omniture

Pelancaran Jam Tangan Pintar Siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit, Gabungkan Fesyen dan Teknologi Dalam Tiga Peranti Boleh Pakai Tertonjol: GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3

Amazfit
2021-10-12 01:00 302

Dikuasakan oleh Zepp OS disesuaikan untuk Jam tangan Pintar untuk Kesihatan Pintar Dijadikan Mudah

SAN FRANCISCO, 12 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global yang terkemuka memperkenalkan tiga jam tangan pintar baharu: GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3.

Siri GTR 3 & GTS 3 dengan Zepp OS serba baharu direka untuk menjadikan kesihatan pintar mudah.
Siri GTR 3 & GTS 3 dengan Zepp OS serba baharu direka untuk menjadikan kesihatan pintar mudah.

Menyampaikan kesihatan pintar yang dijadikan mudah, siri peranti boleh pakai yang terkini daripada Amazfit membolehkan pengguna untuk berusaha menjadi lebih baik, meningkatkan tahap kesihatan mereka[1] dan meningkatkan gaya hidup mereka tanpa mengorbankan gaya peribadi. Ia menyediakan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan termaju ke dalam reka bentuk yang anggun dan bergaya yang dikuasakan oleh Zepp OS.

Ciri-ciri Kesihatan dan Gaya Hidup 

Ketiga-tiga jam tangan pintar baharu Amazfit membawakan pelbagai ciri kesihatan, kecergasan dan gaya hidup yang inovatif, dipaparkan dalam Zepp OS. Melalui antara muka yang intuitif dan berkuasa, OS ini memperkasa pengguna untuk menyerlahkan potensi penuh mereka, meneroka minat mereka dan menjalani kehidupan dengan positif.

OS yang baharu ini disesuaikan untuk mengoptimumkan prestasi peranti boleh pakai pintar Amazfit dan bukannya memindahkan OS telefon pintar susut kuasa ke pergelangan tangan pengguna. Dibina berkisarkan konsep untuk menjadi peranti yang ringan, lancar dan praktikal, OS ini akan membolehkan interaksi yang lebih mudah dan membantu pengguna menghapuskan operasi yang renyah dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding dengan sistem operasi jam tangan pintar sebelum ini.

Ia juga berfungsi dengan peranti Android dan iOS serta dapat berhubung dengan platform kesihatan yang popular seperti Apple Health atau Google Fit untuk menyegerakkan data kesihatan anda serta Strava, Relive, Runkeeper dan TrainingPeaks untuk menyegerakkan dan berkongsi data sukan. Sorotan lain termasuk:

  • Penyesuaian: Sehingga lebih 150 muka jam yang meriah dengan paparan sentiasa dihidupkan[2] yang sepadan untuk setiap mood dan peristiwa, serta kesan dinamik dan animasi yang lancar. Pemakai juga akan dapat mereka bentuk muka jam mereka sendiri serta aplikasi mini dengan kit pembangun aplikasi (akan datang).
  • Pengukuran kesihatan mudah 4-dalam-1: Keupayaan untuk menguji empat metrik kesihatan dengan satu ketikan[3] hasil daripada BioTrackerTM PPG 3.0 6PD (fotodiod) terbina dalam yang mengukur empat metrik kesihatan (kadar degupan jantung, oksigen darah[4], tahap tekanan dan kadar pernafasan) serendah 45 saat.
  • Pengukuran kesihatan 24 jam yang mudah: Memantau kadar degupan jantung anda sepanjang hari[5] – walaupun semasa berenang. Dengan amaran untuk kadar degupan jantung tinggi atau rendah yang tidak normal serta mengesan zon kadar degupan jantung agar anda dapat mengoptimumkan senaman anda, jam tangan ini merupakan rakan kesihatan yang komprehensif dan mudah digunakan untuk semua orang.
  • Mudah difahami: Tahap kesihatan dan kesejahteraan semasa anda dihitung sepantas kilat dan ditukarkan kepada satu skor PAI[6], dikumpulkan daripada data berdasarkan kepada tujuh hari aktiviti anda yang lalu.  
  • Penjejakan tidur termaju daripada jam tangan anda: Memantau[7]  peringkat tidur ringan, mendalam dan REM anda berserta waktu bangun anda pada waktu malam, tidur siang lebih 20 minit malah memantau kualiti pernafasan waktu tidur anda. Untuk kemudahan tambahan, semak data tidur anda terus pada jam tangan.
  • Penjejakan kitaran haid termaju: Memahami kitaran haid anda dengan mudah dan merancang lebih awal. Selepas merekodkan tempoh haid anda, anda boleh meramalkan masa dan tempoh tetingkap haid dan kesuburan seterusnya dengan pintar dan intim supaya anda dapat meneruskan hubungan intim tanpa sebarang kejutan.  
  • Skrin akses pantas yang cekap: Menjimatkan masa, menyesuaikan apa yang penting untuk anda dan mengakses Kad Jalan Pintas (Shortcut Cards) untuk melalui sepanjang hari anda dengan tenang. Dapatkan akses mudah kepada maklumat yang penting dengan leretan atau ketikan.
  • Kawalan suara: Dengan Alexa[8], anda boleh menetapkan penggera, bertanyakan soalan atau banyak lagi apabila berada dalam talian dan apabila di luar talian, gunakan Pembantu Suara Luar Talian[9] untuk membuka mod sukan atau ciri kesihatan, malah mengakses 'Home Connect' untuk mengawal peranti rumah pintar. Selain itu, nikmati ekosistem yang semakin berkembang dengan lebih 10 aplikasi mini.
  • GPS yang pantas dan tepat: Mulakan dengan lebih pantas menerusi pengesanan lokasi yang tepat[10] berdasarkan kepada lima sistem satelit.
  • Pilihan untuk diperibadikan: Utamakan ciri-ciri pilihan anda, muat naik foto untuk menyesuaikan latar belakang muka jam tangan anda atau pilihlah daripada 15 reka bentuk animasi yang dinamik untuk memadankan pakaian anda sama ada semasa bekerja, berehat atau bermain.
  • Alat motivasi: Jejak larian anda dengan 'Virtual Pacer'[11] pilihan, kemudian optimumkan perkembangan dan pemulihan anda dengan algoritma prestasi PeakBeats.
  • Alat pentadbir kehidupan: Urus hari anda dengan pemberitahuan mesej, peringatan sedentari dan minum air, kalendar, acara dan senarai tugasan, ramalan cuara, kawalan kamera jarak jauh Bluetooth dan banyak lagi.

