omniture

Ketua Pegawai Eksekutif ChanTest Diiktiraf sebagai Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang oleh Persatuan Farmakologi Keselamatan

ChanTest Corporation
2013-07-24 20:00 124

CLEVELAND, 24 Julai 2013 /PRNewswire/ -- ChanTest dengan bangganya mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Pengasas, Arthur "Buzz" Brown, M.D., Ph.D. diiktiraf sebagai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang berprestij oleh Persatuan Farmakologi Keselamatan (SPS). Kenyataan berikut dikeluarkan oleh SPS, "Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan saintifik signifikan Dr. Brown dalam banyak bidang Farmakologi Keselamatan, terutamanya sumbangan kepada saluran ion dan hubungan saluran itu dengan penyakit manusia."

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130724/CL50851 )

SPS akan menyampaikan anugerah itu dengan rasminya pada Mesyuarat Tahunan SPS ke-13 di Rotterdam, Netherlands. Sebagai sebahagian daripada majlis itu, Dr. Brown akan memberikan ceramah yang bertajuk, "Meramal Keselamatan Kardiak: Daripada Molekul sehingga Manusia" pada hari Khamis, 19 September 2013 jam 11:30–12:00 bertempat di Congress Centre de Doelen di Rotterdam.

Penubuhan ChanTest oleh Dr. Brown pada tahun 1998 membolehkan syarikat farmakologi dan bioteknologi menyumber luar kajian farmakologi keselamatan penting dan unik yang terbukti sukar dan mahal untuk dilaksanakan secara dalaman. Sehingga ke hari ini, pasukan makmal Dr. Brown di ChanTest terus menyediakan pencerakinan canggih yang berkhidmat untuk industri Farmakologi Keselamatan.

Dr. Brown bekerjasama dengan Pentadbiran Ubat-ubatan Persekutuan AS (FDA) tentang isu keselamatan kardiak dan beliau memegang sembilan paten untuk farmakologi, terapeutik dan peranti saluran ion.

"Saya berbesar hati menerima anugerah ini," kata Dr. Brown. "Persatuan Farmakologi Keselamatan memainkan peranan penting dalam pembikinan ubat-ubatan yang lebih baik dan lebih selamat oleh industri farmaseutikal."

Untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Dr. Brown, klik di sini.

Tentang ChanTest – Pakar Saluran Ion
Misi ChanTest ialah memenuhi keperluan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan pelanggan seluruh dunia dengan penyelesaian bernilai tinggi saluran ion dan biologi GPCR. Sejak permulaannya pada tahun 1998, syarikat itu telah menguji sebatian untuk lebih 300 syarikat farmaseutikal dan bioteknologi global dan bekerjasama dengan mereka dalam mempercepatkan proses pembangunan ubat-ubatan bagi pengeluaran ubat-ubatan yang lebih baik dan selamat. Tawaran ChanTest menyepadukan saluran ion dan perkhidmatan GPCR (GLP dan bukan GLP) dan reagen; pustaka syarikat itu untuk titisan sel saluran ion yang disahkan dan portfolio perkhidmatan penilaian risiko kardiak praklinikal adalah yang paling menyeluruh dan tersedia secara komersil hari ini. Lantaran peranan ChanTest yang berpengaruh dalam bidang keselamatan kardiak bukan klinikal, bersama komitmen tanpa kompromi syarikat itu terhadap kualiti, ChanTest telah diiktiraf sebagai "penyedia perkhidmatan dengan upah yang paling dipercayai dan paling banyak digunakan" untuk pemeriksaan saluran ion dalam kaji selidik bebas sejak tahun 2006. ChanTest berpusat di Cleveland, Ohio. Untuk maklumat lanjut, emel kepada info@chantest.com.

Source: ChanTest Corporation
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Awards Personnel announcements