![]() |
Penurunan kadar kematian sebanyak 62% yang ketara secara statistik ditunjukkan oleh kumpulan pesakit COVID-19 yang agak teruk yang dirawat dengan opaganib berbanding kumpulan dikawal plasebo (7 kematian daripada 117 pesakit kumpulan opaganib berbanding 21 kematian daripada 134 pesakit kumpulan plasebo; nilai p nominal=0.019)
Manfaat keberkesanan secara statistik sebanyak 21% pada pesakit yang dirawat dengan opaganib mencapai udara bilik menjelang Hari ke-14, yang merupakan titik akhir utama kajian ini (77% pesakit dirawat dengan opaganib berbanding 63.5% pesakit dikawal plasebo; nilai p nominal=0.033)
Median 4 hari lebih awal dikeluarkan daripada hospital bagi pesakit yang dirawat dengan opaganib berbanding plasebo (10 hari untuk kumpulan opaganib berbanding 14 hari untuk kumpulan plasebo) penjimatan kumulatif sebanyak 524 hari tempoh kemasukan ke hospital bagi seluruh kumpulan tersebut menjelang Hari ke-42 (nilai p nominal=0.0195)
Kumpulan pesakit yang agak teruk ini terdiri daripada 53% peserta kajian yang memerlukan Fraksi Oksigen pernafasan (FiO2) hingga 60% pada garis dasar (oksigen tambahan disedut melalui kanula nasal atau topeng muka)
Data menunjukkan potensi manfaat yang bermakna dengan penggunaan opaganib pada pesakit COVID-19 yang agak teruk yang dimasukkan ke hospital - kumpulan yang berisiko tinggi terhadap perkembangan penyakit, morbiditi dan kematian; data ini juga menyokong potensi penggunaan opaganib pada peringkat awal penyakit COVID-19, yang konsisten dengan hasil kajian Fasa 2 opaganib di AS yang menunjukkan perencatan antivirus yang kuat terhadap varian SARS-CoV-2
RedHill akan menganjurkan siaran web pada hari Khamis, 7 Oktober 2021, jam 08:30 pagi EDT untuk membincangkan lagi analisis tambahan ini
TEL AVIV, Israel dan RALEIGH, N.C., 7 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- RedHill Biopharma Ltd. (Nasdaq: RDHL) ("RedHill" atau "Syarikat"), sebuah syarikat biofarmaseutikal khusus, hari ini melaporkan data baharu daripada kajian Fasa 2/3 opaganib global pada pesakit pneumonia COVID-19 yang teruk yang dimasukkan ke hospital menunjukkan rawatan dengan opaganib oral (ABC294640)[1] berbanding kumpulan yang dikawal plasebo, menghasilkan penurunan kadar kematian sebanyak 62% secara statistik serta kemajuan yang signifikan dalam tempoh masa diambil bagi mencapai udara bilik dan median masa dikeluarkan daripada hospital bagi kumpulan seramai 251 pesakit COVID-19 yang agak teruk yang dimasukkan ke hospital, yang bersamaan dengan 53% daripada 475 orang peserta kajian ini.
Hasil baharu yang penting ini diperoleh daripada analisis data pasca hoc daripada 251 orang peserta kajian yang memerlukan Fraksi Oksigen pernafasan (FiO2) hingga 60% pada garis dasar. Pesakit dengan FiO2 ≤ 60% masih dianggap terjejas teruk dan biasanya memerlukan penambahan oksigen melalui kanula nasal atau topeng muka.
"Penemuan baharu ini menyokong potensi penggunaan opaganib pada pesakit COVID-19 yang agak teruk yang dimasukkan ke hospital - kumpulan utama pesakit yang berisiko tinggi terhadap perkembangan penyakit, morbiditi dan kematian yang mungkin mendapat manfaat daripada gabungan aktiviti antivirus dan antiradang opaganib," kata Mark L. Levitt, MD, Ph.D., Pengarah Perubatan RedHill. "Hasil ini memberikan rasional yang kukuh tentang potensi keberkesanan opaganib pada pesakit yang dimasukkan ke hospital yang memerlukan penambahan oksigen hingga 60% FiO2 dan merupakan sebilangan besar pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital. Hasil kajian Fasa 2/3 ini juga konsisten dengan hasil kajian Fasa 2 opaganib A.S yang diperoleh terlebih dahulu dan menunjukkan perencatan antivirus yang kuat pada varian SARS-CoV-2 dalam sel epitelium bronkus manusia yang memberikan sokongan seterusnya terhadap potensinya bagi penyakit pada peringkat awal dengan beban virus yang lebih tinggi."
