omniture

Fujitsu Paparkan Visi untuk Masa Depan Lestari buat Asia melalui Inovasi Digital di Fujitsu ActivateNow 2021

Fujitsu Limited
2021-09-30 10:00 168

SINGAPURA, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Fujitsu mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan acara global utama tahunan kali kedua berturut-turut, Fujitsu ActivateNow 2021 mulai 12 Oktober 2021, membawakan pengalaman digital yang dinamik kepada para hadirin di seluruh dunia dengan pesanan daripada kepimpinan Fujitsu serta perbincangan panel dan pembentangan jemputan daripada individu-individu berwawasan global dalam bidang termasuk kerajaan digital, ekonomi perkongsian serta kepelbagaian dan rangkuman. Di samping agenda globalnya, Fujitsu akan menawarkan program eksklusif untuk peserta-peserta di Asia, dengan sesi-sesi khas yang mengetengahkan isu-isu perniagaan dan sosial yang penting serta topik-topik hangat lain yang turut memberi kesan di seluruh kawasan ini.

 

Program tahun ini akan membawa para peserta dalam perjalanan melalui perkhidmatan terkini dan teknologi canggih Fujitsu yang memacu transformasi digital (DX) untuk pelanggan di seluruh dunia, sekali gus menunjukkan bagaimana Fujitsu memanfaatkan inovasinya yang utama di dunia untuk kesejahteraan dan kebaikan sosial. Acara ini akan menonjolkan sumbangan Fujitsu dalam memenuhi Matlamat Pembangunan Lestasi PBB serta usahanya untuk menyelesaikan banyak cabaran yang dihadapi oleh umat manusia, termasuk ancaman eksistensial yang ditimbulkan oleh perubahan iklim tatkala kita bangkit daripada bayangan pandemik.

Pada Oktober 2020, Fujitsu melancarkan acara utama digital globalnya yang pertama seumpamanya, Fujitsu ActivateNow 2020, menyampaikan pandangan daripada eksekutif-eksekutif atasan serta para pemimpin pemikiran global kepada audiens yang terdiri daripada 25,000 pengunjung maya dari seluruh dunia. Program tahun ini menawarkan penonton dengan program yang sama menarik apabila Fujitsu mengalu-alukan penceramah jemputan termasuk Presiden Toomas Ilves, Presiden Estonia dari tahun 2006-2016, bekas Naib Pengerusi Goldman Sachs Jepun dan Ketua Pakar Strategi Ekuiti Jepun Kathy Matsui serta tetamu-tetamu istimewa yang lain.

Gambaran Keseluruhan Acara

1. Tempoh: mulai 12 Oktober 2021 (Selasa) 1 PETANG SGT

  • Ditawarkan berdasarkan permintaan
  • Prapendaftaran diperlukan

2. Negara /kawasan sasaran: 

Singapura, tanah besar China, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand, Vietnam

3. Kandungan Acara:

  • Program Global

Ringkasan: Program global ini membawakan ucapan dasar pembuka daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Transformasi Digital Fujitsu Group Takahito Tokita, diikuti dengan sesi-sesi Sorotan Utama yang dihoskan oleh eksekutif syarikat dan pakar jemputan

  • Program-program Rantau Asia

Ringkasan: Ketua Rantau Asia Fujitsu, Koji Masuda, akan membincangkan bagaimana teknologi mengubah dunia, potensi rantau Asia dan pendekatan berpandukan isu oleh Fujitsu terhadap isu-isu sosial untuk masa depan Asia yang lestari sebagai rakan pilihan DX pelanggan. Kandungan ini akan menawarkan perspektif serantau mengenai trend terkini, pandangan dan contoh tertentu daripada pelanggan, rakan kongsi dan pakar di seluruh Asia.

Sumber dalam talian

Hubungan Akhbar

Bahagian Perhubungan Awam dan Pelabur

Pertanyaan

Latar Belakang Fujitsu

Fujitsu ialah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jepun terkemuka yang menawarkan pelbagai jenis produk, penyelesaian dan perkhidmatan teknologi. Kira-kira 126,000 kakitangan Fujitsu menyokong pelanggan di lebih daripada 100 negara. Kami memanfaatkan pengalaman kami dan kuasa ICT untuk membentuk masa depan masyarakat bersama pelanggan kami. Fujitsu Limited (TSE:6702) melaporkan pendapatan tergabung sebanyak 3.6 trilion yen (US$34 bilion) untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2021. Untuk maklumat lanjut, sila lihat www.fujitsu.com.

Fujitsu ActivateNow
Fujitsu ActivateNow

Source: Fujitsu Limited
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services