omniture

CPhI & CPhI Pharma Evolution Tambah Nama-nama Terkemuka pada Panel Industri Pakar

UBM Live
2013-07-17 21:40 189

AMSTERDAM, 17 Julai 2013 /PRNewswire/ -- 13 ahli penuh disahkan pada panel global dengan kepakaran merangkumi seluruh rangkaian bekalan farmaseutikal

Ahli-ahli panel baharu:

  • Vijay Shah, Ketua Pegawai Operasi Piramal Enterprises dan ketua perniagaan farmaseutikal
  • Mark Carver, Naib Presiden Kanan, Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi Fujifilm Diosynth
  • Sam Venugopal, Pengarah Amalan Penjagaan Kesihatan PWC
  • William Botha, Perunding dan Pengasas Interlean
  • Prabir Basu, mantan Pengarah Eksekutif NIPTE
  • Emil Ciurczak, pakar spektroskopi dan PAT
  • Dilip G Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Vision Consulting Group

CPhI Wordwide, dianjurkan oleh UBM Live, dan CPhI Pharma Evolution mengumumkan senarai penuh panel industri pakar sebelum penerbitan sebuah laporan tahunan ramalan (dijangka dikeluarkan pada bulan September) yang meneliti kemungkinan-kemungkinan masa hadapan industri farmaseutikal. Tambahan lagi, panel itu juga telah menyumbang kepada laporan bulanan CPhI Pharma Evolution pertama yang pasti akan dikeluarkan (dalam minggu hadapan) yang meneliti arah aliran terkini dalam 'formulasi dan bahan' – seperti isu yang berkaitan dengan pertumbuhan pasaran, pembangunan tablet, QbD, PAT, ketersediaan bio, penyumberan luar, pembubaran dan kestabilan.

Setiap ahli panel telah dipilih secara individu berikutan sebuah proses pemilihan terperinci yang melibatkan rakan industri setara dan wartawan bagi memastikan panel itu mempunyai kepakaran yang sesuai untuk memeriksa arah aliran global secara bebas dan holistik. Kini CPhI mempunyai 13 pakar yang terkemuka di dunia, merangkumi seluruh rangkaian bekalan farmaseutikal daripada penyelidikan & pembangunan sehinggalah ke produk siap, keperluan kawal selia dan implikasi ekonomi.

Ahli-ahli panel baharu ini akan menyediakan pengalaman yang mendalam dan mempunyai pakar-pakar yang termasuk beberapa ahli paling berinovasi dalam sektor farmaseutikal – termasuk perintis seperti Fujifilm Diosynth dan Piramal.

Antara yang utama dalam panel itu ialah ketua sektor farmaseutikal Piramal – merentasi tiga bahagian iaitu Penyelesaian Farmaseutikal, Penjagaan Kritikal dan Diagnostik Makmal – Vijay Shah yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dan telah memantau banyak transformasi perniagaan. Syarikat gergasi India Piramal sedang berubah daripada akar umbi tradisionalnya dalam kontrak dan penghasilan generik menuju pembangunan entiti kimia baharu. Pendekatan perubahan berperingkat ini menandakan suatu peralihan besar dari Barat ke Timur, sambil syarikat-syarikat seperti Piramal semakin mula mencabar pembangun farmaseutikal besar tradisional untuk ubat-ubatan dan lebih penting lagi, mula menjual produk-produk yang dilindungi IP ke dalam pasaran barat. Vijay akan menggunakan kelebihan perspektif beliau untuk memecahkan halangan paten dan pembangunan Konjugat Ubat Antibodi.

Turut menyertai En. Shah ialah Pengarah amalan penjagaan kesihatan PWC, Sam Venugopal yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun merentasi bidang bioteknologi dan farmaseutikal dengan kepakaran merangkumi sistem kualiti, pematuhan peraturan kawal selia dan aktiviti rangkaian bekalan – termasuk bekerja dengan FDA bagi mempertingkatkan sistem kualitinya sendiri.

