omniture

Para Pengembara Terputus Hubungan

InterContinental Hotels Group (IHG)
2013-07-15 15:30 280

LONDON, 15 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Penyelidikan global melibatkan 10,000 pengembara daripada InterContinental Hotels Group (IHG) menunjukkan keterhubungan dengan rumah adalah keutamaan mereka

  • Ketiadaan hubungan Internet adalah tekanan terhebat untuk para pengembara
  • Log masuk ke dalam Internet membantu orang ramai berasa seakan berada di rumah ketika di bilik hotel mereka
  • Berkomunikasi dengan keluarga adalah cara paling utama untuk menghilangkan tekanan ketika jauh dari rumah

Tiada tempat seindah rumah sendiri, kecuali kalau ia merupakan hotel yang menawarkan keterhubungan Internet percuma menurut kajian baharu daripada IHG (InterContinental Hotels Group) yang mendapati kemampuan berhubung dalam talian dengan keluarga dan kawan-kawan adalah keutamaan paling tinggi untuk para pengembara.

Kajian global itu dijalankan bagi menandakan pelancaran program kesetiaan IHG yang dinamakan semula bulan ini iaitu IHG® Rewards Club. Kajian itu menunjukkan bahawa kegagalan untuk berhubung dengan rumah kerana ketiadaan hubungan Internet kini adalah kerisauan utama orang yang terpaksa ke luar negara atas urusan perniagaan, dipetik oleh 40% pelancong sebagai faktor tekanan terbesar mereka, mengatasi faktor tekanan seperti sambungan pengangkutan sukar (26%) dan lokasi bising (24%).

Kajian itu merangkumi 10,000 orang yang ke luar negara seluruh dunia untuk urusan perniagaan. Ia membantu IHG memahami keutamaan tetamu hotel semasa mengembara, kerana ia menjadi kumpulan hotel yang pertama dan satu-satunya yang menawarkan akses Internet percuma seluruh dunia kepada semua ahli kesetiaannya. Faedah baharu ini bermula untuk ahli-ahli Elite pada permulaan Julai dan akan dilancarkan secara besar-besaran kepada semua ahli bermula 2014, sama ada mereka bermalam di sebuah hotel atau singgah minum kopi atau mesyuarat spontan.

Penemuan lain yang menonjolkan kepentingan akses Internet:

  • 61% daripada pemaklum balas kaji selidik mengatakan bahawa Internet ialah kemudahan tambahan paling penting di bilik hotel mereka mengatasi  TV (17%); bilik mandi (5%); peti sejuk (3%) dan bar mini (1%).
  • Melog masuk ke dalam Internet dalam bilik mereka apabila mereka mula-mula tiba adalah keutamaan senarai kelakuan yang membantu para pengembara menyelesakan diri di bilik hotel mereka (31%), mengatasi pemeriksaan bilik (25%), mandi air panas (14%) ataupun mengemaskan beg mereka (13%).
  • Hampir dua pertiga (64%) pengembara mengatakan bahawa mereka lebih senang berkomunikasi dengan ahli keluarga mereka di rumah melalui Internet berbanding menggunakan telefon.
  • Lebih separuh pemaklum balas yang merupakan ibu bapa (53%) memetik bahawa berhubung dengan keluarga di rumah adalah cara terbaik melegakan tekanan pada hujung hari bekerja.
  • 89% berkata Internet percuma akan membuat mereka lebih gembira apabila ke luar negara atas urusan perniagaan.
  • Dan, hampir dua pertiga daripada pemaklum balas, (65%), tidak berasa seronok kalau terpaksa ke luar negara tanpa sebarang cara untuk berhubung dengan orang tersayang di rumah.

Pakar perhubungan, Jenni Trent Hughes menerangkan:

"Hanya mendengar suara melalui telefon sudah tidak cukup untuk pengembara kurun ke-21, kita perlu rasa tenang dengan melihat orang-orang yang kita sayang. Kita mahu melihat senyuman anak-anak kita semasa kita membaca buku cerita untuk mereka sebelum tidur melalui Skype; mahu memandang ke dalam mata pasangan kita apabila kita mengatakan betapa kita merindui mereka, serta menunaikan tanggungjawab media sosial kita dan emel.

Kami kini percaya bahawa apabila berjauhan dari rumah, kebolehan kekal berhubung dengan mudah dan tidak renyah penting bagi mengekalkan pelbagai hubungan yang kita ada. Jika semua keperluan ini tidak dipenuhi, kita rasa risau dan kecewa, maka sudah tentulah pada masa kini, ramai antara kita tidak dapat relaks sehinggalah kita mendaftar masuk dengan selamat dan dapat melog masuk."

Richard Solomons, Ketua Eksekutif, IHG, berkata:

"Kami faham betapa pentingnya semua tetamu kami dapat kekal berhubung semasa mengembara. Maka, di samping faedah-faedah hebat sedia ada seperti mata ganjaran tanpa tempoh tamat, kami telah memperkenalkan Internet percuma untuk semua ahli kami sebagai sebahagian daripada IHG Rewards Club. Faedah-faedah yang menerajui industri ini merupakan sebab IHG Rewards Club menjadi pilihan lebih ramai pengembara berbanding program kesetiaan hotel lain di seluruh dunia.

Keluarga jenama IHG meliputi seluruh 4,600 hotel termasuklah resort InterContinental kami yang memenangi anugerah dan hotel Holiday Inn pusat bandar kami. Skala dan kepelbagaian kami bermaksud hotel-hotel kami boleh memenuhi keperluan tetamu kami tidak mengira keadaan – sama ada percutian semalaman, perjalanan perniagaan, keraian keluarga mahupun pengalaman sekali seumur hidup."

IHG Rewards Club, dahulunya dikenali sebagai Priority Club® Rewards, ialah program kesetiaan hotel pertama dan terbesar di dunia dengan faedah-faedah yang menerajui industri termasuk ketiadaan tarikh tanpa promosi untuk Reward Nights, kenaikan pantas ke status Gold Elite apabila para tetamu menerokai keluarga sembilan jenama IHG yang dipercayai dan mata ganjaran tanpa tamat tempoh.

Pelawat dan tetamu boleh mendaftarkan diri untuk IHG Rewards Club serta semua faedahnya dengan serta-merta, secara percuma di hotel IHG dan ketahui lebih lanjut mengenai perubahan ini di [http://www.ihg.com/IHGRewardsClub.] 

Nota kepada Editor:

Kaji selidik 'Perhubungan yang Memberi Ganjaran' IHG dijalankan oleh OnePoll

  • Semua angka adalah daripada OnePoll kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • 10,000 orang dewasa menyertai kaji selidik ini di seluruh dunia di Australia (1,000), Kanada (1,000), China (1,000), Perancis (1,000), Jerman (1,000), Indonesia (300), Malaysia (400), Mexico (1,000), Rusia (1,000), Singapura (300), UK (1,000) dan AS (1,000).
  • Kajian lapangan dilakukan antara 21 Mei dengan 14 Jun 2013.
  • Kaji selidik ini dijalankan dalam talian.
  • Angka untuk setiap negara telah diberatkan dan mewakili orang dewasa yang mengembara atas urusan perniagaan (berusia lebih 18 tahun) di setiap negara.
  • Keputusan penuh kaji selidik boleh didapati mengikut permintaan.
  • Faktor tekanan nombor satu untuk pengembara adalah kegagalan menghubungi rumah kerana ketiadaan hubungan Internet. Pilihan-pilihan lain yang diberi termasuklah: kegagalan menghubungi rumah kerana ketiadaan hubungan Internet; kakitangan tidak sopan; tetamu atau lokasi yang bising; sambungan pengangkutan sukar, pilihan makanan terhad, tiada satu pun di atas. Ini dijalankan dengan bertanyakan kesemua 12 pasaran mengenai 'apakah tekanan utama mereka semasa ke luar negara' dan 'perkara yang menjadi punca tekanan mereka'. Kedua-dua persoalan ini dinilai dan dibandingkan, kemudian diberatkan dengan mengambil kira semua jawapan bagi memberi sebuah angka global untuk benda yang paling memberi tekanan semasa ke luar negara untuk urusan perniagaan.

