omniture

CGTN: Teknologi, politik dan cita-cita: Bagaimana Meng Wanzhou Huawei terjebak dalam keadaan yang tegang antara China dan A.S.

CGTN
2021-09-28 07:45 116

Pembebasan Meng Wanzhou mendedahkan percubaan Washington untuk mengelakkan persaingan sengit dengan Beijing daripada berubah haluan ke arah konflik, namun jauh sekali menjadi perputaran haluan dalam ketegangan dua hala.

BEIJING, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- "Akhirnya saya pulang ke tanah air," kata ketua pegawai kewangan Huawei Meng Wanzhou apabila mendarat di lapangan terbang Shenzhen pada petang Sabtu.

Selepas hampir tiga tahun ditahan di bawah tahanan rumah di Kanada, Meng dan pasukan perundangan beliau mencapai persetujuan dengan Jabatan Perdagangan A.S. pada hari Jumaat yang membenarkan beliau untuk kembali ke China. Detik tersebut menandakan berakhirnya kisah perundangan dan politik yang berpanjangan yang berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara Beijing dan Washington.

Tidak lama selepas persetujuan tersebut dicapai, Meng menaiki penerbangan carter Air China menuju ke bandar selatan Cina, Shenzhen di tempat Huawei berpusat.

Meng, 49 belum mengaku bersalah terhadap tuduhan penipuan. Di bawah persetujuan tersebut, beliau tidak akan diadili lebih lanjut di A.S. dan prosiding ekstradisi di Kanada akan dihentikan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh William Taylor III, salah seorang peguam yang mewakili Meng.

"Fakta-fakta telahpun membuktikan bahawa ini merupakan satu penganiayaan politik terhadap warga Cina dan tujuannya adalah untuk menindas syarikat-syarikat teknologi tinggi Cina," kata jurucakap Kementerian Luar Negeri China Hua Chunying pada hari Sabtu lalu.

Apa yang berlaku tiga tahun lalu? 

Pada 1 Disember 2018, pihak berkuasa Kanada menangkap Meng atas permintaan kerajaan A.S. yang menuduh beliau atas penipuan kawat dan meminta beliau diekstradisi. Kejadian berkenaan berlaku apabila pentadbiran Trump mengamalkan pendekatan agresif dalam berurusan dengan China berhubung pelbagai isu termasuk perdagangan dan teknologi.

Empat bulan sebelum penahanan Meng, kerajaan A.S. mengarahkan tindakan agresif yang terbuka terhadap syarikat-syarikat teknologi tinggi Cina dengan mengeluarkan larangan penggunaan produk kerajaan persekutuan oleh Huawei dan ZTE – dua penyedia peralatan telekomunikasi Cina yang terkemuka, menyebut mengenai kebimbangan keselamatan. Tahun yang berikutnya, Huawei dimasukkan ke dalam senarai Entiti Jabatan Perdagangan A.S. yang melarang secara berkesan syarikat-syarikat Amerika daripada berurus niaga dengan syarikat gergasi teknologi Cina ini.

Mengapa sekarang? 

Sejak tiga tahun yang lalu, penahanan Meng telah menjadi masalah penuh duri dan ranjau antara Beijing dan Washington. Ketegangan yang tidak diduga bertahun-tahun yang lalu telah membawa kepada kemuncak yang diapi-apikan.

Terdapat dua faktor yang memudahkan pembebasan beliau, menurut Guo Changlin, bekas diplomat kanan di Kedutaan Cina di A.S.

"Presiden A.S. Joe Biden berharap dapat bertemu rakan sejawat Cina beliau Xi Jinping di sidang kemuncak G20 yang akan datang secara peribadi. [Selain itu] Justin Trudeau telah dilantik semula sebagai perdana menteri Kanada [dengan kelebihan undi yang sedikit] dan tidak sabar-sabar untuk melepaskan kes Meng, yang lagipun telah menjadi punca perbalahan yang berlarutan antara China dan Kanada," ujar Guo kepada CGTN dalam satu temu bual melalui telefon.

Di sebalik dasar China yang tegas oleh Washington, Biden sendiri membina hubungan yang erat bersama Xi apabila kedua-duanya merupakan naib presiden. Biden telah berkunjung ke China sebanyak empat kali dan kedua-duanya bertemu 11 kali secara peribadi, ujar Li Cheng, pengarah John L. Thornton China Center di Brookings Institution.

"Apa yang ingin saya katakan ialah apabila saya kembali daripada mesyuarat bersama beliau [Xi] dan menjelajah 17,000 batu bersama beliau … – begitulah caranya saya begitu mengenali beliau," ujar Biden semasa mesyuarat dewan bandar pada bulan Februari.

"Mereka menjalin persahabatan peribadi namun sejauh mana yang dapat dilakukan oleh Biden melihatkan sentimen anti-China di seluruh negara masih tidak dapat dilihat," kata Guo.

Li percaya bahawa Biden perlu menunjukkan kuasa beliau memandangkan kumpulan pengundi A.S. semakin menerima mesej anti-China. "Beliau sendiri bukanlah seorang yang gemar berkonfrontasi," tambah beliau.

Apakah erti pembebasan Meng terhadap hubungan China-A.S.? 

Pembebasan ini menunjukkan percubaan Washington untuk mengelakkan persaingan sengit daripada berterusan tanpa kawalan, namun ia gagal menjadi perputaran haluan dalam ketegangan dua hala, menurut Guo. Pertuduhan terhadap Huawei masih dikekalkan dan syarikat gergasi teknologi ini masih dalam senarai hitam A.S.

Nampaknya perang teknologi akan berlaku. A.S. mempelopori revolusi perindustrian ketiga dan ia telah berada di puncak teratas piramid selama berdekad-dekad lamanya. Walau bagaimanapun, di ambang abad ke-21, China dan A.S. menjadi pesaing yang sengit dalam revolusi perindustrian keempat yang didominasi oleh cip dan algoritma.

Rumah Putih menyenaraikan China sebagai "satu-satunya pesaing yang berpotensi untuk mampu menggabungkan kuasa ekonomi, diplomatik, ketenteraan dan teknologinya," dalam Panduan Strategik Keselamatan Negara Interimnya.

"Akhir era penglibatan boleh dilihat pada tahun 2010 apabila China menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia," kata Guo. Apabila KDNK China melebihi 60 peratus daripada KDNK A.S. pada tahun 2014, permusuhan terus meningkat, dengan dasar pembendungan bermula daripada perdagangan hingga hak asasi manusia selama bertahun-tahun.

Percubaan oleh Washington untuk membendung Beijing dalam dunia teknologi tinggi wujud sebelum perang dagang Donald Trump dan berterusan hingga ke hari ini. Penyahgandingan teknologi tinggi dilihat tidak dapat dielakkan.

Untuk melihat artikel asal, klik DI SINI.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-25/How-Meng-Wanzhou-stepped-into-a-perfect-storm-between-China-and-U-S--13QK0CBqAYE/index.html )

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Asian-related news Women-related news