omniture

Zoomlion Terajui Industri untuk Capai Emisi Karbon Puncak dan Keneutralan Karbon dengan Pembuatan dan Produk Pintar Mesra Alam

Zoomlion
2021-09-24 19:04 66

CHANGSHA, China, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Ketika negara-negara beralih ke arah emisi karbon puncak dan matlamat peneutralan karbon sejajar dengan Perjanjian Paris, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) menerajui industri dengan menggalakkan transformasi dan pembangunan mesra alam dengan membina kilang-kilang mesra alam yang pintar dan terus menaik taraf proses pembuatan, berusaha untuk menyumbang kepada penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan juga penggunaan sumber yang cekap.

Pembuatan Mesra Alam

Syarikat ini melabur sebanyak 100 bilion yuan (USD 15.5 bilion) untuk membina Bandar Industri Pintar Zoomlion, berdasarkan kepada barisan pengeluaran pintar dan platform Internet Pelbagai Benda (IoT), menggunakan teknologi digital bagi merealisasikan integrasi penuh faktor-faktor pembuatan serta sinergi dan penggunaan pintar dan mencapai penjimatan tenaga dan pengurangan emisi yang menyeluruh. Ia bakal menjadi bandar baharu ekologi yang mesra alam dan pintar serta kilang 'rumah api' yang bertaraf dunia.

Begitu juga dengan Kilang Pintar Kren Menara Zoomlion, dibangunkan berdasarkan kepada pendekatan reka bentuk kitaran hayat mampan yang menggunakan reka bentuk, teknologi, pempakejan, pembuatan mesra alam dan banyak lagi – mengintegrasikan 24 barisan pengeluaran pintar serta lapan teknologi pembuatan mesra alam bagi mencapai penaiktarafan mesra alam menyeluruh yang mencakupi kimpalan, penyingkiran habuk, pemprosesan, pengecatan, peralatan serta mendorong penjimatan tenaga dan pengolahan sisa.

Kadar teknologi dan proses pembuatan mesra alam masing-masing mencecah 98.7 dan 97.3 peratus sementara kadar kesan terhadap alam sekitar telah menurun kepada 2.7 peratus dengan emisi VOC berkurangan sebanyak 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Produk Mesra Alam 

Zoomlion turut melancarkan beberapa produk mesra alam yang utama dalam industri. Pada tahun 2020, Zoomlion mengeluarkan kren trak elektrik tulen pertama dunia ZTC250N-EV yang memiliki kelajuan maksimum 90km/j dan kebolehgredan maksimum sebanyak 50 peratus, sementara kos tenaga hanyalah 35 peratus daripada produk bahan api dalam kelas yang sama.

Portfolio produk tenaga baharu Zoomlion turut merangkumkan trak pencampur elektrik, platform kerja udara ion-litium dan kuasa-hibrid, forklift berkuasa elektrik dan hidrogen.

Zoomlion akan meneruskan strategi pembangunan mampan dan melaksanakan langkah-langkah mesra alam dengan teliti dalam seluruh operasi, pengeluaran, reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan produk, menggalakkan untuk mencapat matlamat keneutralan karbon dan mencipta nilai tambahan untuk persekitaran tempat tinggal pelanggan kami, industri serta umat manusia.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual 568 produk canggih daripada 70 barisan produk yang mencakupi 11 kategori penting.

www.zoomlion.com  

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation