omniture

Xinhua Silk Road: Pameran Perdagangan Materia Medica Tradisional Cina Kebangsaan Zhangshu ke-52 bermula di Jiangxi, Timur China

Xinhua Silk Road
2021-10-21 21:19 263

BEIJING, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Materia Medica Tradisional Cina Kebangsaan Zhangshu kali ke-52 dibuka di Zhangshu, sebuah bandar peringkat daerah di Wilayah Jiangxi, timur China pada hari Sabtu.

Photo shows the opening ceremony of the 52nd Zhangshu National Traditional Chinese Materia Medica Trade Fair held in Zhangshu, a country-level city in east China's Jiangxi Province on October 16.
Photo shows the opening ceremony of the 52nd Zhangshu National Traditional Chinese Materia Medica Trade Fair held in Zhangshu, a country-level city in east China's Jiangxi Province on October 16.

 

Photo shows the 52nd Zhangshu National Traditional Chinese Materia Medica Trade Fair held in Zhangshu, east China's Jiangxi Province, from October 16 to 18.
Photo shows the 52nd Zhangshu National Traditional Chinese Materia Medica Trade Fair held in Zhangshu, east China's Jiangxi Province, from October 16 to 18.

Lebih daripada 8,800 pengeluar farmaseutikal mengambil bahagian dalam pameran ini, mempamerkan lebih 29,000 jenis produk dan memperoleh nilai pusing ganti melebihi 12 bilion yuan pada hari perasmian.

Bertemakan inovasi, warisan dan pembangunan, pameran ini telah menganjurkan 17 aktiviti termasuk pameran, forum, festival dan upacara kebudayaan serta melancarkan platform dan pameran dalam talian yang bertujuan untuk mendorong kerjasama dan pertukaran dalam industri ubat tradisional Cina (TCM) dan memacu pembangunan industri TCM.

Beserta peningkatan dari segi permintaan daripada orang awam terhadap perkhidmatan TCM dan pengaruh TCM di persada dunia, industri TCM mengalami peluang pembangunan yang belum pernah terjadi sebelum ini, kata Yu Linyong, Setiausaha Suruhanjaya untuk Pemeriksaan Disiplin China Academy of Chinese Medical Sciences.

Dengan lebih mementingkan konsep pameran digital, lebih banyak teknologi maklumat moden seperti internet, data raya dan pengkomputeran awan dimanfaatkan untuk menjalankan pameran dalam talian, menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk peserta termasuk pendaftaran penyertaan, siaran langsung dan juga data waktu sebenar.

Semasa berlangsungnya acara selama tiga hari ini, satu pameran dalam talian yang dinamakan industri ubat-ubatan dan rawatan perubatan Jiangxi melangkah ke Georgia telah diadakan untuk mendorong selanjutnya industri perubatan dan rawatan perubatan tempatan Jiangxi untuk berkembang ke peringkat global, menarik lebih daripada 40 pempamer dari wilayah tersebut dan 85 pembeli asing untuk mengambil bahagian.

Sebagai ibu kota TCM, Zhangshu memiliki sejarah pembangunan farmaseutikal selama lebih 1,800 tahun. Ketika ini, Zhangshu mempunyai 406 perusahaan farmaeutikal, dengan jumlah kawasan penanaman herba ubat-ubatan tradisional Cina mencecah seluas 33,333 hektar. Pada tahun 2020, pendapatan kluster industri farmaseutikal bandar tersebut melebihi 100 bilion yuan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324366.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Trade show news