omniture

SPDB dan Huawei Lancar SPDB Finwarehouse, Gabungkan Kewangan Digital dalam Penggudangan

Huawei
2021-09-24 23:11 481

SHENZHEN, China, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Pudong Development Bank (SPD Bank) dan Huawei memperkenalkan SPDB Finwarehouse Solution di HUAWEI CONNECT 2021. Penyelesaian ini merupakan salah satu kejayaan terbesar dalam inovasi bersama untuk pendigitalan kewangan. Ia juga merupakan satu langkah ke arah menyatukan Bank of Things (Bank Pelbagai Benda), memandangkan penyelesaian ini menggunakan IoT untuk mendapatkan cagaran harta alih, menjadikan setiap objek boleh dikenal pasti, setiap penggera boleh dikesan dan setiap item boleh dipercayai.

Tahun lalu, SPD Bank dan Huawei mengeluarkan Bank of Things White Paper (Kertas Putih Bank Pelbagai Benda) yang mencadangkan model dan sistem perkhidmatan kewangan baharu. Susulan hal ini, SPD Bank mula mengaplikasikan teknologi digital yang inovatif untuk mempromosikan Bank of Things, bekerjasama dengan Huawei untuk "menyelami digital". SPDB Finwarehouse ialah salah satu inisiatif penting yang terhasil daripada kerjasama dan hala tuju ini.

Penyelesaian ini dirancang untuk rantaian bekalan industri dan merupakan cara yang inovatif untuk mengurus sandaran bagi harta penggudangan boleh alih. Sebelum ini merupakan aspek perkhidmatan kewangan yang tidak menyaksikan pendigitalan yang luas, harta alih merupakan bidang pasaran inovasi yang bernilai berbilion-bilion yuan.

SPDB Finwarehouse: Pengurusan Selamat dan Mudah untuk Harta Alih

Biasanya, harta alih terdedah kepada beberapa risiko. Sebagai contoh, pemilikan mungkin tidak jelas, maka hartanah dicagarkan beberapa kali. Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat penyeliaan mungkin tidak sentiasa beretika sepenuhnya dan inilah sebabnya pencemaran mutu berkemungkinan terjadi. Walaupun sekiranya penyeliaannya tepat, kosnya tinggi tanpa kaedah digital. Selain itu, tanpa platform pelupusan, barang-barang sukar dijana keuntungannya.

Sebagai respons kepada isu-isu ini, SPD Bank merancang penyelesaian yang lebih tepat dan boleh dipercayai. SPDB Finwarehouse menggunakan RFID, alat timbang dan peranti PDA rantaian blok untuk merekodkan maklumat objektif secara langsung di gudang. Barangan masuk dipadankan dengan pembiayaan dan peminjaman, manakala barangan keluar dikaitkan dengan pembayaran balik. Ini menjadikan penyeliaan barangan jauh lebih mudah dan lebih berkesan.

Penyelesaian ini turut membantu menentukan dengan tepat nilai barangan. Ia mengintegrasikan perdagangan, persepsi dan maklumat pasaran yang disahkan dan menggunakannya untuk menentukan pemilikan, penilaian dan pelupusan yang cekap. Pada asasnya, aliran logistik, komersial, modal dan maklumat menjadi terpusat, menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aset alih dengan betul. Perusahaan huluan dan hiliran kini dapat mengakses perkhidmatan kewangan yang tepat yang meliputi seluruh rantaian bekalan.

Ilustrasi: SPDB Finwarehouse: Harta alih boleh dipercayai, boleh diurus dan mudah dilupus

Kumpulan Aset Boleh Dipercayai Dikuasakan oleh IoT Pintar

Logistik dan gudang kerap menggunakan teknologi digital. Justeru itu, Huawei dan SPD Bank menggunakan peranti IoT pintar di gudang serta memperkenalkan keupayaan AI dan pengesahan data berbilang dimensi. Ini dapat mengubah gudang biasa menjadi gudang kewangan, mengintegrasikan perkhidmatan kewangan ke dalam proses pengurusan dan perniagaan.

Berdasarkan kepada platform HUAWEI CLOUD, SPDB Finwarehouse menjadikan setiap objek dapat dikenal pasti, setiap penggera dapat dikesan dan setiap item boleh dipercayai. Penyelesaian ini membawakan teknologi yang berikut:

  • RFID teragih meletakkan objek dalam beberapa meter, mengambil stok secara automatik dan mengesan item pada waktu sebenar.
  • Dengan model Pangu, kebanyakan model boleh digunakan semula, mengurangkan bilangan sampel yang diperlukan untuk latihan dan memendekkan tempoh pembangunan projek.
  • Platform IoT Huawei melaksanakan pemodelan terbantu-GUI, menetapkan dan membina model dengan fleksibel dan mengurusnya secara terpusat. Ia mengesah silang data melalui teknologi kembar digital dan menjalankan analisis risiko komprehensif ke atas barangan, proses, kakitangan dan persekitaran gudang.

