baharu berdasarkan kepada perasaan saling menghormati, kesaksamaan, keadilan dan kerjasama yang saling menguntungkan, menegaskan bahawa amalan membentuk lingkungan kecil atau mainan campur-tolak harus ditolak.

"Kejayaan sesebuah negara bukan bererti kegagalan negara yang lain dan dunia ini cukup besar untuk menampung pembangunan bersama serta kemajuan semua negara," kata beliau, menambah bahawa perbezaan dan masalah antara negara-negara perlu dikendalikan melalui dialog dan kerjasama berasaskan kepada kesaksamaan dan perasaan saling menghormati.

Sebagai negara membangun yang terbesar, anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan penyumbang kedua terbesar bagi penilaian belanjawan tetap dan pengaman PBB, China sentiasa menyokong dengan aktif usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melindungi dengan tegas sistem antarabangsa dan mendukung multilateralisme dengan tindakan yang konkrit.

Sejak Kongres Nasional ke-18 Parti Komunis China, China telah menganjurkan beberapa acara antarabangsa yang utama termasuk Sidang Kemuncak Hangzhou G20, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-22, Forum Jalur dan Jalan untuk Kerjasama Antarabangsa, Sidang Kemuncak Beijing 2018 Forum mengenai Kerjasama China-Afrika, Ekspo Import Antarabangsa China dan Persidangan mengenai Dialog Peradaban Asia.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-22/China-leads-green-development-with-another-practical-step-13KX5J87auI/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mining Mining/Metals Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Environmental Issues