Zepp OS turut didatangkan lengkap dengan pelbagai maklumat kesihatan dan kecergasan yang komprehensif manakala Zepp App pada telefon pintar anda berfungsi sebagai hab yang membolehkan anda mengakses nasihat tambahan bagi membantu anda mencapai matlamat anda.

GTR 3 Pro, GTR 3 dan GTS 3 telah dicipta untuk menyerlahkan sifat penuh semangat dan cita-cita serta pelaksana prestasi kemuncak dalaman anda untuk membantu anda mengharungi di dalam dan luar kehidupan digital anda dengan mudah serta mencapai keseimbangan dan kejayaan.

GTR 3 Pro ialah pilihan yang premium untuk kesihatan, kecergasan dan gaya anda.
GTR 3 Pro ialah pilihan yang premium untuk kesihatan, kecergasan dan gaya anda.

GTR 3 Pro Amazfit: Dibangunkan untuk Memperkasa

Sebagai pilihan yang premium bagi siri baharu peranti boleh pakai fesyen Amazfit, jam tangan pintar GTR 3 Pro menawarkan beberapa inovasi yang utama dalam pasaran sekali gus menggalakkan anda untuk menjalani gaya hidup yang sihat serta mengaktifkan dorongan dalaman anda.

Mempunyai paparan ultra HD AMOLED 1.45-inci, 331 ppi yang terang, GTR 3 Pro memberikan visual yang mempesonakan dan antara muka yang mudah digunakan. Memandangkan skrin bulat besarnya menunjukkan kadar segar semula yang tinggi untuk interaksi yang mudah dan lancar, jam tangan ini menikmati nisbah skrin-kepada-badan 70.6% yang mengagumkan, maka walaupun mempunyai salah satu paparan jam tangan bulat yang terbesar dalam pasaran, tanpa ruang yang dibazirkan, GTR 3 Pro masih memiliki saiz yang selesa.

Lihat sekali imbas dan berbasikal dengan pelbagai ciri dan mod sukan menerusi mahkota navigasi klasik, untuk beberapa maklum balas haptik yang meyakinkan lagi memuaskan serta intuitif apabila anda memutar dengan hujung jari anda.

Sama ada anda mengaktifkan penjejakan aktiviti melalui salah satu daripada lebih 150 mod sukan terbina dalam atau mengawasi tahap tekanan anda, GTR 3 Pro mendorong anda untuk sentiasa peka akan kesihatan anda sepanjang masa. Sekiranya anda terlupa untuk mengaktifkan mod sukan anda, jangan bimbang – ciri pengecaman pintar[12] beroperasi untuk sehingga lapan sukan popular untuk memastikan anda tidak pernah ketinggalan mengenai penjejakan aktiviti tanpa sengaja.

Memberi kelebihan kepada GTR 3 Pro jauh lebih maju ialah hayat baterinya, kerana jam tangan ini mendapat manfaat daripada sel 450 mAh yang cukup, yang menyediakan sehingga 12 hari[13] hayat bateri tanpa henti dengan sekali cas. Maka, tidak perlu lagi bimbang mengenai kehabisan kuasa.

Di samping itu, peminat muzik akan menyukai memori tersedia 2.3GB[14] GTR 3 Pro yang berupaya untuk menyimpan sehingga 470 buah lagu. Ini bererti main balik muzik yang bebas terus daripada jam tangan anda tanpa telefon di tangan anda. Untuk kemudahan tambahan, GTR 3 Pro boleh menjawab dan membuat panggilan telefon apabila dihubungkan dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth supaya anda boleh berbual secara bebas tangan.

Ringan lagi tahan lama, GTR 3 memiliki hayat bateri yang panjang; GTS 3 ialah salah satu jam tangan pintar paling nipis dan paling ringan di dunia dengan nisbah skrin-kepada-badan yang besar.
Ringan lagi tahan lama, GTR 3 memiliki hayat bateri yang panjang; GTS 3 ialah salah satu jam tangan pintar paling nipis dan paling ringan di dunia dengan nisbah skrin-kepada-badan yang besar.

GTS 3: Dibangunkan agar Tahan Lama 

Diperbuat daripada aloi aluminium gred-pesawat yang ringan, namun tahan lama, lengkap dengan mahkota berputar yang elegan, reka bentuk tanpa bezel GTR 3 ini mengintegrasikan secara mudah dengan skrin kaca melengkung untuk memberi rasa keasyikan yang memuncak.

Reka bentuk bergaya dengan tali silikon antibakteria yang selesa memberikan gaya klasik untuk dipadankan dengan pakaian yang berbeza - bermula dengan sut anda hinggalah pakaian senaman anda dan anda juga boleh menyesuaikan muka jam tangan GTR 3 anda untuk memaparkan semua maklumat yang anda perlukan sekali imbas.

Menampilkan paparan HD AMOLED 1.39-inci, GTR 3 mengaktifkan Zepp OS imersif Amazfit, dikuasakan oleh bateri 450 mAh untuk hayat bateri yang panjang sehingga 21 hari. Ini bererti sehingga tiga minggu dengan sekali cas, malah lebih lama lagi sekiranya anda mengaktifkan Mod Penjimat Bateri GTR 3.

GTS 3: Dibangunkan untuk Bergerak

Dengan skrin ultra HD AMOLED 1.75-inci segi empat sama yang moden dengan 341 ppi, GTS 3 merupakan salah satu jam tangan pintar paling nipis dan paling ringan yang boleh didapati, namun masih mempunyai nisbah skrin-kepada-badan 72.4% yang besar. Direka bentuk untuk sesiapa sahaja yang inginkan paparan jam tangan pintar yang bergaya dan nipis, bentuknya mencerminkan telefon pintar anda dengan penuh gaya, sebaliknya ciri-cirinya sepadan dengan ciri-ciri GTR 3 hampir pada seluruh bahagian.

"Ketiga-tiga jam tangan ini menunaikan janji Kesihatan Pintar Dijadikan Mudah. GTR 3 Pro dibangunkan untuk memperkasa. GTR 3 Amazfit dibangunkan agar tahan lama. Manakala GTS 3 dibangunkan untuk bergerak. Kami berharap anda turut teruja dengan generasi baharu ini sama seperti kami. Menghubungkan kesihatan dengan teknologi merupakan falsafah teras di sebalik Zepp OS. Justeru itu, kami mencipta Zepp OS untuk menjadi sistem operasi berfokuskan kesihatan yang dapat membantu jam tangan kami mencapai misi kami untuk menjadikannya mudah buat semua orang untuk menjalani kehidupan yang sihat," kata Wayne Huang, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Zepp Health.

Harga dan Ketersediaan 

Siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit akan dilancarkan di seluruh dunia pada 11 Oktober 2021 (GMT+1).

Di Eropah, harga akan bermula daripada €149.99 untuk GTR 3 dan GTS 3 Amazfit dan daripada €199.99 untuk GTR 3 Pro Amazfit. Ketiga-tiga produk ini akan boleh didapati melalui kedai Amazfit UK, Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol mulai 11 Oktober 2021 (GMT+1).

