omniture

Syarikat Teknologi Kewangan Singapura Pertama Terima Pengiktirafan Antarabangsa Untuk Tingkatkan Kepercayaan Dalam Bayaran Digital

CubePay
2021-09-27 12:09 162

CubePay diperakui oleh TÜV SÜD dalam ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701.

SINGAPURA, 26 September 2021 /PRNewswire/ -- Cube Payment Services Pte Ltd (CubePay), sebuah syarikat teknologi kewangan pembayaran digital terkemuka yang beribu pejabat di Singapura, mengumumkan mengenai pencapaian sijil-sijil Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS): ISO/IEC 27001 dan Sistem Pengurusan Maklumat Privasi (PIMS): ISO/IEC 27701 – pengiktirafan berkualiti untuk sebuah syarikat teknologi kewangan Singapura yang pertama memperoleh dua pensijilan antarabangsa (sila lihat nota kaki). Pensijilan ini merupakan satu lagi pencapaian penting dari segi komitmen CubePay untuk menyediakan inovasi yang bertanggungjawab serta penyelesaian pembayaran digital yang boleh dipercayai kepada pemeroleh, peniaga dan juga pengguna.

Sijil-sijil ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701 disampaikan secara rasminya kepada CubePay dalam sebuah acara yang diadakan di TÜV SÜD PSB Singapore pada 24 September 2021. Dari kiri ke kanan: Cik Tan May Shan, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, CubePay. En. Benjamin Chua, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama, CubePay. En. Clement Teo, Naib Presiden Kanan - Jaminan Perniagaan (ASEAN), TÜV SÜD.
Sijil-sijil ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701 disampaikan secara rasminya kepada CubePay dalam sebuah acara yang diadakan di TÜV SÜD PSB Singapore pada 24 September 2021. Dari kiri ke kanan: Cik Tan May Shan, Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama, CubePay. En. Benjamin Chua, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama, CubePay. En. Clement Teo, Naib Presiden Kanan - Jaminan Perniagaan (ASEAN), TÜV SÜD.

Menambah kepada akreditasi Tahap 1 Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Bayaran (PCI-DSS) sejak tahun 2016, akreditasi ISO/IEC yang baru diperoleh ini telah meningkatkan strategi keselamatan siber proaktif CubePay dalam pengurusan risiko, pencegahan ancaman dan perlindungan terhadap privasi data.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan keperluan untuk mengatasi jenayah siber yang semakin meningkat apabila teknologi digital menjadi sangat berkait rapat dengan perniagaan serta pilihan gaya hidup pengguna:

  • 94% pengguna di APAC mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah bayaran baru muncul pada tahun 2021 dan kebimbangan mengenai keselamatan menjadi keutamaan pengguna (Sumber: Mastercard).
  • 38% peniaga melaporkan kehilangan 6% atau lebih pendapatan mereka akibat penipuan pembayaran (Sumber: WorldPay)
  • Jenayah siber Singapura membentuk 43% daripada semua jenayah yang dilaporkan pada tahun 2020 (Sumber: Cyber Security Agency of Singapore)

En. Benjamin Chua, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas Bersama CubePay, berkata, "Ketika Singapura menempuh perjalanan untuk menjadi Bandar Pintar yang terkemuka, pembayaran digital tanpa sempadan semakin menjadi kaedah bayaran pilihan. Di belakang tabir, kami sentiasa mengemas kini strategi keselamatan siber kami dalam memenuhi ancaman yang semakin berkembang. Kami mengguna pakai piawaian terbaik ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701 bagi memberi jaminan kepada pelanggan kami – Kami tidak berkompromi apabila ia melibatkan keselamatan pembayaran dan privasi data."

En. Clement Teo, Naib Presiden Kanan - Jaminan Perniagaan (ASEAN) di TÜV SÜD PSB Singapore, berkata, "Kami mengucapkan tahniah kepada CubePay atas pencapaian yang penting ini kerana menjadi syarikat teknologi kewangan yang pertama di Singapura memperoleh kedua-dua akreditasi ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701 bersama TÜV SÜD PSB Singapore. Akreditasi ini akan mendorong kepercayaan yang lebih tinggi dalam kalangan rakan kongsi ekosistem bayaran digital CubePay."

Sijil-sijil ISO/IEC 27001 dan ISO/IEC 27701 disampaikan secara rasminya kepada CubePay dalam sebuah acara yang diadakan di TÜV SÜD PSB Singapore pada 24 September 2021.

TÜV SÜD dan CubePay telah bersama-sama menulis kajian kes berkenaan akreditasi CubePay, boleh didapati di laman sesawang TÜV SÜD: https://www.tuvsud.com/en-sg/resource-centre/case-studies/cube-payment-services.

Latar Belakang CubePay 

Cube Payment Services Pte Ltd (CubePay) ialah sebuah syarikat teknologi kewangan pembayaran digital milik persendirian yang beribu pejabat di Singapura. Sejak tahun 2014, CubePay merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam ekosistem pembayaran digital Singapura. Ia telah menjalin kerjasama yang bertahan lama bersama syarikat, rangkaian, pemproses, pemeroleh, peniaga teknologi pembayaran yang terkemuka. CubePay mengendalikan Platform Pembayaran Peniaga RadiumOne yang memudahkan pembayaran digital.

Maklumat lanjut: https://www.cubepayment.com.

Dikeluarkan oleh: 

CubePay Marketing
Emel: press@cubepayment.com

Nota kaki (1)
CubePay ialah syarikat teknologi kewangan (Fintech) Singapura yang pertama mencapai akreditasi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (SAC) ISO/IEC 27001 dan Sistem Pengurusan Maklumat Privasi (NABCB) ISO/IEC 27701 oleh Badan Pensijilan TUV SUD PSB Singapore.

APENDIKS

CATATAN UNTUK EDITOR: 

Latar Belakang Akreditasi

Sumber Rujukan

https://www.mastercard.com/news/ap/en/newsroom/press-releases/en/2021/may/pandemic-alters-spending-habits-in-apac-drives-rapid-shift-to-emerging-payment-technologies/

https://offers.worldpayglobal.com/rs/850-JOA-856/images/WDP_223_GPR_SURVEY_REPORT_FINAL.pdf?mkt_tok=ODUwLUpPQS04NTYAAAF99Q6zWA3LDJe4LgR_ht6JTcZVi3HMxG9CuPa4q0qZPPlEaXM0Bm_osdtXhcjKLCOVsMx_8tNK3VZydrjieW62guL04QcbF74LjnSAbuiSpDS7y-U

https://www.csa.gov.sg/News/Press-Releases/ransomware-incidents-online-scams-and-covid19-related-phishing-activities-dominated-cyber-landscape-in-2020

Source: CubePay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology