omniture

UBBF 2021: Pembinaan Infrastruktur Rangkaian Dorong Pembangunan Industri -- Konsensus Baharu

Huawei
2021-10-21 11:04 71

DUBAI, UAE, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF 2021) kali ke-7, bersama-sama dianjurkan oleh Suruhanjaya Jalur Lebar PBB dan Huawei, dibuka secara rasmi hari ini di Dubai. Sebagai sidang kemuncak yang terbesar di dunia dalam bidang rangkaian tetap, UBBF tahun ini memfokuskan kepada tema "Melanjutkan Sambungan, Memacu Pertumbuhan". Di acara ini, pengendali dan vendor peralatan global yang terkemuka bertukar-tukar idea mengenai pelbagai topik — termasuk pembinaan infrastruktur rangkaian, ekonomi digital serantau, aplikasi penyelesaian yang berjaya dan pengembangan ruang pertumbuhan industri. Mereka turut berkongsi amalan terbaik dan berbincang mengenai cara untuk mempererat kerjasama perniagaan.

Ryan Ding, Executive Director of the Board and President of the Carrier Business Group, Huawei, spoke at UBBF 2021.
Ryan Ding, Executive Director of the Board and President of the Carrier Business Group, Huawei, spoke at UBBF 2021.

UBBF pada tahun ini berlangsung selama dua hari, ketika mana beberapa ucapan dasar dan sesi yang berfokuskan rangkaian tetap diadakan secara serentak. Golongan profesional daripada kerajaan, perusahaan, pengendali dan bidang akademik berbincang dan bertukar-tukar idea berkaitan dengan status semasa pembangunan rangkaian ultra-jalur lebar dan cabaran baharu yang dihadapi di samping turut berkongsi pandangan dan kisah kejayaan yang berkaitan.

"Penyambungan adalah lebih daripada sekadar pengembangan fungsi; lebih penting lagi, ia merupakan satu hubungan beremosi," kata Ryan Ding, Pengarah Eksekutif dan Presiden Carrier Business Group, Huawei, dalam ucapan beliau. "Lebih daripada 170 tahun yang lalu, kabel dasar laut yang pertama di dunia diletakkan, menghantar isyarat komunikasi yang pertama merentas lautan. Ini merupakan langkah yang sangat besar ke hadapan demi umat manusia. Kira-kira 20 tahun yang lalu, kelajuan sambungan melebihi 32 Kbps dan video mula mengatasi teks sebagai bentuk trafik yang penting, membolehkan kita berkomunikasi seperti yang belum pernah terjadi sebelum ini," tambah beliau. Beliau turut menyatakan bahawa penyambungan "menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik."

Nilai penyambungan ditakrifkan semula oleh masyarakat dan pembangunan industri digiatkan. Dalam ucapan beliau, Peng Song, Presiden Jabatan Pemasaran Pembawa & Penjualan Penyelesaian Global di Huawei, menakrifkan dan menghuraikan mengenai model Liputan/Seni Bina/Gabungan (C.A.F) Huawei. Peng menekankan bagaimana penyambungan harus dilanjutkan di dalam setiap rumah dan setiap perusahaan dan bergabung dengan awan untuk "memenuhi keperluan pada masa kini dan masa depan". Membina daya saing penyambungan berasaskan kepada model C.A.F merupakan kunci kepada pertumbuhan baharu."

  • Liputan: Penyambungan yang dilanjutkan ke setiap bilik akan meningkatkan dengan ketara nilai jalur lebar rumah. Permintaan yang sentiasa berubah-ubah daripada rumah dan perusahaan memerlukan pengendali untuk melanjutkan penyambungan ke setiap bilik, setiap peranti dan setiap sistem pengeluaran perusahaan dan mentransformasikan talian persendirian kepada rangkaian persendirian sebaik sahaja liputan yang lebih luas tersedia. Ini akan meningkatkan jumlah sambungan, meningkatkan kecenderungan pengguna dan akhirnya mencipta lebih banyak peluang perniagaan.
  • Seni Bina: Seni bina rangkaian merupakan asas untuk kejayaan perniagaan pada masa kini dan masa akan datang. Seni bina baharu berorientasikan masa depan memerlukan rangkaian yang lebih elastik, perkhidmatan yang lebih mesra alam dan OPEX yang lebih rendah. Huawei akan terus menerokai teknologi baharu — seperti OXC, SRv6 dan ADN — untuk mengukuhkan asas seni bina.
  • Gabungan: Penyambungan akan membawa peluang yang sangat besar. Membina daya saing rangkaian berasaskan kepada model C.A.F adalah kritikal untuk pengendali. Pendigitalisasi merupakan peluang terbesar untuk industri ICT. Ia telah berkembang daripada konsep menjadi amalan. Tidak dinafikan bahawa awan merupakan teras bagi pendigitalisasi, namun penyambungan turut memainkan peranan yang penting. Tanpa penyambungan, "awan tidak akan menjadi apa-apa melainkan pulau data yang besar." Menurut Peng, "Gabungan" penting kerana penyambungan perlu bertumpukan awan dan membantu perusahaan berhijrah ke awan. Penyambungan dan awan perlu digabungkan. Pengendali boleh memainkan peranan yang besar dalam proses ini.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei menjelaskan bahawa pendigitalisasi, di samping meningkatkan kemudahan, turut memperkenalkan banyak cabaran kepada rangkaian sedia ada. Sebagai contoh, ekoran ruang yang terhad dalam bilik peralatan CO, sukar untuk nod sedia ada menyediakan keupayaan pemprosesan perkhidmatan yang komprehensif. Hubungan pandu tuju (homing) tetap antara sumber dan rangkaian membuatkannya mencabar untuk menjadualkan trafik antara-DC dengan fleksibel. Operasi perkhidmatan hibrid daripada rangkaian sedia ada tidak lengkap untuk memenuhi keperluan perkhidmatan yang dibezakan hari ini. Bagi mengatasi cabaran rangkaian yang dihadapi oleh pengguna semasa transformasi digital, Huawei memperkenalkan Penyelesaian Rangkaian-awan Pintarnya yang mempunyai empat keupayaan baharu — CO pinggir super khidmat penuh, penghirisan keras tahap-penyewa, kebolehprogram rangkaian berkuasa-SRv6 dan penyepaduan awan-rangkaian. Penyelesaian ini dapat memaksimumkan nilai sumber rangkaian pengendali dan kelebihan pelengkap awan dan rangkaian, membantu pengendali membina seni bina perkhidmatan DCIT yang menampilkan integrasi rangkaian-awan.

Di persidangan ini, Kevin Hu turut memperkenalkan penghala pintar siri NetEngine untuk semua senario bagi membantu pengendali membangunkan rangkaian-awan pintar dalam era digital. Peranti ini termasuk penghala akses awan pintar (siri NetEngine A800), penghala pengagregatan khidmat penuh (siri NetEngine 8000 M) dan penghala tulang belakang pintar (NetEngine 8000 X16).

Ketika ini, pengendali Global terus meningkatkan pelaburan mereka dalam gentian optik, meningkatkan kualiti jalur lebar dan membangunkan perkhidmatan seperti talian persendirian premium FTTR dan OTN untuk meningkatkan hasil daripada rangkaian tetap. Sebagai elemen asas bagi bandar-bandar mesra alam dan pintar, rangkaian sasaran optik menyeluruh secara beransur-ansur menjadi konsensus industri. Walau bagaimanapun, dalam proses untuk membangunkan rangkaian sasaran optik menyeluruh untuk bandar-bandar pintar, pengendali masih menghadapi kesukaran seperti kos yang tinggi, penyediaan perkhidmatan yang perlahan dan pengurusan pembinaan FTTH ODN yang sukar. Di samping itu, penggunaan peranti, evolusi rangkaian dan pembangunan perkhidmatan baharu turut menunjukkan kebimbangan yang mendesak.

Di persidangan ini, Bill Wang, Naib Presiden Barisan Produk Optik Huawei berkata, "Bagi mengatasi cabaran ini, Huawei melancarkan produk-produk siri Digital QuickODN (DQ ODN) dan Edge OTN. Produk-produk ini telah direka bentuk untuk membantu pengendali membina rangkaian sasaran optik menyeluruh dengan pantas yang boleh dilihat dan boleh diurus dari hujung ke hujung, mengurangkan dengan ketara kos O&M pengendali dan menyediakan kemasukan berkelajuan tinggi ke dunia digital untuk pelbagai industri dan isi rumah. Ia dapat membantu pengendali memperluas pasaran perusahaan, meningkatkan pengalaman jalur lebar rumah, mengurangkan kos dan meningkatkan hasil.

Di persidangan ini, para penceramah ternama yang berikut menyampaikan ucapan dasar dan berkongsi pandangan serta kejayaan kes aplikasi penyelesaian dan produk Huawei dalam domain rangkaian tetap: Doreen Bogdan-Martin (Pengarah Biro Pembangunan Telekomunikasi ITU), Bocar A. BA (Ketua Pegawai Eksekutif SAMENA Telecommunications Council), Ricardo Varzielas (Ketua Pegawai Kewangan MTN GlobalConnect), Per Morten Torvildsen (Pengerusi Lembaga GlobalConnect), Bader Abdullah Allhieb (Naib Presiden Jabatan Infrastruktur STC), Alaa A. Malki (Ketua Pegawai Teknologi Mobily Etihad Etisalat) dan Waqar Mahmood (Ketua Pegawai Teknologi Higher Education Commission of Pakistan).

Pada tahun 2014, bagi menggalakkan pembangunan mampan industri rangkaian tetapi ultra-jalur lebar global, Huawei melancarkan Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF) dengan Suruhanjaya Jalur Lebar (bersama-sama ditubuhkan oleh ITU dan UNESCO) dan pengendali serantau yang terkemuka. Forum ini bertujuan untuk membangunkan platform dialog bertaraf tinggi yang memfokuskan kepada perkongsian pengalaman ultra-jalur lebar, kerjasama silang-industri dan promosi seluruh industri bagi menyerlahkan potensi ultra-jalur lebar dan memberi manfaat kepada pengendali, pengguna dan penyedia konten.

UBBF telah berjaya diadakan setiap tahun sejak dimulakan pada tahun 2014 dan telah menjadi acara yang paling penting dalam memimpin pembangunan industri ultra-jalur lebar.

https://www.huawei.com/minisite/ubbf/en

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news