omniture

ICMM Membuat Komitmen Iklim Penting ke arah Sifar Karbon Menjelang Tahun 2050 atau Lebih Awal

International Council on Mining and Metals (ICMM)
2021-10-05 15:00 38

LONDON, 5 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, ahli Majlis Antarabangsa bagi Perlombongan dan Logam (ICMM) telah komited ke arah matlamat sifar karbon pelepasan gas rumah hijau (GHG) skop 1 dan 2 menjelang tahun 2050 atau lebih awal, selaras dengan hasrat Perjanjian Paris. Komitmen penting ini telah dibuat di dalam surat terbuka yang ditandatangani oleh CEO ahli syarikat ICMM.

Solar panels at Gold Field’s Granny Smith mine (Image Credit: Gold Fields)
Solar panels at Gold Field’s Granny Smith mine (Image Credit: Gold Fields)

 

Rohitesh Dhawan, Ketua Pegawai Eksekutif ICMM berkata: "Sebagai pembekal mineral dan logam yang penting untuk penyahkarbonan dan pembangunan lestari, kami bertanggungjawab untuk meminimumkan kesan operasi kami terhadap alam sekitar. Komitmen kolektif ahli ICMM sifar karbon pelepasan GHG skop 1 dan 2 menjelang tahun 2050 merupakan satu detik penting dalam sejarah kita . Kami bercakap dengan satu suara yang mewakili kira-kira satu pertiga daripada industri perlombongan dan logam global – termasuk lebih daripada 650 tapak di lebih 50 buah negara – supaya kami dapat memacu pengurangan pelepasan pada skala yang signifikan.  

"Ahli ICMM mempunyai dan akan terus menetapkan sasaran jangka pendek dan/atau sederhana yang bermakna untuk membina laluan yang jelas bagi mencapai matlamat ini, di samping turut mempercepat tindakan dalam menangani pelepasan skop 3 dan meningkatkan pendedahan. Kami menggalakkan syarikat-syarikat perlombongan dan logam lain , pembekal dan pelanggan untuk menyertai kami dalam penyahkarbonan rantaian nilai komoditi supaya kami dapat mempercepat tindakan iklim secara kolektif secara lebih meluas dalam industri kami." 

Gonzalo Muñoz, Pakar Tindakan Iklim Peringkat Tinggi UNFCCC, berkata: "Saya mengalu-alukan kepimpinan dan matlamat bersama ahli ICMM untuk komited terhadap matlamat sifar karbon dalam pelepasan GHG skop 1 dan 2 menjelang tahun 2050 atau lebih awal dan saya amat menggalakkan syarikat-syarikat untuk menetapkan sasaran pengurangan pelepasan GHG skop 3 menjelang akhir tahun 2023. Para Pakar Tindakan Iklim Peringkat Tinggi menggalakkan ahli-ahli untuk berusaha menetapkan sasaran yang paling bermatlamat tinggi berasaskan sains yang selaras dengan kriteria kempen Ke Arah Sifar Karbon." 

Walaupun kami mempunyai sasaran penyahkarbonan individu di mana dalam sesetengah kes ia melangkaui komitmen kolektif ICMM , di mana ia mewakili satu matlamat bersama. Kadar dan kaedah penurunan utama bagi pelepasan akan berbeza-beza di seluruh komoditi dan geografi berbeza yang diwakili oleh keahlian kami yang pelbagai. Namun pendekatan kami untuk menetapkan dan memenuhi sasaran secara individu akan kekal konsisten dan merangkumi perkara berikut, selewat-lewatnya penghujung tahun 2023, di mana perkara-perkara ini tidak lagi wujud: 

  • Menetapkan sasaran Skop 1 dan 2: kami akan membina laluan yang jelas untuk mencapai sifar karbon dalam pelepasan GHG Skop 1 dan 2 menjelang tahun 2050 atau lebih awal, melalui sasaran jangka pendek dan/atau sederhana yang bermakna. 
  • Mempercepat tindakan bagi pelepasan GHG Skop 3: kami menyedari bahawa Skop 3 adalah penting untuk meminimumkan kesan keseluruhan kami dan kami akan menetapkan sasaran bagi Skop 3 secepat yang mungkin dan selewat-lewatnya menjelang akhir tahun 2023. Walaupun semua tindakan bagi Skop 3 bergantung kepada usaha bersama para pengeluar, pembekal dan pelanggan, sesetengah komoditi menghadapi halangan teknologi dan kolaborasi yang lebih besar berbanding yang lain. Kami akan memainkan peranan penting dalam mengatasi halangan ini dan memajukan perkongsian yang membolehkan penetapan sasaran dan pengurangan pelepasan yang boleh dipercayai di seluruh rantaian nilai. 
  • Meliputi semua sumber bahan: sasaran kami akan merangkumi semua sumber pelepasan bahan yang selaras dengan definisi protokol GHG tentang batasan dan kepentingan organisasi.
  • Memberi fokus kepada pengurangan mutlak: bagi sesetengah operasi, sasaran intensiti adalah lebih sesuai dalam jangka masa pendek dan sederhana berbanding sasaran mutlak. Apabila sasaran intensiti digunakan, kami akan mendedahkan peningkatan atau penurunan mutlak bagi pelepasan GHG yang sepadan.
  • Menerapkan metodologi yang mantap: kami akan menggunakan metodologi penetapan sasaran yang sejajar dengan hasrat Perjanjian Paris dan mendedahkan secara terperinci andaian yang akan kami gunakan.
  • Mendedahkan secara terbuka dan telus: kami akan melaporkan kemajuan kami bagi Skop 1, 2 dan 3 setiap tahun, memperoleh pengesahan luaran terhadap prestasi kami dan melaporkannya sejajar dengan saranan Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan yang berkaitan dengan Iklim. 

Komitmen ini adalah perkara tambahan dan juga telah dimasukkan ke dalam kemas kini Pernyataan Kedudukan Perubahan Iklim ICMM yang telah mempunyai beberapa komitmen berkaitan prestasi dan pendedahan. Tindakan terhadap perubahan iklim adalah sebahagian daripada Prinsip Perlombongan ICMM yang mewakili komitmen komprehensif terhadap industri perlombongan dan logam yang bertanggungjawab. 

Nota kepada editor 

Siaran ini telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris oleh pihak ketiga. ICMM tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidaktepatan dalam terjemahan ini.

Versi bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Jepun, Rusia, Perancis dan Cina bagi surat terbuka dan Pernyataan Kedudukan Perubahan Iklim ICMM akan tersedia di laman web kami:

  • Surat terbuka tersebut boleh didapati di sini.
  • Pernyataan Kedudukan Perubahan Iklim ICMM yang telah dikemas kini boleh didapati di sini.

Aset sokongan tersedia untuk dimuat turun daripada pek taklimat media ICMM (termasuk petikan daripada beberapa CEO ahli ICMM dan imej dengan resolusi tinggi daripada beberapa ahli syarikat kami yang tersedia untuk penerbitan dengan karya tersebut – sila berikan kredit kepada syarikat sumber).

Tentang ICMM  

ICMM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang didedikasikan untuk industri perlombongan dan logam yang selamat, adil dan lestari. Menyatukan28 buah syarikat perlombongan dan logam serta lebih 35 buah persatuan serantau dan komoditi, ia mengukuhkan prestasi persekitaran dan sosial serta berfungsi sebagai pemangkin untuk perubahan yang meningkatkan sumbangan perlombongan kepada masyarakat. Setiap ahli syarikat ICMM mematuhi Prinsip  Perlombongan yang menggabungkan keperluan persekitaran, sosial dan tadbir urus yang komprehensif, pengesahan lokasi yang kukuh bagi Jangkaan Prestasi dan jaminan yang boleh dipercayai bagi laporan kelestarian korporat. 

28 ahli syarikat ICMM ialah: African Rainbow Minerals, Alcoa, Anglo American, AngloGold Ashanti, Antofagasta Minerals, Barrick, BHP, Boliden, Codelco, Freeport-McMoRan, Glencore, Gold Fields, Hydro, JX Nippon Mining & Metals, Minera San Cristóbal, Minsur, Mitsubishi Materials, MMG, Newcrest, Newmont, Orano, Polyus, Rio Tinto, Sibanye Stillwater, South32, Sumitomo Metal Mining, Teck dan Vale.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1651343/ICMM_solar_panels.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1651344/ICMM_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: International Council on Mining and Metals (ICMM)
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services Socially Responsible Investing