omniture

Paula Gignac, Mantan Presiden IAB Canada dan Veteran Industri Pemasaran Digital Kanada, Sertai The Exchange Lab sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Global

The Exchange Lab
2013-07-23 07:38 141

TORONTO, 23 Julai 2013 /PRNewswire/ -- The Exchange Lab, hari ini mengumumkan Paula Gignac, yang dilantik ke dalam Dewan Lagenda Pemasaran Kanada tahun 2012 dan veteran selama 17 tahun dalam industri Pemasaran Digital di Kanada, akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Global baharunya.

Gignac, yang diiktiraf dalam seluruh industri Kanada sebagai bukan sahaja pakar rujukan utama terkemuka dan peneraju pemikiran untuk Jualan + Pemasaran Digital, tetapi juga sebagai usahawan wanita dan mentor yang mampu membina pasukan berprestasi tinggi dan perniagaan Digital yang cemerlang, menyertai pasukan pengurus kanan The Exchange Lab yang berpengalaman dan dinamik yang membimbing syarikat itu mencapai keuntungan, dan pertumbuhan hasil 300% dalam tahun lepas sahaja.

Gignac, yang pernah berkhidmat selama lapan tahun sebagai Presiden IAB Canada, dan tambahan tujuh tahun lagi sebagai Naib Presiden Rogers Women's Group Of Websites – ialah penulis yang memenangi anugerah program Pemasaran Digital untuk pelbagai klien seperti AirMiles, GlaxoSmithKline, Ford, Parmalat, Procter + Gamble dan Hershey. Beliau juga peneraju global dalam pendidikan tentang segalanya yang berkaitan dengan Digital, dengan penglibatan terkini di seluruh Kanada, dan di Kuwait dan Qatar di Timur Tengah.

Gignac akan berkhidmat di bawah James Aitken, Ketua Pegawai Eksekutif Global The Exchange Lab yang pernah berada di barisan hadapan beberapa kemajuan dalam pengiklanan Digital selama 15 tahun lepas, termasuk penglibatan beliau dengan perniagaan permulaan dan IPO untuk Avenue-A (pelabur untuk model 1x1 piksel dan atribusi yang masih digunakan hari ini), MediaBrokers Ad Network dan Atlas DMT (kedua-duanya kemudiannya dibeli oleh Microsoft, dengan Atlas baru-baru ini dibeli oleh Facebook).

"Kekuatan dan jenama peribadi Paula sangat mencerminkan apa yang dilakukan dan juga pendirian yang dipegang oleh The Exchange Lab, kami rasa ia padanan yang benar-benar serasi," kata Aitken. "Contohnya, Paula dikenali di seluruh industri Digital kerana kepimpinan pemikiran beliau yang berkecuali dan fokus tanpa henti beliau untuk mengetahui dan berkomunikasi perkara yang berkesan untuk para klien, yang bersesuaian sekali dengan pendekatan agnostik media dan dipacu keputusan oleh The Exchange Lab bagi memperkasakan pengiklan melalui sains pengiklanan gunaan. Beliau juga sangat dihormati kerana mengadunkan penyelesaian yang menyelesaikan masalah serta inovatif ke dalam semua perniagaan yang beliau bina, dan itu sama dengan matlamat yang diusahakan oleh pasukan di sini, untuk mentafsirkan dan terus mengoptimumkan kempen berasaskan data yang kami pergunakan dalam kedua-dua pasaran tempatan dan global, agar klien boleh terus mendapat faedah pantas bukan sahaja daripada teknologi canggih kami, tetapi juga pengalaman pemasaran luas untuk seluruh pasukan Exchange Lab kami."

Dalam peranan baharu beliau (berkuatkuasa serta-merta), Gignac akan bertanggungjawab untuk memperhalusi dan menerajui objektif serta strategi pemasaran global syarikat itu, sementara bekerja berganding bahu dengan para pengurus besar dan pasukan pemasaran global dan negara bagi menyetempatkan dan melaksanakannya. Beliau juga akan bertindak sebagai mubaligh Global untuk The Exchange Lab sambil ia melancarkan aspek-aspek baharu perniagaan dan diperluaskan ke dalam pasaran-pasaran baharu.

Ditubuhkan pada tahun 2007 di UK, The Exchange Lab mempunyai pejabat-pejabat di UK, Kanada, AS dan Istanbul, dan berkhidmat kepada lebih 250 klien di seluruh 29 pasaran seluruh dunia. Pendekatannya yang eksklusif, platform berbilang dan akses pasaran berbilang – digabungkan dengan analisis dan pengoptimuman kempen yang dipacu oleh data dan pengalaman – membenarkan The Exchange Lab membantu agensi dan pengiklan mencapai kejayaan dalam cara yang lebih jimat kos dan cekap berbanding syarikat lain dalam medan Pembelian Berprogram.

Image dengan kapsyen: "Paula Gignac, Ketua Pegawai Pemasaran Global, The Exchange Lab (CNW Group/The Exchange Lab)". Imej boleh didapati di: http://photos.newswire.ca/images/download/20130722_C8764_PHOTO_EN_29181.jpg

Untuk maklumat lanjut:

Paula Gignac, Tel: +1-416-845-6994. Untuk maklumat lanjut tentang The Exchange Lab, lawati www.theexchangelab.com.

Source: The Exchange Lab
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements