omniture

Komited terhadap Keneutralan Karbon, GWM Laksanakan Bersungguh-sungguh Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Hibrid

GWM
2021-10-14 22:30 211

BAODING, China, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Menyasarkan keneutralan karbon, baru-baru ini GWM melancarkan beberapa kenderaan elektrik hibrid yang menunjukkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terkini dalam teknologi hibrid bagi menggalakkan R&D teknologi hibrid serta penaiktarafan model-model.

WEY MAQIDUO(Chinese name), HAVAL H6 and WEY Coffee 01
WEY MAQIDUO(Chinese name), HAVAL H6 and WEY Coffee 01

Teknologi Hibrid merupakan bahagian yang penting dalam rancangan strategik keseluruhan GWM. Didorong oleh konsep R&D "pelaburan besar", GMW telah mereka bentuk dan membangunkan platform L.E.M.O.N. secara bebas melalui usaha selama lima tahun, melabur sebanyak RMB 20 bilion. Platform ini boleh diadaptasikan kepada dua seni bina hibrid yang berbeza iaitu seni bina Teknologi Hibrid Khas (DHT) dan seni bina P2/P2+P4.

DHT L.E.M.O.N., teknologi hibrid elektrik-petrol yang sangat disepadukan dapat mencapai prestasi optimum dalam semua julat kelajuan dan semua senario melalui penyelarasan antara enjin hibrid cekap dan sistem hibrid dwi-motor untuk membawa pengalaman pemanduan yang pantas, lancar, senyap dan menjimatkan kepada pengguna.

HAVAL H6 HEV, yang membuat kemunculan sulungnya di Thailand pada bulan Jun, dilengkapi dengan teknologi ini. Sebaik sahaja dilancarkan, ia menggegarkan pasaran kenderaan tenaga baharu tempatan dan disukai oleh pengguna tempatan. Jualan pasarannya menduduki kedudukan No.1 dalam segmen pasaran Thailand dalam jangka masa yang singkat.

Teknologi ini juga diterima pakai oleh WEY MAQIDUO (nama Cina), yang dilancarkan di Pameran Auto Antarabangsa Tianjin pada 29 September 2021. Model baharu ini berupaya untuk memberi respons kuasa yang pantas, keupayaan pemecutan yang mantap, pertukaran gear yang lancar serta pemanduan yang senyap dan selesa dalam pelbagai senario. Lantaran penggunaan bateri HEV yang berkuasa tinggi dan berkapasiti besar, ia agak menjimatkan bahan api dengan jarak pemanduan keseluruhan mencecah sehingga 1,100 km dan pengunaan bahan api yang komprehensif hanya sebanyak 4.7 L/100 km.

Di samping itu, WEY Coffee 01 PHEV menerima pakai seni bina hibrid P2+P4. Kenderaan ini muncul di International Automobil-Ausstellung (IAA) yang diadakan di Munich pada 6 September 2021. Motor pemacu ini masing-masing dipasang pada gandar depan dan belakang untuk menyaingi sistem pacuan empat roda elektrik tanpa aci pacu. Kombinasi ini menampilkan kuasa yang mantap, kecekapan ekonomi yang bagus di samping diaplikasikan dalam pelbagai senario, mod pemanduan dan kefleksibelan yang pelbagai. Ini memberi kuasa hibrid pemalam yang sesuai untuk pelbagai senario pada Coffee 01 PHEV, menyokong keupayaan pemecutan 5s/100km serta kelajuan maksimum 235 km/j.

Ketika ini, model-model yang dilengkapi dengan teknologi hibrid L.E.M.O.N. telah meliputi dua jenama utama iaitu HAVAL dan WEY. Seterusnya, lebih banyak kenderaan elektrik hibrid akan dilancarkan tidak lama lagi untuk terus menyediakan pengalaman pemanduan yang bersih dan cekap kepada pengguna global.

Selain itu, GWM menegaskan pelbagai laluan teknologi termasuk hibrid, elektrik tulen dan tenaga hidrogen serta memiliki beberapa simpanan teknikal seperti bateri tanpa kobalt dan bateri Dayu, lalu menghasilkan rancangan teknikal yang komprehensif dalam tenaga bersih.

Seperti yang dinyatakan oleh Jack Wei, Pengerusi GWM, di Persidangan Strategi 2025, dalam tempoh lima tahun akan datang, GWM dijangka akan melabur sehingga sejumlah RMB 100 bilion dalam R&D, terutamanya dalam elektrik tulen, tenaga hidrogen dan teknologi hibrid, untuk mengekalkan kedudukan peneraju teknikalnya.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities New products/services Survey, Polls & Research