omniture

Tektronix Umumkan Makmal Penentukuran Baharu di Chengdu, China

Tektronix Service Solutions
2013-07-29 21:00 199

-- Kini Tektronix adalah Satu-satunya Syarikat Multinasional dengan Perkhidmatan Penentukuran CNAS 17025 di Rantau Barat Daya China

CHENGDU, China, 29 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Tektronix (service-solutions.tektronix.com), peneraju penyedia perkhidmatan berbilang vendor (MVS) industri untuk penentukuran dan baik pulih peralatan serta khidmat-khidmat berkaitan, hari ini mengumumkan syarikat itu membuka makmal penentukuran baharu di Chengdu, China. Tektronix kini merupakan satu-satunya syarikat multinasional dengan perkhidmatan  penentukuran CNAS 17025 komersil di rantau Barat Daya China – menawarkan penyedia penentukuran sumber tunggal untuk seluruh inventori peralatan pelanggan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130213/SF59104LOGO)

Makmal di Chengdu berkemampuan untuk menyediakan penentukuran bertauliah CNAS 17025 untuk jenis-jenis peralatan berikut: multimeter digital, meter kapit, osiloskop sehingga 6GHz, Kotak-kotak Rintang Arus Terus dan Isyarat RF sehingga 26.5GHz.

Makmal itu juga menyediakan penentukuran di tempat para pelanggan di seluruh rantau itu untuk produk-produk yang mempunyai jaminan pentauliahan CNAS Tektronix di Beijing dan Shanghai. Skop kemampuan ini merangkumi rangkaian luas penentukuran elektrikal, RF, mekanikal, fizikal/berdimensi dan suhu.

"Lokasi-lokasi yang berdekatan para pelanggan utama kami membolehkan kami menyediakan perkhidmatan tempatan dan masa putaran kerja yang lebih cepat. Strategi kami adalah untuk berada di mana-mana sahaja pelanggan kami perlukan kami dan kami akan terus memperluaskan jangkauan kami," kata David Carew-Jones, naib presiden Tektronix Service di Asia.

Makmal baharu ini akan terletak di
Bilik 1001, Blok A, Chengdu Spirit, No.38 Jalan Sanse
Daerah Jinjiang, Chengdu 610063, P.R.C.

Fasiliti di Chengdu itu akan berkhidmat kepada para pelanggan dalam sektor-sektor Semikonduktor, Penghasilan, Penyelidikan dan Pembangunan Elektronik dan Elektrikal, Penghasilan, Penyelidikan dan Pembangunan Telekom, Penghasilan, Penyelidikan dan Pembangunan Peralatan Industri dan Perubatan, dan Penghantaran Perkhidmatan IT dengan menyediakan penyedia penentukuran sumber tunggal untuk seluruh inventori peralatan mereka.

"Tektronix mempunyai lebih banyak makmal pembaikpulihan dan penentukuran berbanding pembekal Ujian dan Pengukuran yang lain," kata Bernie Duffy, naib presiden dan pengurus besar Perkhidmatan di Tektronix. "Kami ingin terus memperluaskan jangkauan kami, kerana kami tahu para pelanggan lebih suka penyedia tempatan. Perluasan terbaharu di China ini merupakan satu lagi hasil pelaburan jutaan dolar kami dalam operasi perkhidmatan seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang Perkhidmatan Berbilang Vendor Tektronix, lawati service-solutions.tektronix.com.

Ingin tahu apa lagi yang sedang dibuat oleh Tektronix? Dapatkan kemas kini terbaharu melalui Twitter dan Facebook.

Tentang Tektronix

Tektronix ialah peneraju penyedia di dunia untuk perkhidmatan penentukuran dan pembaikpulihan berbilang vendor serta perkhidmatan berkaitan. Dengan menyokong lebih 140,000 produk daripada lebih 9,000 pengilang, syarikat itu menyediakan perkhidmatan melalui lebih 1,000 rakan kerja berpengalaman merentasi lebih 100 titik perkhidmatan seluruh dunia. Lawati kami di service-solutions.tektronix.com.

Tektronix merupakan tanda dagang berdaftar Tektronix, Inc. Semua nama dagang yang disebut merupakan tanda perkhidmatan, tanda dagang atau tanda dagang berdaftar untuk syarikat masing-masing.

Source: Tektronix Service Solutions
Keywords: Computer Hardware Corporate Expansion New products/services