omniture

Ekspo 2020: Haier Smart Home Menjadi Terkenal dalam Dunia Neutral Karbon dengan Penyelesaian Pendingin Empar Bearing Magnet Tersuai di Astaka China

Haier Smart Home
2021-10-12 23:26 111

DUBAI, UAE, 12 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Haier Smart Home ("Haier", Shanghai: 600690), jenama perkakas rumah dan pembina ekosistem rumah pintar yang terkemuka di dunia, telah membawa perubahan di seluruh dunia dengan sistem Pendingin Empar Bearing Magnetnya yang disesuaikan ("Sistem") di Ekspo 2020 Dubai yang bermula pada 1 Oktober. Sistem ini digunakan di Astaka "The Light of China" — salah satu astaka yang terbesar di Ekspo tahun ini.

Ekspo 2020: Haier Smart Home Menjadi Terkenal dalam Dunia Neutral Karbon dengan Penyelesaian Pendingin Empar Bearing Magnet Tersuai di Astaka China
Ekspo 2020: Haier Smart Home Menjadi Terkenal dalam Dunia Neutral Karbon dengan Penyelesaian Pendingin Empar Bearing Magnet Tersuai di Astaka China

Disesuaikan sepenuhnya oleh Haier Commercial Air Conditioning, Sistem ini mengintegrasikan beberapa teknologi global yang terkemuka termasuk Pendingin Empar Bearing Magnet dan pelbagai sambungan melalui hab IoT. Penyaman udara Haier merangkumi ciri-ciri seperti sambungan kendiri, penjimatan tenaga kendiri dan pengendalian kendiri dengan penyelesaian berbeza yang disesuaikan untuk ruang individu dalam Astaka. Sistem penyamanan udara Haier direalisasikan untuk meliputi seluruh ruang sambil mengurangkan penggunaan tenaga — memberi gambaran pertama yang dingin dan selesa kepada pengunjung.

Haier Commercial Air Conditioning menggunakan sistem ini untuk mengekalkan operasi dan pengendalian yang cekap dan stabil tanpa kemerosotan dalam persekitaran yang mana suhunya melonjak ke 50°C. "Sebagai respons terhadap keperluan penyamanan udara yang unik untuk iklim tropika Dubai, Haier telah menambah pemisah cecair-wap yang berasingan untuk mengurangkan suhu sekeliling tinggi yang mengakibatkan syaf terdedah kepada kesan penyejuk semasa proses permulaan pemampat," seperti yang diperkenalkan oleh Zhan Jie, Pengurus Besar Pasaran Luar Negara AC Komersial Haier. "Di samping itu, sistem pemampat ini mempunyai bahagian tekanan yang tinggi mahupun rendah untuk nisbah yang berbeza sementara skema kawalan penutupan nisbah tekanan tinggi berpaten Haier melindungi bearing pemampat dengan berkesan."

Sistem ini juga telah disesuaikan untuk menampung kekurangan bekalan air tempatan di Dubai dan keadaan unik yang diperlukan untuk penyahgaraman air laut. Sistem ini menggunakan kaedah penyejukan udara untuk menjimatkan sumber air yang berharga. Di samping itu, konfigurasi dalaman penyaman udara ini mempunyai saluran tekanan statik tinggi yang disesuaikan dan jet pancut bola disesuaikan untuk reka bentuk keseluruhan Astaka Pavilion.

Haier Commercial Air Conditioning menyesuaikan selanjutnya sistemnya untuk persekitaran yang berbeza dalam seluruh persidangan berkenaan - mengekalkan suhu dan tahap kelembapan yang tetap untuk kawasan terbuka, di samping memastikan agar ia beroperasi dengan konvensyen kekerapan yang disesuaikan untuk ruang tertutup. Penukar haba membantu ruang mencapai standard jumlah udara yang segar, sementara pejabat mempunyai penyelesaian menjimatkan tenaga bagi mencapai keperluan udara sihat iaitu 30m³/j/individu.

Selari dengan trend global ke arah keneutralan karbon, Haier Commercial Air Conditioning merancang sistemnya agar dapat mengurangkan emisi karbon dan menyokong pembangunan ruang tempat yang mesra alam. Sistem ini mengurangkan separuh daripada keperluan tenaga dan kuasa elektrik berbanding dengan sistem penyamanan udara pusat biasa — walaupun dengan permintaan yang teliti ekoran suhu tinggi Dubai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Haier Smart Home, sila kunjungi di sini.

Source: Haier Smart Home
Related Stocks:
Shanghai:600690
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications Trade show news