Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ --
Testimoni Pelanggan
"Kami saling berganding bahu dengan penyedia penyelesaian peralatan pengkomputeran awan dan rangkaian seperti H3C untuk menyediakan persekitaran pembelajaran dalam talian yang kondusif buat pelajar dan kakitangan kami. Demi menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti kepada masyarakat, kami gembira kerana H3C menyokong kami secara aktif dalam perjalanan transformasi digital ini. Hasil daripada usaha ini, universiti kami telah beroperasi dengan lancar sejak 18 bulan yang lalu dengan hanya gangguan minimum."
Prof. Ir. Dr. Yow Ho Kwang
Naib Presiden Pengantarabangsaan dan Pembangunan Akademik
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Oleh kerana pandemik COVID-19, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), seperti banyak institusi pendidikan yang lain, terpaksa mengalihkan kuliah fizikal mereka kepada kuliah dalam talian. Menawarkan sehingga 121 program akademik kepada lebih daripada 21,000 orang pelajar di peringkat tempatan dan antarabangsa, pelaksanaan kuliah dalam talian secara jarak jauh telah membawa peningkatan yang besar terhadap trafik data kepada pelayan awan dalaman universiti ini. Bagi menampung lonjakan besar trafik data ini, UTAR telah meningkatkan kapasiti lebar jalur internet mereka dengan H3C sebagai penyedia perkhidmatan internetnya dan turut menaik taraf pelayan awan dalaman serta kemudahan suis rangkaian dengan bantuan H3C.
UTAR mula mendapatkan bantuan H3C pada tahun 2020 dalam usahanya untuk meningkatkan dan menaik taraf rangkaian kampus serta sistem tanpa wayarnya apabila pandemik COVID-19 menggesa mereka untuk mengambil satu lagi langkah dalam proses transformasi pendigitan mereka. Pada Mei 2021, UTAR memperoleh dan menggunakan produk serta penyelesaian H3C di salah satu kampus mereka, kampus UTAR Kampar. Pada 23 September 2021, H3C menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UTAR, bagi meningkatkan lagi kerjasama mereka di samping melonjakkan ekonomi digital Malaysia maju ke hadapan dalam industri pendidikan.
H3C telah memulakan kerjasama strategik dengan UTAR untuk berkongsi kepakarannya serta pembangunan penyelidikan bersama selain memudahkan pertukaran idea dan kemudahan. H3C turut menyediakan rangkaian kampus, penyelesaian Wi-Fi 6 dan penyelesaian Cloudnet kepada UTAR menggunakan platform pengurusan awan awam terkini untuk memantau dan mengurus peranti rangkaian mereka. Di samping itu, Extreme Broadband Sdn Bhd, rakan kongsi tempatan H3C dalam perkhidmatan internet telah menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar kepada UTAR.
Rangkaian kampus Wi-Fi 6 menyediakan sambungan lancar kepada pelajar UTAR
UTAR ialah sebuah universiti swasta bukan untung yang terkemuka di Malaysia yang telah ditubuhkan di bawah UTAR Education Foundation dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Malaysia 1996. Sebagai salah sebuah universiti yang terkemuka di Malaysia, ia menyediakan pendidikan berkualiti dan berpatutan kepada komuniti, bermula daripada program Asasi, peringkat Siswa dan Pascasiswazah.
Melangkah maju menuju masa depan digital, UTAR memperoleh Wi-Fi 6 Sedia-Masa-Depan H3C yang direka khas untuk menyahut cabaran oleh pengguna rangkaian tanpa wayar masa kini dan masa depan. Ia telah membantu UTAR memastikan mereka menyampaikan sambungan tanpa wayar yang lancar kepada fakulti dan pelajar mereka untuk melaksanakan atau mengikuti kelas dalam talian harian. Penyelesaian Wi-Fi 6 H3C ialah salah satu Wi-Fi 6 yang terpantas dalam pasaran yang dibanggakan oleh H3C. Ia menyampaikan prestasi tertinggi dengan daya pemprosesan tanpa wayar pelanggan-tunggal tertinggi, membawakan kelajuan sambungan Wi-Fi terpantas yang telah diuji oleh The Tolly Group, penguji pihak ketiga yang terkemuka di dunia.
Selain itu, Wi-Fi 6 H3C mengintegrasikan teknologi termaju seperti AI, Data Raya, dan Pengkomputeran Awan bagi membebaskan rangkaian melalui operasi serta penyelenggaraan yang tepat, pintar dan ringkas. Ia juga dipersiapkan dengan pelbagai protokol IoT dan pengembangan IoT fleksibel yang dapat mengurangkan kos pembinaan dan memudahkan O&M. Sering digunakan dalam dewan kuliah yang padat, kelas elektronik dan kampus berskala besar, rangkaian kampus Wi-Fi 6 H3C dengan Frekuensi Radio Tentuan Perisian menjamin sambungan di mana-mana sahaja, lalu menjadikannya penyelesaian yang terbaik dalam menyokong perjalanan transformasi digital UTAR.
Pemerkasaan pengkomputeran awan menyumbang kepada pengurusan rangkaian dipermudah
Satu lagi penyelesaian yang dilaksanakan secara meluas oleh UTAR ialah Penyelesaian Cloudnet H3C, iaitu perkhidmatan pengurusan rangkaian tanpa wayar dan berwayar seragam yang berasaskan awan. Alat pengurusan ini menyediakan pengurusan yang dipermudah, namun boleh diskala untuk UTAR memandangkan universiti ini mengalihkan kelasnya ke dalam talian. Dengan data yang disimpan dengan selamat dalam awan, ia lebih terjamin dan boleh dilihat dengan pengurusan OM dioptimumkan OpEx. Platform Cloudnet mengguna pakai penyelesaian pengkontenaan (containerization) penuh yang canggih dan reka bentuk seni bina penggunaan yang teragih sepenuhnya. Berasaskan kepada ciri ini, sumber pengkomputeran dapat diselaraskan dan diperuntukkan secara adaptif mengikut ciri-ciri perniagaan UTAR dan mencapai pengembangan yang fleksibel dan lelaran perniagaan yang tidak disedari oleh pengguna.