"Kami gembira dengan set data yang memberangsangkan dan kukuh ini. Kami tidak mengetahui sebarang terapi berasaskan pil oral baharu yang lain yang menunjukkan magnitud yang serupa dalam perbezaan hasil kadar kematian pada pesakit yang dimasukkan ke hospital yang berada pada tahap penyakit yang agak teruk ini. Data ini menunjukkan potensi opaganib sebagai pilihan yang berkesan, berbentuk pil yang mudah untuk diambil dan diedarkan bagi membantu mencegah kemerosotan kesihatan dan kematian pesakit," kata Dror Ben-Asher, Ketua Pegawai Eksekutif RedHill. "Menyasarkan populasi pesakit yang paling relevan secara tepat adalah sangat mencabar dengan ubat baharu, mekanisme tindakan baharu dan penyakit yang tidak diketahui sebelum ini. Percubaan dan data-data ini telah memberikan kami petunjuk yang jelas tentang kumpulan pesakit yang lebih cenderung mendapat manfaat yang paling banyak daripada opaganib."
Analisis subset pesakit dengan FiO2 hingga 60% daripada kajian Fasa 2/3 opaganib ini (n=251), anggaran median untuk tahap FiO2 dalam kajian ini pada pesakit yang dirawat dengan sama ada opaganib atau plasebo sebagai tambahan kepada penjagaan standard (termasuk deksametason dan/atau remdesivir) menunjukkan manfaat yang konsisten di seluruh titik akhir pada subset pesakit yang agak teruk yang dimasukkan ke hospital ini. Memandangkan ciri-ciri pasca hoc subset ini, inferen statistik yang penting tidak boleh dikaitkan secara rasmi (nilai-nilai nominal yang ditunjukkan). Syarikat juga menjalankan Analisis Kepekaan untuk menjelaskan tafsiran data yang hilang[2]:
- Kematian: Rawatan opaganib menghasilkan pengurangan kadar kematian secara statistik yang signifikan sebanyak 62% (7/117 pesakit yang dirawat dengan opaganib berbanding 21/134 dirawat dengan plasebo; nilai p nominal=0.019, Risiko Relatif 2.6) (Analisis Kepekaan: 5/117 berbanding 16/134, 64% manfaat keberkesanan; nilai p nominal=0.033, Risiko Relatif - 2.8).
Analisis terperinci tentang faktor risiko garis dasar dan potensi kesannya terhadap hasil kadar kematian dalam kumpulan analisis kepekaan juga telah dijalankan yang menunjukkan bahawa manfaat ini dikekalkan secara kukuh tanpa mengira faktor subkumpulan/risiko yang mengesahkan bahawa hasil positif yang diperhatikan adalah disebabkan opaganib.
- Mencapai Udara Bilik Menjelang Hari ke-14 (titik akhir utama kajian ini): 77% daripada pesakit yang dirawat dengan opaganib mencapai udara bilik menjelang Hari ke-14 berbanding 63.5% bagi yang dirawat dengan plasebo – manfaat keberkesanan sebanyak 21% dengan opaganib (nilai p nominal= 0.033).
- Median masa dikeluarkan daripada hospital: Pesakit yang dirawat dengan opaganib menunjukkan median masa selama 10 hari untuk dikeluarkan daripada hospital berbanding 14 hari bagi kumpulan plasebo yang menghasilkan penjimatan sebanyak empat hari kemasukan ke hospital bagi setiap pesakit yang dirawat dengan opaganib dan menjimatkan 524 hari secara kumulatif kemasukan ke hospital di seluruh kumpulan ini menjelang Hari ke-42, nilai p nominal=0.0195
- Keselamatan: Keseluruhan kesan mudarat adalah seimbang antara kumpulan opaganib dan plasebo yang mencadangkan keselamatan yang baik, tanpa kemunculan isyarat keselamatan baharu yang menguatkan lagi sokongan tentang potensi penggunaan pada populasi pesakit ini dan populasi pesakit peringkat awal. [3]
Kajian Fasa 2/3 global yang dikawal plasebo, kumpulan selari, dwibuta, rawak dan pelbagai pusat ini mendaftarkan 475 subjek yang menghidap pneumonia COVID-19 yang teruk yang memerlukan kemasukan ke hospital dan rawatan dengan oksigen tambahan. Subjek telah dirawakkan pada nisbah 1:1 untuk menerima sama ada opaganib atau plasebo sebagai tambahan kepada terapi penjagaan standard.
