SINGAPURA, 27 September 2021 /PRNewswire/ -- Chandramouli K.L., Perunding Kanan Industri, Rockwell Automation, berkongsi pandangan beliau mengenai bagaimana pengusaha rantaian bekalan dapat membina daya tahan di tengah-tengah VUCA (ketaktentuan, ketidakpastian, kerumitan dan kekaburan). Rockwell Automation Inc. (NYSE: ROK) merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Pandangan yang berikut adalah pandangan beliau sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Rockwell Automation secara keseluruhan.
Ketika di ambang gelombang ketiga pandemik ini, pihak pengeluar tanpa mengira geografi atau sektor terus mengalami kekurangan dari segi bahan mentah, bahagian perantaraan dan komponen lain yang menghalang pemulihan pelanggan hiliran mereka. Sama ada kekangan berkaitan penghantaran dan pengangkutan atau lumpuh akibat serangan perisian tebusan (ransomware) dan kekurangan tenaga kerja, kejutan terhadap rantaian bekalan kini terus memberi kesan serius di peringkat global.
Bagi mengatasi VUCA, pengusaha rantaian bekalan boleh mengamalkan tiga tindakan utama ini:
1. Pengeluaran fleksibel mempercepatkan tindak balas
Tiga cabaran yang sering dihadapi oleh pengeluar di tengah-tengah pandemik ini ialah: permintaan pelanggan, ketersediaan bahan, digandingkan dengan kekurangan kakitangan dan tenaga kerja, di dorong oleh tingkah laku pengguna yang berubah-ubah. Namun demikian, cabaran ini juga dihadapi dalam sektor industri di mana permintaan terhadap petroleum, kayu gergaji, keluli dan semikonduktor yang mengalami turun naik kerana sekatan pergerakan global.
Pembuatan yang fleksibel dan integrasi pembekal yang lebih baik adalah sangat penting dalam mengemudi landskap ini. Pembekal harus melaksanakan system tunggal bagi pengurusan operasi pembuatan (MOM) global untuk mengurangkan masalah rantaian bekalan. Model operasi yang kaku harus direka bentuk semula dengan tahap kawalan dan respons yang disemak semula yang membolehkan pihak pengeluar menukar model dan produk dengan pantas. Dengan menyelaraskan operasi, MOM membantu pengusaha industri mengurus gangguan secara berkesan dengan cara mengingatkan mereka tentang perubahan barisan pemasangan, keperluan latihan setempat dan isu-isu lain.
Integrasi yang lebih luas bersama pembekal juga penting, bekerjasama dengan pakar kejuruteraan dan kontraktor untuk membangunkan modul pra-pasang dan bukannya sekotak komponen terpisah. Sebagai contoh, salah seorang pelanggan kami, pengeluar barang mainan yang mempunyai kilang-kilang di seluruh Asia, mengusahakan reka bentuk baru dengan berkongsi model dan geometri reka bentuk berbantukan komputer (CAD) hampir pada waktu sebenar di kalangan antara pereka, jurutera, pembekal dan pemasar mereka, serta bekerjasama dengan pasukan pengurusan mereka untuk menubuhkan platform digital dalaman yang kolaboratif. Ini menghasilkan 30% pengurangan dari segi pengurusan data dan masa transaksi, mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan kos.
2. Pengambilan kakitangan yang lebih pintar
Satu lagi kesan besar akibat daripada pandemik ini ialah kekurangan kakitangan yang berpanjangan. Ramai majikan juga menghadapi nisbah yang lebih tinggi dari segi pekerja yang kurang mahir dalam industri lebih ramai kakitangan untuk jawatan baharu dan jawatan yang tidak biasa wujud serta kesukaran menjadualkan syif yang berkos tinggi.
Pengupayaan tenaga kerja dan teknologi sokongan tenaga kerja menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Analitik data boleh digunakan untuk memahami dengan lebih baik ketersediaan dan set kemahiran pekerja, menghasilkan model untuk menentukan penyumberan semula yang optimum untuk mengendalikan peralatan dan proses yang rumit pada bila-bila masa. Ini dapat menyelaraskan tugas, meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Robot berautonomi juga dapat membebaskan pekerja daripada tugas manual dan ringkas serta membantu pekerja memanfaatkan rakan-rakan sekerja daripada pasaran yang berbeza untuk perkongsian pengetahuan dan latihan yang dipertingkatkan dan dalam masa yang sama mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial.
3. Analitik membantu menangani kekurangan bahan
Isu-isu VUCA yang berkaitan dengan pelencongan dari segi bahan mentah – seperti kekurangan cip semikonduktor yang memberi kesan kepada pengeluar automotif – dapat dikendalikan melalui analitik data yang diaplikasikan dalam bentuk perisian pengurusan kitaran hayat produk (PLM). Kawalan Model Ramalan (MPC), kecerdasan buatan (AI), malah fungsi "kejuruteraan kekacauan" yang mensimulasikan masalah dalam sistem pengeluaran dapat membantu semua pengeluar menjadi lebih adaptif.
PLM ialah platform perisian canggih yang berfungsi sebagai tulang belakang perancangan sejenisnya. Dengan menggunakan definisi pengeluaran digital, fungsi pengurusan pekerja dan visualisasi canggih, pengguna dapat menghubungkan kitaran hayat pengeluaran dan peralatan mereka dengan bebenang digital yang memungkinkan perubahan kawalan.
Rangkaian bekalan kalis masa depan untuk meningkatkan daya tahan jangka panjang
Dengan perubahan menjadi satu-satunya pemalar, menjadi tanggungjawab pengusaha rantaian bekalan untuk berubah kepada digital bagi mengatasi VUCA dan peristiwa lain yang memberi kesan. Membangunkan ketangkasan, ketahanan dan kemampanan yang lebih hebat ke dalam proses rantaian bekalan dapat mempercepatkan akses kepada maklumat yang boleh membantu kita membuat tindakan seterusnya lalu membolehkan perniagaan untuk bertindak balas dengan lebih berkesan apabila cabaran timbul.