LONDON, 29 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Simposium Penyepaduan Tempat Duduk & IFE yang diadakan selama sehari akan mengumpulkan pakar daripada syarikat penerbangan, pengeluar, pembekal dan organisasi rekaan dengan tanggungjawab penting untuk dua bidang utama pelaburan kabin – tempat duduk dan sistem IFE/keterhubungan. Simposium Penyepaduan Tempat Duduk & IFE – dianjurkan oleh Reed Exhibitions – akan berlangsung pada 1 Oktober di Pusat Konvensyen Negeri Washington di Seattle. Antara penceramah yang disahkan ialah: Zuzana Hrnkova, Airbus; Alex Pozzi, B/E Aerospace dan Jason Adams, Delta Air Lines.
Sesi pembukaan Simposium tahun ini ialah Inspirasi dan Peluang. Penceramah pertama ialah Gary Weissel daripada ICF SH&E, yang akan membentangkan Arah Aliran Pengguna: impak teknologi mudah alih pintar. Bidang topik termasuklah tablet dan bagaimana pengaruhnya membentuk rekaan tempat duduk masa depan dan perkhidmatan IFE.
Penceramah kedua ialah Jim Cangiano daripada Recaro Aircraft Seating Americas, yang akan memfokuskan kepada Teknologi berpusat tempat duduk yang berkembang. Ini akan melihat kepada bagaimana tempat duduk berkembang hasil pemikiran, bahan dan teknologi baharu.
Sesi kedua, memaparkan Mengetengahkan Isu Perniagaan, akan dipengerusikan oleh Ken Herbert, daripada Imperial Capital dan pembentang pertama untuk membuka sesi ini ialah Jeffrey Everhart daripada Thales yang akan membincangkan Menjimatkan masa dan wang dengan bekerja lebih bijak.
Ini akan diikuti perbincangan panel tentang Isu perniagaan untuk penyepaduan lebih jitu memaparkan Neil James, Panasonic Avionics Corporation; Rich Salter, Lumexis; dan Jason Adams, Delta Air Lines.
Sesi ketiga bertajuk Melaksanakan Penyepaduan akan dipengerusikan oleh Gary Weissel dan agenda waktu tengah hari akan dibuka dengan kemas kini situasi mengenai piawaian industri kritikal dan impak peraturan ke atas penyepaduan lebih jitu antara tempat duduk, IFE dan keterhubungan.
Ini akan diikuti perbincangan meja bulat tentang Menyelesaikan isu-isu penyepaduan yang melibatkan Jeff McShane, Northwest Aerospace Technologies; Martin James, Thales; Zuzana Hrnkova, Airbus; dan Jose Pevida, di TIMCO Aerosystems dan TIMCO Aviation.
Selain senarai penceramah semasa, Alex Pozzi, Naib Presiden, Kumpulan Rekaan Lanjutan di B/E Aerospace turut disahkan menghadirkan diri ke Simposium itu.
Sesi terakhir dengan tajuk Menyampaikan Inovasi, yang dipengerusikan oleh Vern Alg akan mengetengahkan beberapa kes kajian yang melihat kepada model baharu yang menyediakan tempat duduk bersepadu IFE dan amalan kerja kolaboratif. Satu perbincangan soal jawab akan menutup Simposium itu.
http://www.aircraftinteriorsexpo-us.com/symposium
Sumber: Aircraft Interiors Expo Americas