omniture

Xinhua Silk Road: Daerah Xingbin Bandar Laibin, Guangxi raikan pesta menuai untuk sokong jenama-jenama keluaran ladang tempatan

Xinhua Silk Road
2021-09-28 08:33 87

BEIJING, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Xingbin, sebuah daerah di Bandar Laibin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, Selatan China, mengadakan festival budaya makanan udang krai ketiganya sebagai perayaan untuk pesta menuai petani Cina bagi mempromosikan jenama-jenama keluaran ladang tempatan.


Festival budaya makanan merupakan salah satu daripada enam aktiviti utama untuk Guangxi meraikan pesta menuai tahun ini, memperlihatkan usaha daerah ini untuk memperkukuh pembaharuan bahagian bekalan pertanian bagi meningkatkan daya saing dalam sektor pertanian tempatan, membina kawasan luar bandar tempatan yang indah dan membantu petani tempatan menjadi kaya.

Dengan memberi perhatian yang teliti terhadap kualiti dan keselamatan keluaran ladang dan penanaman serta penggunaan produk pertanian yang tidak tercemar, mesra alam dan organik serta indikasi geografi keluaran pertanian, Daerah Xingbin telah merangka sekumpulan jenama keluaran ladang kebangsaan dan wilayah yang diinkubasi di kawasan setempat.

Menjelang lewat bulan September, daerah ini mempunyai 21 perusahaan yang memiliki 26 keluaran pertanian tidak tercemar atau hasil makanan mesra alam.

Lan Haipeng, timbalan setiausaha jawatankuasa parti daerah dan ketua kerajaan daerah di Xingbin, berkata bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daerah ini berpegang teguh kepada laluan untuk membangunkan pertanian mesra alam, meningkatkan daya saing pertanian melalui kaedah sains dan teknologi, mengoptimumkan kualiti keluaran pertanian dan memperbaharui sektor pertanian untuk memberi manfaat kepada petani. Hasilnya, Daerah Xingbin berjaya mewujudkan sebuah daerah tempatan menjadi daerah demonstrasi pembiakan sihat perikanan peringkat negara.

Tambahan pula, "Tebu Laibin" memenangi pendaftaran indikasi geografi negara untuk keluaran pertanian, manakala "Beras Beihui" dan "Udang Krai Sanli" memperoleh pensijilan daripada Hong Kong Standards and Testing Center, kesemuanya benar-benar mendorong pembangunan pertanian moden tempatan dan membantu merealiasikan penuaian petani.

Selepas festival budaya makanan, Xingbin akan terus memfokuskan untuk mengoptimumkan varieti, kualiti dan jenama keluaran ladang untuk mencipta jenama-jenama industri pertanian yang lebih berciri dan memudahkan penambahbaikan konsep jenama perusahaan serta mengusahakan pengurusan jenama untuk meningkatkan lagi pengaruh dan daya saing keluaran pertanian Xingbin.

Setakat tahun ini, pesta menuai lain meraikan aktiviti-aktiviti yang turut diadakan di enam tempat di Guangxi dan dalam tiga tahun yang lalu, lebih daripada 1,500 aktiviti telah dimulakan oleh kerajaan tempatan Guangxi untuk menyambut pesta menuai dan membantu petani.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324030.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Art Entertainment Food/Beverages Publishing/Information Service Trade show news