omniture

Hancom Group bakal Lancar Satelit Sejong-1 pada tahun 2022, Sasar Pasaran Perkhidmatan Data Video

-Memperkenalkan rancangan pelancaran untuk satelit orbit rendah ultra kecil Sejong-1 pada tahun 2022
-Membangunkan jalur perkhidmatan data video pertama dunia dengan komponen darat, udara dan angkasa
-Membina berasaskan usaha sama dengan Infiniti Electro-Optics untuk bersaing dalam pasaran sensor resolusi ultra tinggi
Hancom Group
2021-09-30 07:07 188

SEOUL, Korea Selatan, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Dalam separuh pertama tahun 2022, Hancom InSpace (Ketua Pegawai Eksekutif Choi Myung-jin), rakan gabungan Hancom Group (Pengerusi Kim Sang-Cheol), bekerjasama dengan Spire Global (NASDAQ: SPIR), sebuah syarikat data satelit angkasa AS yang terkemuka, akan melancarkan satelit peribadi pertama Korea bagi tujuan pemerhatian Bumi. Dengan acara ini, Hancom Group akan menjadi entiti bukan kerajaan pertama di Korea Selatan yang meletakkan satelit di angkasa dengan berat kurang daripada 100 kg.

Sidang akhbar dalam talian Hancom Group
Sidang akhbar dalam talian Hancom Group

"Ketika industri angkasa global memasuki era 'angkasa-baharu' dipacu swasta, kami akan memimpin industri angkasa Korea," kata Choi Myung-jin, Ketua Pegawai Eksekutif Hancom InSpace. "Pasaran perkhidmatan data imej global dijangka berkembang dengan ketara daripada KRW81 trilion tahun ini kepada KRW100 trilion pada tahun 2024 dan Hancom Group akan terus mendorong strategi pembezaan dan pelaburan yang berani untuk memperoleh kelebihan dalam pasaran perkhidmatan data video."

Jalur perkhidmatan data video tiga tahap pertama dunia
Dengan pelancaran Sejong-1, Hancom Group akan menyelesaikan langkah pertama dalam mewujudkan jalur perkhidmatan data video seluruh dunia yang menghubungkan angkasa, atmosfera dan darat menggunakan satelit dan dron yang dilengkapi dengan sensor resolusi ultra tinggi. Dengan jalur perkhidmatan menyeluruh yang tiada tandingan ini, Hancom Group menyasarkan sektor pertanian yang menunjukkan permintaan tertinggi antara pasaran perkhidmatan data video. Hancom Group merancang untuk menembusi pasaran global bermula dengan Asia Tenggara, yang memiliki proposisi industri pertanian yang tinggi.

Hancom Group turut merancang untuk berkembang kepada kapasiti penggunaan data yang lain seperti pengurusan sumber hutan, pengurusan bencana dan pengesanan perubahan bandar serta menyediakan perkhidmatan data video yang disesuaikan kepada pelbagai permintaan dalam pasaran awam melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Hancom Inc., Hancom Lifecare dan Hancom MDS.

Hancom InSpace dan satelit orbit rendah ultra kecil Sejong-1
Hancom InSpace telah menyediakan perkhidmatan data video sejak tahun 2012 melalui penubuhan dan operasi stesen-stesen darat untuk sistem satelit dan dron tanpa pemandu. Dengan memiliki dan membangunkan satelit serta penyelesaiannya sendiri, syarikat ini telah mewujudkan sistem perkhidmatan semua-dalam-satu yang mengumpul, mengurus, menganalisis dan menjual data video, menjamin postur kompetitif yang tiada tandingan serta mengembangkan perniagaannya.

Sejong-1 ialah satelit orbit rendah ultra kecil, 20 cm lebar, 10 cm panjang, 30 cm tinggi dan hanya seberat 10.8 kg. Ia akan mengelilingi Bumi 12 hingga 14 kali sehari, menyelesaikan orbit setiap 90 minit dan mengumpul data imej 7 panjang gelombang menggunakan kamera pemerhatian resolusi 5m. Hancom Group merancang untuk melancarkan empat lagi pada satelit tunggal siri Sejong secara berurutan dan menjangkakan pelancaran dan operasi satelit kluster, lebih daripada 50 satelit setiap kluster. Tahap liputan global ini akan membolehkan Hancom Group memecahbahagikan kawasan pemerhatian global, memendekkan masa pemerolehan data dan berkembang kepada perkhidmatan global.

Memperluas kumpulan video bawaan udara

Sejong-1 memperluas keupayaan pengumpulan data Hancom dengan menambah kepada kumpulan pengumpulan video bawaan udaranya. Pada September 2021, Hancom Group memperkenalkan dron pemerhatian HD-500. Dron berkuasa gas bersaiz kecil hingga sederhana ini berukuran 41 cm lebar, 41 cm panjang dan 35.2 cm tinggi. Ia hanya seberat 3.5 kg dan dioptimumkan untuk pengumpulan data imej/video menggunakan teknologi yang dibangunkan menerusi satu usaha sama yang diumumkan baru-baru ini bersama Infiniti Electro-Optics (sebahagian daripada Ascendent Technology Group, Inc.). Teknologi sistem kamera PTZ duaan siang/malam, resolusi tinggi Infiniti Electro-Optics menyokong penyesuaian pelbagai sensor optik/inframerah (EO/IR). Kamera optik dapat diperbesarkan sehingga 135 kali, sementara kamera pengimejan terma inframerah dapat mengesan individu dari jarak 20 km dan kenderaan dari jarak lebih daripada 50 km.

Kedua-dua kamera pengimejan optik dan terma dapat dipasang pada kenderaan darat, dron dan pesawat lain. Di samping itu, ketika kamera ini menjalankan operasi yang tepat, melaraskan semula sudut sensor sekecil 0.001° dan sehingga sebesar 110° dalam satu saat, permintaan tinggi diunjurkan daripada organisasi-organisasi komersial mahupun pertahanan. Menggunakan teknologi analisis AI Hancom InSpace dan teknologi sensor Infiniti Electro-Optics, Hancom Group merancang untuk bersama-sama membangunkan sensor yang menyasarkan pasaran satelit global.

Latar Belakang Hancom Group

Ditubuhkan pada tahun 1990, Hancom Group (www.hancomglobal.com) ialah peneraju dalam mencipta ekosistem inovatif yang akan memimpin dunia melalui penumpuan teknologi. Dengan capaian 16 syarikat gabungannya yang meliputi perkakasan, perisian dan industri kewangan, misi Kumpulan ini adalah untuk mencipta "dunia mudah, dunia terhubung dan dunia selamat & terjamin."

Semua nama jenama dan nama produk merupakan cap dagangan atau cap dagangan berdaftar syarikat-syarikat masing-masing.

Tag: Hancom, Hancom Group, Hancom InSpace, Sejong-1, perkhidmatan data video, satelit

Hubungan Media:

Grace Lee
haeun.lee@hancom.com

Satelit Sejong-1
Satelit Sejong-1

 

Hancom InSpace (Ketua Pegawai Eksekutif Choi Myungjin
Hancom InSpace (Ketua Pegawai Eksekutif Choi Myungjin

 

Source: Hancom Group
Related Stocks:
Korea:030520
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Asian-related news New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)