KUALA LUMPUR, Malaysia, Oktober 1, 2021 /PRNewswire/ -- Anchor Food Professionals kembali dengan kempen "Anchor Legendairy Dream Rewards" yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember 2021. Tahun ini, kempen tersebut mengunjurkan sokongannya kepada lebih 1,300 perusahaan bakeri, restoran, dan kafe di seluruh Malaysia.
Berdasarkan kenaikan mendadak kegiatan digitalisasi dan pentingnya daya capaian pengguna dalam talian pada masa kini, Anchor Food Professionals mengambil peluang untuk memberi dukungan kepada para pengusaha perniagaan makanan dan minuman tempatan untuk meluaskan lagi capaian digital mereka menerusi pelbagai inisiatif sosial dan digital.
Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan bagi Fonterra Brands Malaysia, Anchor Food Professionals sedar betapa pentingnya aspek keterlihatan sesebuah jenama di pentas dalam talian kerana pengguna kini lebih cenderung ke arah platform sosial dan e-dagang. "Wabak COVID-19 telah menjejaskan ramai pengusaha makanan dan minuman tempatan, namun pada masa yang sama, ia juga telah membuka banyak peluang baharu. Digitalisasi antaranya, menawarkan kelebihan akses yang besar kepada entiti-entiti perniagaan masa kini bagi kemudahan para pengguna. Oleh itu, Anchor Food Professionals berhasrat untuk membantu mereka dengan meningkatkan pengaruh digital mereka di seluruh negara menerusi kempen ini," ujar Tan.
Selain memberi sokongan kepada pengusaha makanan dan minuman pada waktu yang mencabar ini, Anchor Food Professionals turut menggandakan usaha kempennya menerusi peraduan berperingkat nasional. Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM100,000 bagi setiap resit yang dihantar. Untuk mengambil bahagian, pengguna hanya perlu membeli makanan atau minuman yang dilazatkan oleh produk Anchor dengan nilai minimum RM8, dan mengirimkan gambar resit menerusi laman web peraduan ini. Resit yang diperoleh daripada kedai makanan, perkhidmatan bawa pulang dan penghantaran oleh bakeri, restoran atau kafe yang terlibat dalam peraduan ini layak untuk dihantar. Menerusi peraduan ini, Anchor Food Professionals telah menjalin kerjasama dengan rangkaian perusahaan makanan tempatan serta bakeri, restoran, dan kafe yang terkemuka seperti Secret Recipe, The Coffee Bean and Tealeaf, US Pizza, RT Pastry, Daboba, Brew House, dan banyak lagi. Kini, pengguna dapat menikmati keenakan Anchor serta berpeluang memenangi hadiah menarik.
"Susulan daripada kejayaan kempen tahun lalu, kami sekali lagi ingin mengukir senyuman pada wajah rakan-rakan penaung serta pelanggan kami dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik untuk dimenangi. Matlamat kami di Anchor Food Professionals adalah untuk menyediakan solusi-solusi yang bertepatan dengan situasi semasa, dan diiringi dengan harapan untuk menyuntik dorongan kepada masyarakat. Kami berharap kempen ini dapat menjadi sumber keceriaan serta mencungkil semangat perpaduan dalam kalangan kita dalam keadaan yang mencabar ini," tambah beliau.
Para peserta yang berminat untuk menyertai peraduan ini boleh mendaftar masuk ke www.dreamwithanchor.com dan mengirimkan gambar resit mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini serta kempen "Anchor Legendairy Dream Rewards", sila layari laman www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my.
Mengenai Anchor Food Professionals
Anchor Food Professionals adalah pasukan perkhidmatan makanan, berperanan sebagai perunding sebenar yang bekerja di belakang tabir bagi menasihati dan mencadangkan cita rasa baharu dan produk menarik untuk chef, pembuat roti, katerer, dapur komersial, hotel, restoran, restoran perkhidmatan segera dan kafe. Pasukan ini membantu perniagaan dengan segala aspek operasi mereka daripada komunikasi sebelum pesanan diberi (FOH), dan perletakan harga dan promosi, penambahnaikan cita rasa serta menyampaikan opsyen menu baharu. Dengan mengetahui perniagaan pelanggan mereka, Anchor Food Professionals mengguna pakai pengetahuan ini dan mengoptimumkan ramuan tenusu berdasarkan kepakaran penyelidikan dan pembangunan Fonterra bertaraf global bagi memenuhi kehendak khusus chef, pembuat roti dan pemilik restoran.