PERALTA, New Mexico, 23 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Intractable Studies Institute mengeluarkan penyelesaian tornado, tsunami, banjir, kebakaran hutan, kebakaran pelantar minyak terapung, tenaga buruh robot android dan keamanan dunia. Semua penyelesaian ini akan menyelamatkan nyawa dan harta benda. Misi Institut mereka adalah untuk mencipta dan menerbitkan penyelesaian pada mulanya untuk 50 cabaran getir teratas yang diketahui paling sukar diselesaikan, kali ini Institut mereka melengkapkan tujuh cabaran.
Kepentingan semua penyelesaian ini terbukti nyata kerana dekad yang lepas menyaksikan ratusan ribu kematian akibat malapetaka semula jadi dan buatan manusia dan kerugian ratusan bilion dolar. Penyelesaian tenaga buruh robot android mencipta kelompok tenaga buruh manusia-android yang simbiotik, dan mempunyai kesan sampingan menghapuskan pemberian pencen, simpanan wang persaraan dan Sekuriti Sosial kerana robot yang disediakan dalam penyelesaian ini tidak memerlukan semua itu. Kepentingan keamanan dunia terbukti dalam penyelesaiann itu sendiri.
Setiap penyelesaian merupakan satu fail PDF halaman tunggal di laman web Institut itu http://IntractableStudiesInstitute.org, atau dikenali sebagai Intra23.org. Semua penyelesaian boleh dimuat turun daripada laman web melalui pertunjukan slaid di laman tersebut dan bar menu Komunikasi. Ketujuh-tujuh Komunikasi itu percuma untuk orang ramai.
Kata Pengarah Institut tentang siaran ini, "Tujuh penyelesaian ini akan menyediakan asas untuk dunia dengan bencana alam yang kurang tragis, orang ramai berkongsi beban kerja dengan robot, dan keamanan dunia pasti akan dicapai."
Institut mereka berfikir di luar kebiasaan penyelidik normal bagi mencipta penyelesaian yang sangat berinovasi untuk cabaran-cabaran getir. Institut itu sendiri lain daripada kebiasaan pusat-pusat penyelidikan tradisional lain kerana mereka bertekad menunaikan misi menerbitkan penyelesaian teori sebelum penyelesaian itu diuji, dan semua 'Komunikasi Institut' dilabelkan dengan label 'teori' seperti sepatutnya. Kata Pengarah tentang model ini, "Institut lebih sukakan model ini kerana ia mengeluarkan penyelesaian kami dengan lebih pantas kepada orang ramai, para penyelidik dan entiti lain yang mahukan dan perlukan semua penyelesaian ini."
Ditubuhkan pada tahun 2013, misi Intractable Studies Institute adalah untuk mencipta penyelesaian secara eksklusif untuk cabaran-cabaran getir yang sukar diselesaikan. Moto Institut itu ialah "Berfikir di Luar Kebiasaan." Logo syarikat itu menepati misi mereka: "Apabila semua yang lain gagal, datanglah ke Institut kami." http://IntractableStudiesInstitute.org (Intra23.org)