Mark Carver, Naib Presiden Kanan, Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi Fujifilm Diosynth juga menyertai panel itu dan akan membawa pengalaman berharga dalam pembangunan teknologi berinovasi terutamanya berkaitan dengan proses-proses penghasilan yang boleh skala dan disahkan. Ketajaman kemahiran serta pengetahuan beliau dalam industri ini merangkumi hasil kerja selama 20 tahun untuk produk protein rekombinan berasaskan ekspresi mikrob dalam sistem bakteria, yis dan kulat berfilamen.

Seorang lagi pakar dalam penyelidikan & pembangunan serta penghasilan ubat-ubatan, Prabir Basu, dahulunya bersama Institut Kebangsaan Teknologi Farmaseutikal dan Pendidikan (NIPTE), akan menghalakan tumpuan panel itu terhadap bagaimana industri itu boleh meningkatkan inovasi. Sambil pembangunan sebatian-sebatian baharu memasuki pasaran, adalah penting teknik pembangunan dan penghasilan mengikuti kemajuan landskap sasaran ubat-ubatan yang sentiasa berubah. Beliau telah menghabiskan masa sepuluh tahun lepas mengetuai NIPTE dan kini seorang pakar terkemuka dalam menghadapi cabaran masa hadapan dalam penghasilan, penyelidikan & pembangunan ubat-ubatan.

Setiausaha Agung Perikatan Farmaseutikal India dan seorang pakar dalam landskap peraturan kawal selia India dan seluruh dunia, Dilip Shah akan memberikan pengetahuan tentang landskap masa hadapan dan implikasi perubahan berpotensi terhadap syarikat farmaseutikal. Pengalaman beliau adalah selama lebih 45 tahun dan melalui amalan perundingan beliau (Vision) beliau bekerja dengan beberapa peneraju syarikat dunia yang mengusahakan perancangan strategik.

Emil Ciurczak menyediakan rangkaian ketajaman kemahiran farmaseutikal menyeluruh yang merangkumi spektroskopi,  PAT dan QbD, dan memperkenalkan perundingan Spektroskopi NIR dan telah menulis lebih 200 kertas kajian teknikal. Beliau juga pernah menjadi ahli jawatankuasa PAT FDA dan kini beliau ialah presiden Doramaxx Consulting. Panel ini akan dilengkapkan dengan William Botha, seorang pelatih dan mentor yang dihormati dalam bidang penghasilan. Beliau arif dalam peraturan FDA, termasuk GDP dan GMP dan telah mengendalikan sebuah kursus pemprosesan aseptik untuk PDA dan sebuah kursus Sistem Kualiti untuk AAMI.

Sepanjang tahun 2013, ahli-ahli panel akan mengambil bahagian dalam laporan-laporan bulanan ringkas CPhI – bertajuk 'siri wawasan CPhI Pharma' – yang meneliti isu-isu topikal merentasi sejumlah lapan tema yang luas: Penghantaran Ubat-ubatan; Formulasi dan Bahan-bahan; Penyelidikan & Pembangunan; Penghasilan; Pembungkusan dan Pengedaran; Pematuhan Peraturan Kawal Selia; Perkhidmatan Kontrak & Pengurusan Rangkaian Bekalan; dan Jaminan Kualiti/Pemeriksaan Kualiti.

Matlamat akhir penubuhan panel ini adalah untuk mempergunakan bidang-bidang kepakaran para ahlinya untuk meneliti bagaimana industri ini akan berubah dalam masa 5-10 tahun akan datang dalam sebuah laporan tahunan. Laporan itu akan mengandungi campuran data industri primer (kaji selidik industri) dan sebuah koleksi esei mendalam daripada setiap ahli panel – setiap orang pakar diberi kuasa penuh untuk meramalkan bagaimana rupa industri ini pada masa hadapan dan bagaimana ia akan beroperasi daripada perspektif ekonomi dan praktikal.