Data baharu analisis subkumpulan ini menyusuli pengumuman hasil penting kajian Fasa 2/3 Syarikat sebelum ini. Analisis data barisan teratas masih dijalankan termasuk analisis lanjut tentang potensi peningkatan manfaat rawatan dengan opaganib pada pesakit yang berada di peringkat penyakit yang lebih awal. RedHill berhasrat untuk membincangkan hasil kajian ini dengan badan kawal selia termasuk FDA A.S dan agensi kerajaan A.S. serta badan kawal selia dan kerajaan serta agensi antarabangsa yang lain untuk membantu menentukan langkah-langkah seterusnya.
Opaganib ialah ubat percubaan molekul kecil baharu dalam bentuk pil oral. Opaganib mempunyai mekanisme dwitindakan antivirus dan antiradang yang bertindak pada virus yang menyebabkan dan memberi kesan keradangan COVID-19. Ia dipercayai memberikan kesan antivirusnya dengan merencat SK2 iaitu enzim utama yang dihasilkan dalam sel manusia yang boleh direkrut oleh virus untuk menyokong replikasinya secara selektif dan dijangka berkesan terhadap varian virus yang baru muncul setelah menunjukkan perencatan yang kuat secara praklinikal terhadap varian membimbangkan termasuk Delta.
Maklumat Panggilan Persidangan dan Siaran Web:
Syarikat akan menganjurkan siaran web pada hari Khamis, 7 Oktober 2021, jam 8:30 pagi EDT bagi membentangkan analisis tambahan hasil kajian Fasa 2/3 dan menjawab soalan.
Siaran web ini merangkumi slaid yang akan disiarkan secara langsung di laman web Syarikat, https://www.redhillbio.com/investors/events-and-presentations/default.aspx dan siaran ulangan akan tersedia selama 30 hari.
Untuk menyertai panggilan persidangan ini, sila dail salah satu daripada nombor berikut 15 minit sebelum bermulanya panggilan persidangan ini: Amerika Syarikat: +1-877-870-9135; Antarabangsa: +1 646-741-3167 dan Israel: +972-3-530-8845; kod akses untuk panggilan ini ialah: 4785122.
Tentang Opaganib (ABC294640)
Opaganib, sejenis entiti kimia baharu, merupakan perencat selektif sfingosina kinase-2 (SK2) proprietari pertama seumpamanya dan diambil secara oral dengan dwiaktiviti antiradang dan antivirus. Opaganib menyasarkan hos dan dijangka berkesan terhadap varian virus yang baru muncul setelah menunjukkan perencatan yang kuat terhadap varian membimbangkan termasuk Delta. Opaganib juga telah menunjukkan aktiviti antikanser dan hasil praklinikal yang positif bagi fibrosis renal serta turut berpotensi untuk menyasarkan pelbagai petunjuk onkologi, virus, keradangan dan gastrousus.
Opaganib sebelum ini menghasilkan data Fasa 2 A.S. yang positif pada pesakit COVID-19 yang teruk, dihantar untuk kajian semula setara dan baru-baru ini diterbitkan dalam medRxiv.
Opaganib turut menerima gelaran Orphan Drug daripada FDA A.S. untuk rawatan kolangiokarsinoma dan sedang dinilai dalam kajian Fasa 2a kolangiokarsinoma lanjutan dan dalam kajian Fasa 2 kanser prostat. Berdasarkan kajian semula awal bagi data separa yang tidak diaudit; kajian yang sedang dijalankan untuk kanser prostat telah menemui titik akhir utamanya. Pendaftaran pesakit, rawatan dan analisis dalam kajian ini sedang dijalankan.
Opaganib menunjukkan aktiviti antivirus yang kuat terhadap SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, dengan merencatkan replikasi virus kesemua varian SARS-CoV-2 yang diuji setakat ini dalam model in vitro tisu bronkus paru-paru manusia. Selain itu, kajian praklinikal in vivo telah menunjukkan potensi opaganib untuk memperbaiki gangguan radang paru-paru seperti pneumonia dan mengurangkan fibrosis renal serta penurunan dalam kadar kematian yang berpunca daripada jangkitan virus influenza dan pembaikan Pseudomonas aeruginosa-cetusan kecederaan paru-paru dengan mengurangkan tahap IL-6 dan TNF-alpha dalam cecair lavaj bronkoalveolar[4].
