SINGAPURA dan MANILA, Filipina, 12 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Memenangi Anugerah Kecemerlangan "Pembangunan Kandungan: Menyerlahkan Keperibadian Redaksi Merentasi Saluran"
Investor Central, perkhidmatan berita yang memastikan pelaburan anda kekal jujur, dengan bangganya mengumumkan ia diberi penghormatan di Anugerah Penerbitan Asia di Manila malam ini untuk laporan RealityCheck mengenai syarikat-syarikat yang disenarai di Singapura dan Malaysia.
Ia memenangi Anugerah Kecemerlangan "Pembangunan Kandungan: Menyerlahkan Keperibadian Redaksi Melalui Saluran".
Investor Central memenuhi permintaan pelabur yang semakin meningkat untuk pandangan dengan "bertanyakan soalan yang perlu ditanya" mengenai syarikat-syarikat disenarai yang dilaporkannya.
Anugerah ini diterima selepas Anugerah Penerbitan Asia tahun lepas, iaitu ketika ia memenangi Anugerah "Contoh Terbaik Kepimpinan Kandungan" untuk ulasan IPO "Dog or Darling" .
Wartawan Investor Central Ashish Saxena juga memenangi anugerah Wartawan Harapan daripada Persatuan Pelabur Sekuriti (Singapura) pada tahun 2012.
"Kami sangat gembira kerana telah memenangi Anugerah Penerbitan Asia untuk tiga tahun berturut-turut," kata Mark Laudi, Editor Eksekutif di Investor Central dan Pengarah Urusan di Hong Bao Media (Holdings) Pte Ltd, yang memiliki dan mengendalikan perkhidmatan itu.
"Investor Central sedang mengubah cara para pelabur melihat pasaran saham," kata beliau. "Kami bertanya soalan-soalan yang perlu ditanya mengenai syarikat-syarikat – dan kami terbitkan soalan-soalan itu walaupun tidak mendapat jawapannya.
"Dengan itu, kami menggalakkan para pelabur berfikir dalam cara yang berbeza mengenai syarikat-syarikat yang telah mereka laburkan."
"Matlamat akhir kami adalah untuk membina kepercayaan dalam pasaran saham, dan ini hanya boleh didapati daripada pelaporan yang jujur dan berterus-terang," kata beliau.
Laporan tahunan OECD berjudul "Corporate Governance In Asia" (Urus Tadbir Korporat Di Asia), yang menjejaki kemajuan dan cabaran, telah mengetengahkan keperluan pasaran "menggalakkan penyiasatan bebas dan teliti" terhadap pasaran modal oleh pertubuhan-pertubuhan berita selama beberapa tahun sebelum ini.
"Investor Central sedang memainkan peranan mereka memenuhi keperluan ini dengan cara yang berhemah," kata Laudi.
Secara kebetulan, sehari sebelum itu, akhbar The Australian melaporkan[1] mengenai pengambilalihan Merlin Diamonds yang disenaraikan di ASX oleh Innopac Holdings yang disenaraikan di SGX, dengan dua rujukan kepada rencana Investor Central mengenai subjek yang sama dengan kandungan sumber itu.
Sementara itu, siri pendidikan pelabur Hong Bao Media "Sector Savvy" menang dalam kategori "Kempen Multimedia Terbaik oleh Pengiklan Korporat".
Siri itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik pelabur runcit mengenai rangkaian meluas sektor perindustrian yang diwakili dalam pasaran saham Singapura.
Anugerah tahun ini mendapat 171 penyertaan dari 8 buah negara.
MENGENAI INVESTOR CENTRAL
Investor Central adalah sebuah perkhidmatan berita dan penyelidikan untuk pelabur runcit, bagi memastikan pelaburan anda kekal jujur.
Ini dilakukan dengan bertanyakan soalan-soalan yang perlu berkisar syarikat-syarikat yang disenarai di Malaysia dan Singapura, dan menerbitkan soalan-soalan itu walaupun mereka tidak memperoleh jawapannya.
Investor Central boleh didapati melalui Yahoo! Finance, XinMSN.com, Reuters Insider, SIAS.org.sg, NextVIEW Advisor dan InvestorCentral.org.
Perkhidmatan Investor Central disediakan oleh Hong Bao Media (Holdings) Pte Ltd.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Mark Laudi
Penyunting Eksekutif, Investor Central, dan
Pengarah Urusan, Hong Bao Media (Holdings) Pte Ltd
Tel/Faks: +65-6223-2249
mark.laudi@investorcentral.org
SUMBER Hong Bao Media