omniture

Vienna: Lebih Banyak Penginapan Bermalam Berbanding Sebelum ini dalam Separuh Pertama Tahun 2013

Vienna Tourist Board
2013-07-25 23:53 123

VIENNA, 25 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Vienna mencatat rekod baharu untuk penginapan bermalam: Dari Januari sehingga Jun 2013, kira-kira 5.7 juta penginapan bermalam telah didaftarkan, iaitu 3.1% lebih banyak berbanding tempoh yang sama pada tahun 2012.

"Dalam separuh pertama tahun 2013, Vienna sekali lagi membuktikan tarikannya sebagai destinasi pelancongan, dengan peningkatan sebanyak 3.1% menjadi 5.7 juta bilangan penginapan bermalam," kata Norbert Kettner, Pengarah Lembaga Pelancongan Vienna, apabila mengulas tentang rekod terbaharu ini. Antara 10 pasaran terutama Vienna, Jerman menerajui dengan penginapan bermalam sebanyak 1,146,000 kali (naik 3% berbanding tempoh yang sama tahun lepas), diikuti Austria (1,116,000, +2%), Rusia (363,000, +14%), AS (276,000, +/- 0%), dan Itali (245,000, -10%). Mengejar mereka dalam tempat ke-6 sehingga tempat ke-10 ialah UK (203,000, +8%), Switzerland (183,000, +2%), Perancis (165,000, +/-0%), Jepun (136,000, +4%) dan Sepanyol (133,000, -1%). Vienna juga menunjukkan pertumbuhan pesat pengunjung dari Korea Selatan pada tahun 2012 (penginapan bermalam sebanyak 53,000 kali, +29%), Brazil (51,000, +13%), dan negara-negara Arab di Asia (38,000, +15%). Penginapan bermalam oleh pengunjung antarabangsa mewakili 80.3% daripada jumlah kiraan Vienna. Purata tempahan katil di Vienna adalah 50.3% pada separuh tahun itu (1-6/2012: 52.6%), bilangan katil yang disediakan meningkat sebanyak 5,530 mulai Jun 2012 sehingga Jun 2013. Secara keseluruhannya, bandar itu kini mempunyai kapasiti penginapan sebanyak 58,500 katil. Vienna juga terus menerajui dunia sebagai pusat konvensyen: Pada tahun 2012 – apabila bandar itu menganjurkan 195 mesyuarat antarabangsa – Persatuan Kongres dan Konvensyen  Antarabangsa (ICCA) mengesahkan statusnya sebagai bandar konvensyen nombor satu buat kali kelapan berturut-turut.

Pertanyaan:

Lembaga Pelancongan Vienna
Isabella Rauter
Tel. +43-1-21114-301
Emel: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info

Sumber: Lembaga Pelancongan Vienna

Source: Vienna Tourist Board
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel Survey, Polls & Research