Faedah ahli baharu termasuklah:

  • Internet percuma untuk semua ahli Elite mulai Julai 2013 dan dilanjutkan kepada semua ahli semasa 2014
  • Kemampuan untuk mendapat status GoldElite lebih cepat dengan hanya menginap selama 10 malam dalam tiga jenama hotel berbeza IHG
  • Reward Nights akan diambil kira bagi mendapat status Elite
  • Malam "lebihan" ahli Platinum Elite akan digundalkan bagi mengekalkan status mereka pada tahun keahlian seterusnya

Faedah-faedah lain yang menerajui industri termasuklah:

  • Mata ganjaran tanpa tempoh tamat
  • Tiada tarikh tanpa promosi untuk Reward Nights, jadi ahli boleh menginap bila-bila masa
  • Ganjaran lebih pantas dengan menggunakan gabungan Mata Ganjaran & Tunai
  • Tebus mata ganjaran untuk penerbangan daripada lebih 400 syarikat penerbangan dengan Flights Anywhere[TM]; untuk penginapan hotel di mana-mana sahaja dengan Hotels Anywhere; atau cari, tempah dan beli sewaan kereta dengan penyedia tempatan dan global yang dikenali di lapangan-lapangan terbang seluruh dunia dengan Cars Anywhere
  • Keistimewaan eksklusif dalam hotel untuk ahli sahaja
  • Pekerja rencam peribadi IHG Rewards Club boleh membantu para tetamu mencari barangan yang jarang didapati, tiket untuk acara-acara sukan ataupun gajet-gajet kegemaran
  • Tambahan lagi, dapatkan mata ganjaran untuk perbelanjaan harian dengan rakan kongsi kami dan semasa membeli-belah serta makan di luar

Mengenai IHG

IHG (InterContinental Hotels Group) [LON:IHG, NYSE:IHG (ADRs)] adalah sebuah pertubuhan global dengan portfolio luas sembilan jenama hotel, termasuk InterContinental® Hotels & Resorts, Hotel Indigo®, Crowne Plaza® Hotels & Resorts, Holiday Inn® Hotels and Resorts, Holiday Inn Express®, Staybridge Suites®, Candlewood Suites®, EVEN™ Hotels dan HUALUXE™ Hotels & Resorts.

IHG menguruskan IHG® Rewards Club, program kesetiaan hotel pertama dan terbesar di dunia dengan lebih 73 juta ahli seluruh dunia. Program ini dilancarkan semula pada bulan Julai 2013, menawarkan faedah-faedah dipertingkat untuk ahli-ahli termasuk Internet percuma di seluruh hotel seluruh dunia.

IHG mempunyai francais, menyewakan, menguruskan atau memiliki lebih 4,600 hotel dan lebih 674,000 bilik hotel di lebih 100 buah negara dan wilayah. Dengan lebih 1,000 hotel sedang dalam peringkat pembangunan, IHG menjangkakan untuk menggajikan kira-kira 90,000 orang ke dalam pelbagai jawatan di seluruh hartanahnya dalam masa beberapa tahun akan datang.

InterContinental Hotels Group PLC ialah syarikat milikan Kumpulan itu dan ditubuhkan di Great Britain dan didaftarkan di England dan Wales.

Lawati http://www.ihg.com untuk maklumat dan tempahan hotel dan http://www.ihg.com/ihgrewardsclub untuk maklumat lanjut mengenai IHG® Rewards Club. Untuk berita terkini kami, lawati: http://www.ihg.com/media, http://www.twitter.com/ihg, http://www.facebook.com/ihg atau http://www.youtube.com/ihgplc.

Sumber: InterContinental Hotels Group (IHG)

Source: InterContinental Hotels Group (IHG)
Related Stocks:
LSE:IHG NYSE:IHG
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel Survey, Polls & Research