omniture

"Lagu debut MunkE AKAN terkenal," kata Record Label @MunkEMusic

www.munkemusic.com
2013-07-11 21:16 148

LONDON, 11 Julai 2013 /PRNewswire/ --

"I'm A CEO" bakal menjadi lirik lagu paling dinyanyikan sejak "Op op oppan gangnam Style"!

Setelah berbulan-bulan dirahsiakan, masanya sudah tiba untuk dunia mengalami lagu debut daripada DJ/Penerbit yang hebat diperkatakan, MunkE. Single baharu yang sangat menarik berjudul 'CEO' menampilkan bakat vocal hebat iaitu penyanyi rap London muda, BarnB, dan juga merupakan hasil gubahan muzik pertama label rekod dengan inovasi terkini dari UK, MunkE Music. Sensasi internet tahun lepas mungkin sekali Gangnam Style, tetapi pada kali ini MunkE dengan lagunya yang berjudul 'CEO'. Lagu baharu bergaya yang menakjubkan ini bakal kedengaran dari komputer-komputer, tablet dan telefon pintar mulai hari ini, sedia untuk dimuat turun dari semua kedai digital yang bagus!    

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130709/626468 )

DJ/Penerbit yang berpakaian segak itu, MunkE, menampilkan bakat DJnya yang mengagumkan dalam lagu 'CEO', dengan menggores rentak-rentak baharu yang mengasyikkan menggunakan piring putar bagi mencipta lagu yang sangat menyeronokkan dan ceria yang mudah dijadikan lagu tarian dan nyanyian ikutan. MunkE, yang identiti sebenarnya tidak diketahui, memakai sepasang sut pereka fesyen yang bergaya dan fonkepala berfesyen.

BarnB bakal menjadi artis urban terkenal yang paling baharu, sebagai cabaran bagi artis-artis seperti Dizzee Rascal dan Tinchy Stryder. Beliau bukan sahaja menyumbangkan bakat nyanyian rap hebatnya untuk lagu itu, malah beliau juga menulis liriknya, yang sungguh mengasyikkan sehinggakan selepas mendengarnya, anda pasti tidak mampu melupakan lirik 'I'm a CEO'! Lagu ini penuh dengan rujukan terhadap perkara-perkara yang paling berunsur 'bling' dalam kehidupan, termasuklah kereta-kereta Ferrari, rim krom, cincin berlian dan barangan yang berkilai-kilauan.

Bintang-bintang video baharu lagu tersebut, serta MunkE dan BarnB, seorang lelaki bergaya canggih (wannabe) yang nampaknya seronok dengan semua kemewahan yang datang dengan memiliki gelaran CEO (ketua pegawai eksekutif) – kereta-kereta laju, gadis-gadis seksi, sut-sut bergaya. Kita hanya sedar bahawa beliau hanyalah membesar-besarkan status tingginya untuk menimbulkan rasa kagum para wanita (dan sebenarnya seorang drebar), apabila kita melihat CEO yang sebenar menaiki sebuah kereta Rolls Royce Phantom yang hebat.

MunkE Music merupakan label rekod baharu yang memacu industri muzik ke hadapan, bekerja dengan golongan artis kebangsaan dan antarabangsa yang paling berbakat untuk mencipta lagu-lagu hit yang mendominasi dunia. MunkE Music berada dalam kedudukan yang teramat menguntungkan untuk mempunyai kemudahan-kemudahan penerbitan terbaik, kepakaran dan sumber kewangan untuk menggubah lagu-lagu carta, merentasi pelbagai genre, semuanya beserta ilham daripada MunkE sendiri!

MunkE akan menjelajah kelab-kelab UK, bermain untuk ratusan dan ribuan peminat muzik dari seluruh negara. Anda boleh mengikuti perkembangan terkini jelajah MunkE dengan senantiasa melayari laman web rasminya http://www.munkemusic.com, atau anda boleh mengikuti beliau di Facebook dan Twitter. Anda boleh memuat turun lagu CEO daripada semua kedai digital bagus termasuk iTunes! Tontonilah video hebat lagu CEO di YouTube di sini!

Youtubehttp://www.youtube.com/watch?v=tuWdEGCtXmI

iTuneshttps://itunes.apple.com/gb/album/ceo-single/id670892526

http://www.munkemusic.com

Hubungi: MunkE Music, +44(0)844-567-7711, pr@munkemusic.com

Sumber: www.munkemusic.com

Source: www.munkemusic.com
Keywords: Entertainment Music New products/services