omniture

Adakah anda bersedia untuk memiliki rumah? #BringMyraHome Pastikan Ia Direalisasi

Myra tersedia kepada pembeli rumah Malaysia ketika tempoh tidak menentu ini untuk menawarkan nilai, penyumberan dan insentif
Myra
2021-10-01 11:49 2175

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Oktober 2021 Kempen terbaharu #BringMyraHome oleh pemaju hartanah, Myra dilancarkan untuk membantu pembeli rumah meminimumkan cabaran yang dihadapi semasa proses pembelian rumah. Selain membantu anda dengan membuat keputusan dalam pembelian lebih mudah.

Kempen #BringMyraHome bersama Dr Shazril Shaharuddin
Kempen #BringMyraHome bersama Dr Shazril Shaharuddin

Objektif utama kempen ini adalah untuk menjadikan pengalaman pembelian rumah anda menarik dan bebas tekanan, terutamanya bagi pembeli buat kali pertama. Menerusi kempen ini, pembeli rumah boleh menjangkakan banyak bahan dalam talian serta bantuan atas talian yang cekap daripada penasihat hartanah terlatih.

Penyelesaian Digital Kepada Pembelian Rumah

Pandemik nescaya mengubah cara hidup kita termasuk bagaimana pemaju membina dan menjual kediaman. Susulan itu, Myra memperluaskan kemampuan portal pengajaran dalam usaha memberikan pendidikan atau maklumat mengenai hartanah lebih baik dan secara berpanduan. Dengan itu, pembeli rumah pertama boleh membuat keputusan yang lebih bijak semasa pembelian rumah mereka.

Selain itu, pembeli rumah juga boleh menggunakan Myra Super Calculator, ia diwujudkan oleh Myra untuk memberi anggaran perbelanjaan membeli hartanah. Selain itu, ia membantu pembeli rumah memahami kemampuan dan kelayakan sebagai prasyarat kepada proses sebelum atau ketika berunding dengan perunding hartanah. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan kempen, Myra akan bekerjasama dengan Dr Shazril Shaharuddin, doktor perubatan yang juga pempengaruh (influencer) menerusi penganjuran bengkel pembelian rumah digital pada jam 11.00 pagi, 16 Oktober, di mana beliau akan berkongsi pengalaman peribadinya dalam pembelian rumah. Kepada yang berminat, anda boleh mendaftar menerusi myra.com.my.

Kepada yang mahu membeli rumah, anda boleh mengunjungi Myra's 4-Step Journey dan Myra Library bagi mendapatkan informasi pembelian rumah yang senang difahami. Memandangkan Myra berusaha untuk lebih memahami tingkah laku, kehendak dan keperluan pembeli rumah buat masa depan mereka, pemaju hartanah itu juga akan melancarkan Member Myra, suatu platform yang percuma, interaktif dan ada unsur hiburan dalam masa terdekat. Ia juga adalah platform yang dibina khas untuk pembeli rumah Myra yang pertama dan sedia ada, di mana mereka akan bekerjasama dengan banyak jenama lain.

Selain itu, pembeli rumah Myra yang dapat akses tanpa had ke Myra's Homebuying Hub, yang berfungsi sebagai platform satu-dalam-semua untuk pengiraan dan tempahan. Hab ini menjadikan proses pembelian rumah tradisional lebih inovatif dengan memberi pengalaman pemilikan rumah lebih lancar.

Source: Myra
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Real Estate Residential Real Estate New products/services Future Events