Cloudnet memperkasakan rangkaian universiti melalui operasi awan dan penyelenggaraan seragam U-Center, membolehkan penggunaan rangkaian yang minimum dan dalam masa yang sama mencapai penggunaan tanpa operasi serta penyelenggaraan di lapangan. Dengan mengurus dan memantau berbilang perkhidmatan rangkaian, platform ini memecahkan halangan data antara perkhidmatan yang disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan terpencil dan vertikal, memendekkan masa yang diperlukan untuk operasi dalaman UTAR beroperasi. Tambahan pula, pemerkasaan AI membolehkan operasi serta penyelenggaraan rangkaian yang minimum, pengoptimuman rangkaian pintar, ramalan kesilapan dan menyediakan pengalaman pengguna yang sangat baik kepada Universiti.
Menerusi penggunaan Cloudnet untuk memperkasa pengurusan rangkaian Kampus, ia dapat meningkatkan inovasi perniagaan UTAR melalui keupayaan operasi data yang mantap, yang akhirnya dapat meningkatkan keberkesanan operasi kampusnya. Penyelesaian Cloudnet H3C merupakan penyelesaian rangkaian generasi baharu untuk transformasi digital buat perusahaan seperti UTAR dengan menyediakan penggunaan rangkaian yang ringkas, pengalaman rangkaian terbaik dan perkhidmatan bernilai tambah yang kukuh kepadanya.
WA6622 H3C mempercepatkan infrastruktur rangkaian UTAR 10 kali ganda lebih pantas
Infrastruktur rangkaian untuk kampus UTAR Kampar telah disediakan selama lebih daripada 14 tahun dengan kapasiti rangkaian yang menyokong sambungan sehingga 1Gbps. Selepas penularan COVID-19, Malaysia mengenakan sekatan pergerakan seluruh negara, memaksa ahli fakulti dan pelajar universiti untuk bekerja atau belajar secara jarak jauh dari rumah. Kesan daripada pandemik ini telah mengakibatkan kapasiti semasa UTAR tidak lagi dapat menyokong jumlah rangkaian tinggi yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti berintensifkan lebar jalur seperti kursus dalam talian dan persidangan video.
Bagi meningkatkan lebar jalur dan kelajuan infrastruktur rangkaian, H3C menyediakan titik akses tanpa wayar generasi terkininya kepada UTAR, WA6622 demi pengalaman rangkaian yang stabil. Produk ini telah membantu pihak Universiti untuk menaik taraf sambungannya daripada 1Gbps kepada 10Gbps, membantu pensyarah melakukan strim kelas dalam talian tanpa gangguan. Pensyarah juga boleh menghantar fail tugasan kepada pelajar mereka tanpa perlu bimbang mengenai saiz fail atau kelajuan internet. Tambahan lagi, pelajar dapat mengalami kuliah dalam talian pada waktu sebenar di samping turut menerima atau memuat turun tugasan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Titik akses WA6622 H3C mempunyai standard teknologi 802.11ax dwi-radio. Ia menyediakan kelajuan penghantaran sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih pantas berbanding produk 802.11ac. Ini membuatkan produk ini sesuai untuk senario akses dengan kepadatan tinggi, seperti kampus universiti, aplikasi e-beg-sekolah dan stadium. Daya pemprosesan tinggi dan kependaman rendah WA6622 dengan antena terbina dalam turut menyokong port paut naik berbilang kadar dengan kelajuan maksimum 5Gbps atau 10Gbps. Ia kompak dari segi penampilan dan menyokong pemasangan dinding dan pemasangan siling.
Keyakinan tinggi untuk mendigitalkan kampus UTAR dengan memberi sokongan profesional
Sejak pandemik bermula, banyak institusi pendidikan terpaksa menjalani transformasi digital bagi memenuhi keperluan pendidikan dalam talian dan beradaptasi dengan situasi COVID-19. Situasi yang sama turut berlaku untuk universiti-universiti seperti UTAR yang telah memulakan transformasi digital bertahun-tahun yang lalu dan telah melakukan peningkatan yang berterusan terhadap usaha pendigitannya saban tahun. Menegaskan peranan H3C dalam kerjasama ini, Profesor Ir. Profesor Dr. Ewe Hong Tat, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UTAR berkata, "Dengan H3C yang akan turut serta, kami yakin bahawa kami akan dapat mendigitalkan operasi kampus kami untuk beradaptasi dengan ekonomi Malaysia yang berubah dengan pesat dan menampung perubahan ICT yang berkembang pantas."
UTAR telah mengambil langkah-langkah yang mengagumkan dalam meraih reputasi yang mantap sebagai sebuah universiti yang komprehensif dengan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan. Di samping itu, H3C akan bekerjasama dengan UTAR untuk melaksanakan program pengupayaan bakat termasuk program pensijilan latihan, makmal rangkaian H3C dan juga program latihan amali. H3C ingin membentuk masa depan bakat bagi memahami dunia ekonomi digital kerana syarikat ini percaya bahawa inovasi, pendigitalisan dan kolaborasi akan menyinari masa depan. H3C menjadikan pendekatan berorientasikan pelanggan sebagai misi utamanya, memfokuskan untuk menyokong sepenuhnya inovasi perniagaan pelanggan dan berusaha untuk memberi sumbangan terbesar kepada pembangunan yang berterusan dan peningkatan nilai pelanggannya.