Kajian klinikal opaganib yang sedang dijalankan ini didaftarkan pada www.ClinicalTrials.gov, perkhidmatan berasaskan web oleh National Institute of Health A.S. yang menyediakan akses awam kepada maklumat tentang kajian klinikal yang disokong oleh entiti awam dan swasta.
Hasil barisan teratas daripada kajian Fasa 2/3 opaganib Syarikat masih pada peringkat awal. Syarikat berhasrat untuk mengkaji data daripada kajian ini dengan lebih lanjut secara terperinci, bersama-sama dengan semua maklumat yang dikumpul semasa kajian ini termasuk semua langkah-langkah hasil keselamatan dan sekunder. Analisis sedemikian boleh menghasilkan penemuan yang baharu atau tidak konsisten dengan data barisan teratas yang dinyatakan dalam siaran ini. Oleh itu, para pelabur tidak boleh bergantung pada analisis yang dilaporkan dalam siaran ini sebagai hasil muktamad kajian ini.
Tentang RedHill Biopharma
RedHill Biopharma Ltd. (Nasdaq: RDHL) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal khusus dengan fokus utama terhadap penyakit gastrousus dan penyakit berjangkit. RedHill mempromosikan ubat gastrousus, Movantik® untuk sembelit cetusan opioid pada orang dewasa[5], Talicia® untuk rawatan jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) pada orang dewasa[6] dan Aemcolo® untuk rawatan cirit-birit pelancong pada orang dewasa[7]. Program pembangunan klinikal peringkat akhir utama RedHill merangkumi: (i) RHB-204, dengan kajian Fasa 3 yang sedang dijalankan untuk penyakit mikobakteria tanpa tuberkulosis (NTM) pulmonari; (ii) opaganib (ABC294640), yang pertamadalamkelasnya, perencat selektif SK2 oral yang menyasarkan pelbagai petunjuk dengan program Fasa 2/3 global untuk COVID-19 dan kajian Fasa 2 untuk kanser prostat dan kolangiokarsinoma yang sedang dijalankan; (iii) RHB-107 (upamostat), perencat serina protease oral dalam kajian Fasa 2/3 A.S. sebagai rawatan untuk COVID-19 bergejala dan menyasarkan pelbagai jenis kanser serta penyakit keradangan gastrousus yang lain; (iv) RHB-104, dengan hasil positif daripada kajian Fasa 3 pertama untuk penyakit Crohn; (v) RHB-102 , dengan hasil positif daripada kajian Fasa 3 untuk gastroenteritis dan gastritis yang teruk serta hasil positif daripada kajian Fasa 2 untuk IBS-D; dan (vi) RHB-106, suatu penyediaan usus berkapsul. Maklumat lanjut tentang Syarikat boleh didapati di www.redhillbio.com / https://twitter.com/RedHillBio.
NOTA: Siaran akhbar ini disediakan untuk tujuan kemudahan dan merupakan versi terjemahan bagi siaran akhbar rasmi yang diterbitkan oleh Syarikat dalam bahasa Inggeris. Untuk siaran akhbar penuh dalam bahasa Inggeris termasuk penafian pernyataan berpandangan ke hadapan, sila layari: https://ir.redhillbio.com/press-releases
Hubungan syarikat: Adi Frish Ketua Pegawai Korporat & Pembangunan Perniagaan RedHill Biopharma +972-54-6543-112 |
Hubungan media: A.S.: Bryan Gibbs, Finn Partners +1 212 529 2236 UK: Amber Fennell, Consilium +44 (0) 7739 658 783 |
[1] Opaganib ialah ubat percubaan baharu dan tidak tersedia untuk edaran komersial.
[2] Walaupun faktor risiko keseluruhan adalah seimbang, kami menilainya secara individu untuk potensi kesan pada titik akhir.
[3] Analisis keselamatan yang terperinci masih dijalankan.
[4] Xia C. et al. Transient inhibition of sphingosine kinases confers protection to influenza A virus infected mice. Antiviral Res. 2018 Oct; 158:171-177. Ebenezer DL et al. Pseudomonas aeruginosa stimulates nuclear sphingosine-1-phosphate generation and epigenetic regulation of lung inflammatory injury. Thorax. 2019 Jun;74(6):579-591.
[5] Maklumat preskripsi penuh untuk Movantik® (naloxegol) tersedia di: www.Movantik.com.
[6] Maklumat preskripsi penuh untuk Talicia® (omeprazole magnesium, amoxicillin dan rifabutin) tersedia di: www.Talicia.com.
[7] Maklumat preskripsi penuh untuk Aemcolo® (rifamycin) tersedia di: www.Aemcolo.com.