Di AS, harga akan bermula daripada $179.99 untuk GTR 3 dan GTS 3 Amazfit serta daripada $229.99 untuk GTR 3 Pro Amazfit. GTR 3 Pro dan GTR 3 ill akan boleh didapati melalui kedai Amazfit AS mulai 11 Oktober 2021 (GMT+1). GTS 3 akan disediakan tidak lama lagi.

Latar Belakang Amazfit 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Amazfit merupakan jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka yang memfokuskan kepada kesihatan dan kecergasan. Amazfit menawarkan portfolio produk yang luas termasuk jam tangan dan jalur jam pintar, fon telinga nirwayar TWS, peranti kesihatan & kecergasan seperti sawat injak pintar dan timbangan komposisi tubuh pintar serta pakaian sukan. Intipati jenama kami ialah 'Up Your Game' (Berusaha Menjadi Lebih baik) dan kami menggalakkan pengguna untuk merealisasikan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas.

Dengan ketukangan yang hebat, jam tangan pintar Amazfit telah memenangi banyak anugerah reka bentuk termasuk German iF Industrial Design Award dan Red Dot Design Award.

Ketika ini, produk Amazfit boleh didapati di lebih daripada 90 negara dan wilayah di seluruh dunia merentas Amerika Utara dan Selatan, Asia, Eropah dan banyak lagi. Amazfit ialah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) dan telah menghantar lebih 100 juta peranti sejak tahun 2014. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.amazfit.com

[1] Produk ini bukan peranti perubatan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan atau sebagai asas untuk membuat diagnosis bagi sebarang keadaan perubatan. Keputusan pengesanan disediakan sebagai rujukan sahaja. Sila berunding dengan institusi perubatan profesional sekiranya anda berasa tidak sihat.

[2] Always-on Display: Apabila skrin menyala, ia memaparkan kandungan sistem. Apabila skrin dalam mod bersedia, ia memaparkan masa. Fungsi ini memerlukan pengguna untuk menetapkan "Always-on Display" secara manual. Pengguna boleh menghidupkan atau memadamkan ciri ini melalui jam tangan atau aplikasi Alexa.

[3] Bagi memproses pengukuran satu-ketikan, sila pakai jam tangan dengan ketat selebar satu jari dari pergelangan tangan dan pastikan lengan anda tidak bergerak untuk keputusan yang terbaik. Pergerakan serta ciri-ciri persekitaran dan fizikal boleh mempengaruhi kepantasan dan ketepatan pemantauan serta pengukuran.

[4] Bagi mengukur oksigen darah, sila pakai jam tangan dengan ketat selebar satu jari dari pergelangan tangan dan pastikan lengan anda tidak bergerak untuk keputusan yang terbaik. Pemantauan SpO2 sepanjang hari perlu diaktifkan pada jam tangan atau dalam Zepp App. Amaran SpO2 dihantar sekiranya kadar yang dikesan adalah terlalu rendah berbanding dengan nilai pratetap yang perlu ditetapkan dalam Zepp App dan pada jam tangan, pada minimum 80%. Pergerakan serta ciri-ciri persekitaran dan fizikal boleh mempengaruhi kepantasan dan ketepatan pemantauan dan pengukuran.

[5] Ciri pemantauan kadar degupan jantung 24 jam memerlukan pengguna untuk mengaktifkan Pemantau Kadar Degupan Jantung Auto dalam Zepp App dan pada jam tangan dan nilai minimum boleh ditetapkan kepada 1 minit. Amaran kadar degupan jantung yang tidak normal dan nilai pratetap perlu ditetapkan dalam Zepp App dan pada jam tangan.

[6] PAI ialah penunjuk aktiviti fisiologi peribadi. Berdasarkan kepada data kadar degupan jantung, intensiti aktiviti harian dan penilaian komprehensif dinamik berbilang dimensi data fisiologi peribadi, ia ditukarkan kepada nilai PAI yang intuitif menggunakan algoritma untuk membantu anda memahami keadaan fizikal anda. Dengan mengekalkan intensiti aktiviti harian atau senaman yang tertentu, anda dapat memperoleh nilai PAI anda. Menurut keputusan kajian HUNT Fitness Study*, mengekalkan nilai PAI anda melebihi 100 akan dapat membantu mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan meningkatkan jangka hayat. *HUNT Fitness Study: Kajian ini merupakan sub-projek kajian HUNT dan diketuai oleh Profesor Ulrik Wisloff daripada Norwegian University of Science and Technology. Kajian HUNT berjalan selama lebih 35 tahun dan melibatkan lebih daripada 230,000 peserta.