"Panel kami memberikan gambaran hebat semua bidang rangkaian nilai farmaseutikal dan, yang sama penting, daripada perspektif global yang berbeza. Secara keseluruhannya, panel kami mempunyai kepakaran tahap senior selama ratusan tahun dan mereka telah bertanggungjawab untuk beberapa kemajuan dan perubahan paling berinovatif dalam industri ini dalam masa 30 tahun lepas. Pengetahuan ini memberi mereka pemahaman mendalam yang membenarkan mereka memberikan gambaran yang tiada tandingannya mengenai cara industri ini diramalkan akan berubah," komen Chris Kilbee, Pengarah Jenama, Farmaseutikal di CPhI.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: cphi@ubm.com  

Mengenai CPhI

CPhI memacu pertumbuhan dan inovasi setiap langkah dalam rangkaian bekalan farmaseutikal global daripada penemuan ubat sehingga dos yang siap. Melalui pameran, persidangan dan komuniti dalam talian, CPhI mengumpulkan lebih 100,000 profesional farmaseutikal setiap tahun untuk berhubung, mengenal pasti peluang perniagaan dan memperluaskan pasaran global. CPhI menganjurkan acara di Eropah, China, India, Jepun, Asia Tenggara, Rusia dan Amerika Selatan dan berkongsi lokasi dengan ICSE untuk perkhidmatan kontrak, P-MEC untuk mesin, peralatan dan teknologi, InnoPack untuk pembungkusan farmaseutikal dan BioPh untuk biofarmaseutikal. CPhI menyediakan daftar pembeli dan pembekal dalam talian di CPhI-Online.com dan menjadi tuan rumah sebuah komuniti global dengan berita dan analisis di PharmaEvolution.com, diterbitkan oleh UBM Live serta rakan-rakan kongsi.

Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.cphi.com

Mengenai CPhI Pharma Evolution

CPhI Pharma Evolution (http://www.pharmaevolution.com) dilancarkan pada bulan Februari 2013 sebagai sebuah komuniti global dalam talian yang membolehkan para profesional dari seluruh sektor penghasilan farmaseutikal berbincang dengan rakan setara mereka dan berkongsi amalan terbaik serta mengemas kini peraturan kawal selia dalam seluruh ruang bahan farmaseutikal dan penghasilan kontrak. Pharma Evolution adalah komuniti tumpuan baharu para profesional industri untuk saling bertukar buah fikiran dan berhubung dalam bidang-bidang penting termasuk: formulasi, API, eksipien, penghantaran ubat-ubatan, penyelidikan dan pembangunan, penghasilan dan kualiti, pembungkusan dan anti-pemalsuan, pematuhan peraturan kawal selia, dan penyumberan dan pengurusan rangkaian bekalan. Pharma Evolution telah dicipta sebagai lanjutan perniagaan acara global CPhI sebagai sebuah forum dan sumber untuk digunakan oleh para eksekutif farmaseutikal 365 hari setiap tahun. Pharma Evolution diterbitkan oleh CPhI dan UBM DeusM (http://www.deusm.com), bahagian perkhidmatan pemasaran UBM yang mengkhusus dalam membina dan mengendalikan komuniti dengan penglibatan tinggi yang terdiri daripada para pengguna bertauliah dalam pasaran pakar B2B, menggunakan strategi amalan terbaik yang bertumpu kepada bahan dan teknologi.

Mengenai UBM Live

UBM Live menghubungkan orang ramai dan mencipta peluang untuk syarikat-syarikat merentasi lima benua membangunkan perniagaan baharu, bertemu pelanggan, melancarkan produk-produk baharu, mempromosikan jenama mereka dan memperluaskan pasaran mereka. Dengan jenama-jenama unggul seperti TFM&A, Internet World, IFSEC, MD&M, CPhI, Cruise Shipping Miami, the Concrete Show, dan banyak lagi, pameran, persidangan, program anugerah, penerbitan, Laman web dan program latihan serta persijilan UBM Live adalah bahagian penting untuk pelan pemasaran syarikat-syarikat merentasi lebih 20 sektor industri.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Alex Heeley atau Tristan Jervis
De Facto Communications
T: +44-207-203-6745 / 6740
E: a.heeley@defacto.com / t.jervis@defacto.com

SUMBER  UBM Live

Source: UBM Live
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements