omniture

Membalikkan krisis biodiversiti dan kehilangan alam semula jadi Asia Pasifik dapat menghasilkan US$4.3 trilion nilai peluang perniagaan positif-semula-jadi

Temasek
2021-10-06 14:07 204
  • Kajian baharu oleh AlphaBeta, Temasek dan Forum Ekonomi Dunia menganggarkan bahawa 63 peratus KDNK Asia Pasifik,US$19.5 trilion diancam oleh biodiversiti dan kehilangan alam semula jadi
  • Ia turut mengenal pasti 59 peluang perniagaan positif-semula-jadi yang dapat membuka US$4.3 trilion nilai perniagaan dan mencipta 232 juta peluang pekerjaan setiap tahun di Asia Pasifik menjelang tahun 2030

SINGAPURA, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Asia Pasifik, sebuah rantau yang kaya dengan biodiversiti endemik yang tidak ditemui di tempat lain di dunia ini, merupakan tumpuan krisis biodiversiti dan kehilangan alam semula jadi. Ia merangkumi penumpuankawasan khas yang terbesar di dunia dengan penyusutan modal semula jadi[1] dan di bawah keadaan perniagaan-seperti-biasa, sehingga 42 peratus daripada semua spesies di Asia Tenggara mungkin hilang, separuh daripadanya akan menjadi kepupusanglobal[2]. Peralihan yang sistematik ini diperlukan untuk mendayakan masa depan mampan untuk Asia Pasifik dan penyelesaian inovatif dapat membuka peluang pelaburan yang diperlukan untuk membetulkan semula hubungan kita bersama planet ini.

Temasek and Ecosperity Week 2021 Logos
Temasek and Ecosperity Week 2021 Logos

Ini merupakan antara penemuan daripada satu laporan baharu oleh AlphaBeta, Temasek dan Forum Ekonomi Dunia, 'New NatureEconomy: Asia's Next Wave' ('Ekonomi Semula Jadi Baharu: Gelombang Seterusnya di Asia'), dilancarkan hari ini di Ecosperity Week 2021. Laporan ini memberi justifikasi untuk penyelesaian positif-semula-jadi di rantau ini dengan meninjau risiko, peluang dan pembiayaan yang diperlukan untuk ekonomi positif-semula-jadi.

Ancaman terhadap alam semula jadi merupakan ancaman kepada perniagaan

Tiga sistem sosioekonomi utama di Asia Pasifik menimbulkan ancaman terbesar kepada alam semula jadi, tetapi turut membawa peluang terbesar untuk pertumbuhan ekonomi positif-semula-jadi. Secara keseluruhan, nilai peluang-peluang ini, US$4.3 trilion, bersamaan dengan 14 peratus KDNK Asia Pasifik pada tahun 2019:

  • Amalan perniagaan-seperti-biasa dalam sistem penggunaan makanan, darat dan lautan kita tidak dapat dikekalkan.Mengubah cara kita bertani dan menangkap ikan serta kuantiti makanan dan pakaian yang kita gunakan adalah mustahak,melihatkan cabaran dalam mengekalkan populasi rantau ini yang diunjurkan meningkat kepada 5.5 bilion menjelang tahun 2050[3].

    Kita perlu "menyelamatkan" alam semula jadi – dengan meningkatkan jumlah darat dan air yang tidak diganggu untuk membolehkan ekosistem alam semula jadi berkembang maju – dan "berkongsi" ruang dengan alam semula jadi – dengan memastikan bahawa darat dan air yang berfungsi lebih menggalakkan biodiversiti. Untuk mencapai objektif dua kali ganda ini akan memerlukan pelaksanaan dan penskalaan 28 peluang perniagaan yang dapat mencipta lebih US$1.6 trilion dari segi nilai perniagaan dan sekitar 118 juta peluang pekerjaan.

  • Urbanisasi telah mendorong pengembangan yang pesat dan seringkali tidak terancang terhadap infrastruktur dan persekitaran binaan yang membawa kepada kesan negatif yang besar terhadap alam semula jadi mahupun umat manusia. Kini, Asia merupakan tumpuan kepada 99 daripada 100 bandar utama yang menghadapi risiko alam sekitar terbesar[4] dan apabila urbanisasi terus diperhebat, sumbangan persekitaran binaan terhadap biodiversiti dan kehilangan alam semula jadihanya akan terus meningkat sekiranya dibiarkan.

    Persekitaran binaan akan perlu menjadi lebih menggalakkan kepada alam semula jadi dan hidupan liar sekali gus membalikkan kesan negatifnya terhadap persekitaran semula jadi di sekelilingnya. Untuk mencapai matlamat ini memerlukan pelaksanaandan penskalaan 16 peluang perniagaan yang dapat mencipta lebih US$1.2 trilion nilai perniagaan dan sekitar 65 juta peluang pekerjaan baharu.

  • Walaupuan sistem tenaga dan ekstraktif menjadi pendorong utama pertumbuhan rantau ini, tenaga, kuasa elektrik dan industri ini bersama-sama menyumbang sebanyak 79 peratus daripada emisi gas rumah hijau Asia Pasifik. Menyediakan akses andal kepada tenaga di samping mencapai sasaran penyahkarbonan di rantau ini akan menjadi cabaran yang besar dan memenuhi keperluan rantau ini mengikut kemampuan planet kita akan memerlukan seluruh sistem tenaga dan ekstraktif dikaji semula secara radikal.

    Kita perlu meningkatkan kecekapan penggunaan bagi mengurangkan jumlah sumber yang kita perlukan untuk mengekstrak, meningkatkan cara kita mengekstrak sumber berkenaan bagi meminimumkan kesan ke atas ekosistem dan beralih kepadatenaga yang lebih boleh diperbaharui dan dalam masa yang sama tidak mendatangkan kemudaratan selanjutnya kepada ekosistem. Untuk mencapai matlamat ini akan memerlukan pelaksanaan dan penskalaan 15 peluang perniagaan yang dapat mencipta lebih US$1.4 trilion nilai perniagaan dan sekitar 49 juta pekerjaan baharu.

Secara keseluruhan, membuka 59 peluang perniagaan positif-semula-jadi dalam ketiga-tiga sistem ini akan memerlukan pelaburan tahunan sebanyak US$1.1 trilion. Walaupun besar, ini merupakan sebahagian kecil daripada US$31.1 trilion yang diumumkan oleh 45 negara anggota Asian Development Bank untuk memerangi pandemik COVID-19[5].

"Kita perlu mengurangkan separuh daripada emisi karbon dan mula membalikkan kehilangan alam semula jadi menjelang tahun 2030 bagi mengelakkan akibat yang membawa bencana dan ini dapat dicapai dengan model perniagaan baharu yang berciri selenggara kendiri dan berdaya tahan dari segi ekonomi," kata Dr Steve Howard, Ketua Pegawai Kelestarian di Temasek. "Komuniti perniagaan dan pelaburan perlu bekerjasama dengan pihak kerajaan dan masyarakat awam dan kita dapat bersama-sama membuka peluang pembiayaan untuk membantu memacu pertumbuhan yang dapat memberi faedah buat orang ramai, bumi dan juga ekonomi."

Inovasi dan kolaborasi diperlukan untuk memangkinkan pelaburan demi peralihan positif-semula-jadi

Dalam satu tinjauan eksklusif yang dijalankan untuk laporan tersebut, pelabur dan pemimpin perniagaan di seluruh Asia Pasifik mengenal pasti cabaran penting untuk menangani usaha ke arah model perniagaan positif-semula-jadi. Halangan ini dapat dikategorikan secara meluas kepada empat bidang: cabaran pengawalseliaan, halangan pasaran, jurang maklumat dan kekurangan pendorong sokongan untuk pelaburan.

Bagi mengatasi halangan ini, pemimpin perniagaan dan komuniti mencadangkan pelbagai penyelesaian yang inovatif untuk menggalakkan pelaburan yang diperlukan dalam dekad akan datang. Tiga cadangan teratas termasuk:

  • Model penetapan harga eksternaliti baharu untuk memperoleh kos sebenar modal semula jadi dan eksternaliti persekitaran;
  • Piawaian pelaporan biodiversiti diselaraskan bagi memastikan kebertanggungjawapan terhadap matlamat biodiversiti; dan
  • Produk dan mekanisme kewangan baharu seperti model kewangan teradun serta peraturan untuk melaksanakan pematuhanmenerusi dasar alam sekitar sedia ada dan masa depan.

Lebih banyak penyelidikan dan pembangunan serta dialog awam-swasta yang lebih luas akan menjadi kritikal untuk mewujudkanpersekitaran pemungkin untuk pelaburan dalam ekonomi positif-semula-jadi.

"Pandemik COVID-19 telah menjadi kejutan sistem yang amat diperlukan yang memaksa kami untuk memikirkan semula mengenaihubungan manusia dengan alam semula jadi. Agar pulih menuju masa depan yang berdaya tahan, kita perlu memperuntukkanpelaburan yang bersesuaian dalam perlindungan, pemulihan dan pengurusan lestari modal alam semula jadi dan menghargaiperkhidmatan ekosistem," kata Akanksha Khatri, Ketua Agenda Tindakan Alam Semula Jadi di Forum Ekonomi Dunia. "Penyelidikandan penglibatan kami dengan pihak kerajaan, sektor swasta, pelabur dan masyarakat awam menekankan keperluan untuk mewujudkanlaluan kolaboratif baharu untuk ekonomi positif-semula-jadi."

"Biodiversiti dan kehilangan alam semula jadi merupakan kebimbangan utama perniagaan di seluruh rantau Asia Pasifik dan semua bukti yang tersedia menunjukkan bahawa perniagaan-seperti-biasa bukan lagi satu pilihan," ujar Dr. Fraser Thompson, Pengasas danPengarah Urusan AlphaBeta. "Berita baiknya ialah laporan ini menunjukkan bahawa terdapat laluan untuk perniagaan yang bukan sahaja dapat mengukuhkan kebingkasan operasi mereka dan menyumbang semula dengan aktif kepada alam semula jadi, tetapi turut mencipta peluang pertumbuhan baharu yang utama. Tindakan berbilang pemegang saham antara perniagaan, kerajaan danmasyarakat awam di Asia Pasifik dapat membuka peluang positif-semula-jadi ini."

Laporan oleh AlphaBeta, Forum Ekonomi Dunia dan Temasek boleh dimuat turun di https://bit.ly/NewNatureEconomy 

Latar Belakang AlphaBeta

AlphaBeta ialah perniagaan penasihat strategi dan ekonomi yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia dariibu pejabatnya di Singapura.

Latar Belakang Temasek

Temasek ialah sebuah syarikat pelaburan dengan nilai portfolio bersih mencecah S$381 bilion (US$283b) setakat 31 Mac 2021.Peranan carter kami sebagai pelabur, institusi dan pengelola membentuk pendirian, etos dan falsafah pelaburan kami, untuk berbuatbaik, berbuat dengan tepat dan berbuat kebaikan. Kami aktif mencari penyelesaian mampan untuk menangani cabaran masa kini danmasa depan apabila kami dapat memperoleh peluang pelaburan dan peluang-peluang lain yang dapat membantu membawakan duniayang lebih baik, lebih pintar dan lebih lestari. Beribu pejabat di Singapura, Temasek mempunyai 13 pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Temasek, sila kunjungi www.temasek.com.sg.

Latar Belakang Forum Ekonomi Dunia

Forum Ekonomi Dunia, komited untuk memperbaiki keadaan dunia, merupakan Organisasi Antarabangsa untuk Kerjasama Awam-Swasta. Forum ini melibatkan pemimpin politik, perniagaan dan pemimpin lain yang paling utama dalam masyarakat untuk membentukagenda global, serantau dan industri. (www.weforum.org).

[1] https://encore.naturalcapitalfinancealliance.org/map?view=hotspots 

[2] https://www.fao.org/fileadmin/templates/rap/files/NRE/Forestry_Group/1_Forests_for_a_greener_future.pdf 

[3] https://population.un.org/wpp/DataQuery/ 

[4] https://www.maplecroft.com/insights/analysis/asian-cities-in-eye-of-environmental-storm-global-ranking/ 

[5] https://covid19policy.adb.org/ 

Source: Temasek
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)