[7] Apabila peranti dipakai semasa tidur, peranti ini akan merekodkan maklumat tidur secara automatik. Peranti ini boleh merekodkan tidur waktu malam dan tidur waktu siang. Waktu tidur yang bertindih dengan 10:00 malam - 8:00 pagi akan direkodkan sebagai tidur waktu malam manakala tidur selama lebih daripada 60 minit selain daripada tidur waktu malam akan direkodkan sebagai tidur siang. Tidur kurang daripada 20 minit tidak direkodkan. Maklumat asas mengenai tidur waktu malam boleh dilihat pada peranti dan analisis terperinci serta rekod tidur waktu siang boleh dilihat dalam aplikasi. Pemantauan tahap tekanan selama 24 jam perlu diaktifkan pada jam tangan atau dalam Zepp App. Amaran mengenai tahap tekanan yang tinggi adalah berdasarkan kepada nilai pratetap dan arahan untuk latihan pernafasan perlu diaktifkan pada jam tangan.

[8] Untuk melihat senarai penuh 15 negara/wilayah dan 14 bahasa yang disokong, serta cara untuk mengaktifkan dan menggunakan Alexa pada jam tangan pintar siri GTR 3 dan GTS 3 Amazfit anda, sila kunjungi support.amazfit.com.

[9] Pembantu suara luar talian hanya menyokong arahan suara bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman dan bahasa Cina. Ciri kunci automatik perlu ditetapkan secara manual dalam tetapan jam tangan.

[10] Perkhidmatan penentududukan dalaman tidak disokong. Kepantasan dan ketepatan penentududukan boleh dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling.

[11] 'Virtual Pacer' hanya serasi dengan mod sukan Larian Luar dan Sawat Injak.

[12] Ketepatan dan kepekaan ciri pengecaman senaman berbeza antara individu dan berkaitan dengan postur serta kecekapan pengguna semasa bersenam. Tempoh bersenam yang singkat atau perubahan postur yang kerap mungkin tidak mencetuskan ciri pengecaman automatik. Apabila anda memandu kereta atau menaiki bas, atau mengambil bahagian dalam aktiviti sedemikian yang lain, pengecaman tanpa sengaja mungkin dicetuskan sekiranya aktiviti ini sangat serupa dengan mod senaman yang dipilih. Apabila anda melakukan aktiviti luar, sekiranya isyarat GPS lemah atau maklumat data AGPS belum disegerakkan dengan telefon bimbit untuk tempoh yang dilanjutkan, aktiviti luar ini mungkin dinilai sebagai aktiviti dalaman.

[13] Hayat bateri mungkin berbeza mengikut tetapan, keadaan operasi dan faktor-faktor lain. Maka, keputusan sebenar mungkin berbeza daripada data makmal. Senario penggunaan biasa: Pemantauan kadar degupan jantung sentiasa dihidupkan dan mengukur pada selang waktu 10 minit, pemantauan tidur diaktifkan: 200 mesej tolakan sehari; angkat pergelangan tangan untuk melihat waktu jam tangan 100 kali; uji oksigen darah 5 kali sehari; operasi skrin cerah selama 5 minit; bersenam 3 kali seminggu selama 30 minit pada satu-satu masa, GPS beroperasi selama 30 minit; pembantu suara dimatikan. Mod Penjimat Bateri: Hidupkan Mod Penjimat Bateri pada jam tangan yang memadamkan sambungan Bluetooth, kadar degupan jantung dan fungsi-fungsi lain dan hanya merekodkan langkah serta maklumat tidur asas.

Senario penggunaan berat: Pemantauan kadar degupan jantung sentiasa dihidupkan dan mengukur pada selang waktu 1 minit, pemantauan tidur dan pemantauan kualiti pernafasan tidur dan pemantauan tekanan diaktifkan; 150 mesej tolakan sehari menyalakan paparan skrin; angkat pergelangan tangan untuk melihat waktu jam 100 kali; uji oksigen darah 5 kali sehari; operasi skrin cerah 15 minit; bersenam 3 kali seminggu selama 30 minit pada satu-satu masa; GPS beroperasi selama 30 minit; pembantu suara dihidupkan. Masa penggunaan berterusan GPS selama 38 jam: Hidupkan pemantauan kadar degupan jantung dan GPS, gunakan GPS untuk memetakan senaman anda.

[14] Ruang storan maksimum untuk muzik ialah 2.3GB (memandangkan ruang sistem penuh, ruang sebenar yang digunakan oleh pengguna mungkin kurang daripada 2.3GB); berdasarkan kepada 5-10MB setiap lagu, ia dapat menyimpan sehingga 270-470 buah lagu MP3.

 

Source: Amazfit
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services