omniture

Kedudukan Kuasa Pasport Mencatat Rekod Jurang Paling Luas dalam Kebebasan Perjalanan

Henley & Partners
2021-10-05 16:00 37

LONDON, 5 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hasil dan kajian terkini daripada Henley Passport Index menunjukkan bahawa sekatan kemasukan secara besar-besaran selama 18 bulan yang lalu akibat pandemik, telah menghasilkan jurang mobiliti global yang paling luas dalam sejarah selama 16 tahun, dengan para pemegang pasport utama dari Jepun dan Singapura mampu melakukan perjalanan tanpa visa ke 166 buah destinasi lebih daripada warganegara Afghanistan, berada di kedudukan terbawah indeks yang hanya mempunyai akses ke 26 buah negara tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

Berdasarkan data yang eksklusif daripada International Air Transport Association (IATA), indeks yang menilai kedudukan semua pasport di seluruh dunia mengikut bilangan destinasi yang boleh diakses oleh para pemegang tanpa memerlukan visa terlebih dahulu ini menunjukkan bahawa negara-negara utara dengan kedudukan pasport tertinggi telah mengenakan sekatan perjalanan berkaitan Covid-19 yang paling ketat, manakala kebanyakan negara-negara selatan yang mempunyai kedudukan pasport yang lebih rendah telah melonggarkan sekatan sempadan mereka tanpa syarat. Ini telah mewujudkan jurang yang semakin luas dari segi kebebasan perjalanan pelancong dari negara-negara pasport berkuasa lebih rendah yang telah divaksin sepenuhnya namun masih dikenakan sekatan perjalanan di seluruh dunia.

Penyelidikan yang unik serta analisis pakar yang dijalankan oleh firma penasihat kediaman dan kewarganegaraan melalui pelaburan antarabangsa Henley & Partners ini menunjukkan bahawa jurang ini berpotensi untuk meningkat kerana sekatan berkaitan pandemik yang diperketat lalu meningkatkan lagi jurang mobiliti global yang agak ketara antara negara maju dengan negara membangun. Jepun yang berkongsi tempat teratas dalam indeks ini bersama-sama Singapura dengan skor tanpa visa/visa semasa ketibaan sebanyak 192 mata, kini menyekat kemasukan hampir kesemua warganegara asing. Jerman yang berada di tempat ke-2 bersama-sama dengan Korea Selatan dengan skor pasport tanpa visa/visa semasa ketibaan sebanyak 190 mata, kini menyekat kemasukan hampir 100 buah negara.

Pada kedudukan indeks yang lebih rendah, Mesir berada di tempat ke-97 dan kini tidak mengenakan sebarang sekatan perjalanan, namun rakyat negara tersebut hanya boleh mengakses ke 51 destinasi di seluruh dunia tanpa perlu memperoleh visa terlebih dahulu. Begitu juga Kenya yang berada di tempat ke-77, tidak mengenakan sebarang sekatan perjalanan, namun para pemegang pasportnya hanya boleh mengakses ke 72 destinasi tanpa visa.

Covid dijadikan alasan untuk menyekat para pelancong dari negara-negara selatan?

Mengulas dalam Laporan Mobiliti Global S4 2021 Henley & Partners, Prof. Mehari Taddele Maru dari United Nations University Institute berkata, "Negara-negara di sebelah utara telah memperkasakan strategi pembendungan migrasi yang agresif untuk beberapa ketika pada masa ini melalui kawalan sempadan yang ketat yang menghalang pergerakan individu melalui pelbagai cara. Sekatan perjalanan yang berkaitan dengan Covid-19 merupakan kaedah tambahan baharu untuk membendung migrasi yang digunakan oleh negara-negara di sebelah utara untuk menyekat mobiliti dari negara-negara di sebelah selatan." 

Penyelarasan terkini terhadap dasar sekatan Covid di UK dan AS, dua buah negara yang berkongsi tempat ke-7 dalam indeks ini dengan skor tanpa visa sebanyak 185 mata, hanya mengambil sedikit tindakan untuk mengubah pendapat pakar tentang peningkatan ketidakadilan dari segi kebebasan dan akses perjalanan. Kedua-dua negara ini juga tidak mengiktiraf vaksin yang diberi di seluruh Afrika, Amerika Selatan dan Asia Selatan. Walaupun kini AS telah membuka sempadannya kepada para pelancong yang telah divaksin sepenuhnya, UK yang baru-baru ini mengeluarkan "senarai merahnya", masih menyekat pelancong yang divaksin sepenuhnya dari negara-negara seperti Argentina, Brazil, India dan Afrika Selatan.

Mengulas tentang perkembangan terbaru ini, Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners yang juga merupakan pencipta konsep indeks pasport ini menegaskan bahawa, "Untuk meningkatkan semula ekonomi global, penting bagi negara-negara maju untuk menggalakkan aliran masuk migrasi berbanding terus mengenakan sekatan luar yang ketinggalan zaman dan menggunakan pendekatan pengecualian terhadap negara lain di seluruh dunia."

Baca Siaran Akhbar Penuh

Source: Henley & Partners
Keywords: Airlines/Aviation Publishing/Information Service Travel Survey, Polls & Research