Pusat Pemantauan Menjamin Ketulenan Barangan Masuk

Di Pusat Pemantauan SPDB Finwarehouse, operator boleh mengesahkan ketulenan barangan masuk dengan mudah. Mereka boleh mengira tindanan kargo melalui model Pangu dan mengesahkannya menggunakan kod pengimbasan, data berat dan data latar belakang perdagangan.

"SPDB Finwarehouse ialah projek kewangan digital perintis. Kami telah melakukan penilaian yang mendalam ke atas keperluan pasaran perkhidmatan perusahaan. Kini, kami perlu terus mencari jalan untuk mentransformasikan logik perniagaan kami dan membangunkan semula keupayaan teknikal kami agar dapat seiring dengan pendigitalan." — kata En. Chen Haining, Pengurus Besar Jabatan IT SPD Bank. Beliau menambah, "Dengan mengintegrasikan teknologi digital ke dalam industri-industri, kami dapat menggunakan keupayaan digital untuk meneliti senario rantaian bekalan pelbagai industri ekonomi sebenar. SPD Bank berharap dapat bekerjasama dengan Huawei untuk mengintegrasikan kewangan dengan ekonomi sebenar."

Dalam dunia yang mana segala-galanya terhubung, senario dan model perniagaan baharu akan terus muncul.

"Huawei dan SPD Bank akan terus berinovasi, menyediakan produk teknologi utama dan penyelesaian infrastruktur awan tindanan-penuh untuk penaiktarafan kewangan digital. Kami juga akan memanfaatkan inovasi teknologi demi penaiktarafan perkhidmatan kewangan yang lebih pantas, bekerjasama untuk terus saling menghubungkan industri-industri dengan inovasi kewangan yang disesuaikan." — kata En. Jason Cao, Presiden Unit Perniagaan Kewangan Global, Huawei Enterprise BG, "Huawei telah menyumbang teknologi tindanan-penuhnya untuk beroperasi dengan SPDB Finwarehouse bersama SPD Bank. Bersama pelanggan kami, kami menyelami dunia digital dan menggalakkan penaiktarafan kewangan digital. Kami berharap dapat memacu ekonomi sebenar ke hadapan dengan kuasa kewangan. Huawei komited untuk membantu institusi kewangan ketika mereka tekal menaik taraf ketangkasan, kecerdasan, perkhidmatan industri serta pembinaan ekosistem. Kami membantu institusi-institusi kewangan sepanjang perjalanan transformasi digital mereka dan membina industri kewangan yang terhubung sepenuhnya, pintar dan berasaskan ekosistem bersama-sama."

SPD Bank dan Huawei menubuhkan sebuah makmal inovasi bersama pada tahun 2018, yang telah membawa kepada beberapa projek yang berjaya. Pada Ogos 2020, mereka menandatangani perjanjian kerjasama strategik yang komprehensif dan bersama-sama menerbitkan The Bank of Things White Paper — satu pencapaian yang besar. SPD Bank akan memfokuskan kepada pengalaman pengguna, mengaplikasikan teknologi digital dan berinovasi dengan industri-industri seperti peruncitan, komunikasi, pengangkutan dan rawatan kesihatan bagi meningkatkan ekonomi digital.

Dalam dunia yang mana segala-galanya terhubung, kewangan, teknologi dan industri akan dihubungkan dengan erat. Huawei dan SPD Bank memanfaatkan kuasa Teknologi Kewangan berasaskan awan untuk berkhidmat kepada masyarakat, mendayakan pelanggan dan mencipta nilai industri yang baharu.

Huawei menganjurkan HUAWEI CONNECT 2021 secara dalam talian mulai 23 September hingga 31 Oktober. Tema bagi acara tahun ini ialah Menyelami Digital (Dive into Digital). Kami akan menyelami secara mendalam aplikasi teknologi yang praktikal seperti awan, AI, 5G dalam semua industri dan bagaimana ia dapat menjadikan organisasi-organisasi daripada semua bentuk dan saiz lebih cekap, lebih serba boleh dan akhirnya lebih berdaya tahan ketika kami melangkah ke arah pemulihan ekonomi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan tempatan kami atau lihat https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Contracts