omniture

REC Akan Asing Perniagaan Suria dan Silikon, Lancar Dua Peneraju Industri Fokus Perniagaan Tunggal Baharu bagi Menguasai Pertumbuhan Kuat Tenaga Suria

REC (Renewable Energy Corporation ASA)
2013-07-19 04:20 144

SANDVIKA, Norway, 19 Julai 2013 /PRNewswire/ -- REC (Renewable Energy Corporation ASA), peneraju penyedia global penyelesaian tenaga elektrik suria, mengumumkan bahawa ia akan membahagikan syarikat itu kepada dua entiti, dengan melancarkan bahagian Silikon dan bahagian Suria sebagai syarikat bebas yang tersenarai. Kedua-dua syarikat bakal menjadi peneraju industri dalam bidang mereka masing-masing dan menerusi urusniaga kewangan yang dirancang ini, REC akan memastikan tapak kewangan kukuh yang akan memberikan kelebihan daya saing dan asas yang kukuh untuk kedua-dua syarikat maju ke hadapan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/594514)

Menurut Ole Enger, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden REC, membahagikan syarikat itu berdasarkan pengkhususan segmen akan meletakkan kedua-dua entiti itu pada kedudukan yang utuh bagi menguasai pertumbuhan masa hadapan.

"Tenaga suria sudah menjadi sumber tenaga yang sangat berdaya saing dan kami sangat percaya industri tenaga suria akan mengalami pertumbuhan signifikan dalam tahun-tahun mendatang. Kami akui kami perlu berusaha lebih lagi untuk memajukan dan mengekalkan sebuah kedudukan peneraju dengan model perniagaan yang bersepadu menegak. Dengan melancarkan sebuah syarikat fokus tunggal tenaga suria dan sebuah syarikat fokus tunggal silikon, kedua-dua syarikat akan berada dalam kedudukan yang menguntungkan untuk menarik modal, dan dilengkapi sepenuhnya untuk memperkemas pendekatan pasaran dan kekal di barisan hadapan pembangunan teknologi," kata Ole Enger.

Pelancaran entiti berasingan itu akan dilakukan melalui satu urusniaga kewangan yang melibatkan REC menawarkan 100 peratus saham mereka dalam REC Solar kepada pemegang saham REC yang sedia ada. Dalam urusniaga itu, REC Solar dinilaikan pada NOK 800 juta (EUR 102 juta) dan tawaran itu ditaja jamin sepenuhnya oleh para pemegang saham terbesar REC.

REC Solar akan dibekalkan dengan kedudukan wang tunai bersih sebanyak NOK 300 juta (EUR 38 juta) dan akan memohon untuk disenaraikan dalam Bursa Saham Oslo. Dengan nisbah ekuiti sebanyak 67 peratus, REC Solar berada pada kedudukan unik sebagai sebahagian daripada pembekal panel suria bebas hutang dalam industri itu. REC ASA, akan memperkuatkan lagi kunci kira-kiranya melalui penerimaan hasil kutipan sebanyak NOK 500 juta (EUR 63 juta) daripada urusniaga itu. Selepas urusniaga itu, REC ASA akan mempunyai hutang bersih sebanyak NOK 1.7 bilion (EUR 216 juta) dan akan mempunyai nisbah ekuiti sebanyak 53 peratus. Urusniaga itu menanti kelulusan daripada para pemegang saham REC melalui sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa dan oleh para pemegang bon REC.

Pengumuman melancarkan syarikat-syarikat tenaga suria dan silikon baharu ini dibuat serentak dengan pengeluaran keputusan suku tahun kedua oleh REC dengan peningkatan permintaan, harga jualan lebih tinggi dan pendapatan keseluruhan lebih baik yang ketara untuk syarikat itu. Hasil daripada suku tahun itu berakhir pada NOK 1,544 juta (EUR 203 juta), naik 21 peratus daripada suku tahun sebelumnya. EBITDA adalah pada NOK 152 juta (EUR 20 juta) dalam suku tahun kedua, naik daripada NOK 46 juta (EUR 6 juta) dalam suku tahun sebelumnya. EBITDA REC Solar adalah NOK 75 juta (EUR 10 juta) dan REC Silicon pula sebanyak NOK 106 juta (EUR 14 juta).

Kenaikan harga lanjutan untuk polisilikon dijangka dalam suku tahun seterusnya, dan pertumbuhan permintaan panel suria yang kuat daripada Asia bermakna ramalan untuk industri itu adalah positif.

Bagi rangkaian luas REC yang terdiri daripada rakan kongsi lama dan rapat serta pelbagai pemegang saham, langkah mengasingkan perniagaan Silikon dan Suria itu tidak akan memberi kesan terhadap interaksi bersama REC, kerana kedua-dua segmen perniagaan itu mempunyai struktur organisasi yang berasingan dan lengkap, termasuk pengendalian, penyelidikan & pembangunan, jualan dan pemasaran. Jenama dan tanda dagangan REC akan terus dimiliki oleh syarikat REC Solar yang baharu itu, beribu pejabat di Singapura di bawah Ketua Pegawai Eksekutif Oyvind Hasaas, sementara syarikat induk dan perniagaan silikon yang bersekutu akan dijenamakan semula dalam masa terdekat.

"Dengan entiti-entiti baharu ini, kami boleh melancarkan dua syarikat bebas dan kukuh dalam industri yang sedang matang dengan pantas. Pengurusan kanan semasa segmen-segmen tenaga suria dan silikon akan mengetuai syarikat-syarikat baharu ini selepas tempoh peralihan. Tiada sebarang rancangan lain untuk berubah lokasi atau mengubah bilangan kakitangan dalam kedua-dua organisasi ini, kerana mengekalkan tahap kecekapan tinggi dan kedudukan pasaran global yang kukuh sangat penting bagi kami," tegas Ole Enger.

Ibu pejabat korporat semasa di Sandvika - Norway, akan dikecilkan secara signifikan selepas tempoh peralihan itu, dengan fungsi dan peranan korporat dipindahkan ke ibu pejabat baharu di Singapura untuk perniagaan tenaga suria dan ke AS untuk perniagaan silikon.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini: http://www.recgroup.com/offering2013

Ikuti REC melalui Twitter: https://twitter.com/recgroupmedia

Mengenai REC:
Untuk melihat apa lagi yang ditawarkan oleh REC, lawati http://www.recgroup.com

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Anja Hesse
Pengurus Perhubungan Awam, REC Solar Sales and Marketing GmbH
Leopoldstr. 175, 80804 Munich, Jerman
Telefon: +49-89-442-3859 70
Emel: anja.hesse@recgroup.com

SUMBER  REC (Renewable Energy Corporation ASA)

Source: REC (Renewable Energy Corporation ASA)
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities