Perkhidmatan baharu yang berani oleh Electrolux di Singapura bertujuan untuk mengurangkan bahan buangan dan emisi karbon dengan mengubah cara kita menggunakan, memakai dan membuang perkakas
SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Electrolux, jenama kehidupan rumah Sweden yang progresif dan premium, membentuk dengan berani masa depan penggunaan dan pemakaian perkakas rumah menerusi pelancaran program langganan Perkakas-sebagai-satu-perkhidmatan (AaaS) yang pertama di Singapura. Perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Singapura ini merupakan satu kejayaan besar dalam visi 2030nya dan menyasarkan untuk membentuk kehidupan yang lebih baik di seluruh dunia dan bertujuan untuk memenuhi tabiat kehidupan golongan milenia dan warga Gen Z Singapura yang berubah-ubah dan dalam masa yang sama mengurangkan bahan buangan.
Di bawah rancangan ini, rakyat Singapura boleh melayari perkakas Electrolux yang ditawarkan melalui laman sesawang rasmi, aplikasi Electrolux Life atau Instagram Electrolux. Sejurus mereka menemui item yang mereka suka, pengguna dibawa ke laman web rakan kongsi untuk mendaftar dan mengesahkan langganan bulanan mereka sebelum perkakas mereka dihantar ke pintu rumah mereka. Program perintis ini kini ditawarkan melalui Singapore Furniture Rental, Expats Partner dan Cove, yang menerima enam mesin basuh pengering UltimateCare yang pertama mereka minggu ini.
"Cove berbesar hati dapat bekerjasama dengan Electrolux untuk menyediakan yang terkini daripada teknologi rumah-pintar inovatif kepada penyewa kami pada harga yang kompetitif. Dengan menawarkan perkakas yang berkualiti dan teliti dalam penyewaan rumah kami, kami berharap dapat menggalakkan penyewa untuk mengurangkan bahan buangan dan memupuk penetapan minda yang peka terhadap alam sekitar. Kami teruja untuk bekerjasama dalam pelbagai langganan perkakas perintis dan model bayar-mengikut-penggunaan yang membolehkan kami untuk bersama-sama mendorong kehidupan bandar yang lebih lestari," kata Sophie Jokelson, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Cove.
Setiap perkakas didatangkan dengan perkhidmatan jaminan yang meliputi tempoh langganan dan pengguna juga boleh mengakses arahan tanpa kertas dan manual penjagaan melalui aplikasi Electrolux Life. Apabila langganan tamat, perkakas tersebut diambil dan disediakan kepada pengguna lain, atau sekiranya ia tidak boleh digunakan lagi, dikitar tinggi dan dikitar semula mengikut peraturan E-sisa Singapura.
Tanpa deposit pendahuluan dan dengan bayaran bulanan yang berpatutan, AaaS yang pertama di Singapura ini diwujudkan untuk orang muda, pemilik rumah baharu, tuan rumah dan ekspatriat yang memerlukan perkakas sementara dan berpatutan tetapi bimbang mengenai pembelian secara tunai yang menyumbang kepada sisa global.
Program penyewaan ini meliputi kebanyakan perkakas biasa termasuk mesin basuh pengering, peti sejuk dan kabinet wain. Sebagai contoh, peminat wain boleh melanggan kabinet wain 30-botol, 3+1 rak di Expats Partner dengan hanya SGD 40 sebulan selama 13 bulan atau lebih lama.
Mencipta masa depan yang lebih baik, lebih lestari buat anak muda Singapura
Secara tradisi, anak muda di Singapura tinggal di rumah bersama ibu bapa mereka hingga mereka berkahwin dan berpindah ke ruang mereka sendiri. Walau bagaimanapun, di tengah-tengah sekatan perjalanan dan keadaan COVID-19 ini, semakin ramai anak muda yang memilih untuk berpindah bagi memperoleh kefleksibelan dan privasi yang lebih luas. Antara tahun 1990 dan 2020, jumlah anak muda di bawah umur 35 tahun yang tinggal sendirian atau bersama bukan ahli keluarga melonjak daripada 33,400 kepada 51,300 — walaupun rakyat Singapura tidak layak mendapat kemudahan perumahan awam bersubsidi hingga mereka berkahwin atau berumur 35 tahun.
"Keperluan warga Singapura semakin berkembang, seperti mana penduduk di serata dunia. Anak muda mencari kebebasan yang lebih luas dan berpindah lebih awal dan dalam masa yang sama turut mencari jalan untuk mengurangkan jejak alam sekitar mereka. Menerusi pelancaran program langganan Perkakas-sebagai-satu-Perkhidmatan pertama kami, Electrolux menjadi peneraju untuk penyelesaian cekap tenaga dan sumber sebagai sebahagian daripada objektif Program Kehidupan Lebih Baik kami," kata Douglas Chua, Pengurus Besar Electrolux Singapura.
Bermula dengan berpindah masuk bersama rakan-rakan hingga berkongsi ruang kehidupan-bersama dan ruang kerja-bersama atau berpindah ke luar negara, kumpulan ini bersedia untuk membuat pengorbanan dari segi kewangan demi pertumbuhan dan kebebasan individu. Dengan ramai anak muda yang tidak mempunyai dana yang mencukupi pada peringkat awal kerjaya mereka untuk melengkapkan ruang baharu mereka, program langganan perintis Electrolux ini merupakan penyelesaian yang ideal untuk mengatasi kebimbangan kewangan dan mengurangkan masalah kelestarian yang terhasil dengan berpindah dari rumah ke rumah.
Bersama-sama perniagaan hartanah moden seperti Cove, Electrolux dan rakan-rakan kongsinya membentuk masa depan pembuatan dan penjualan perkakas — menjadikannya lebih mudah untuk anak muda menyewa secara lestari pada abad ke-21.
Sekiranya anda sebuah syarikat sewa perabot, perkakas atau ruang hidup bersama, kerja bersama yang ingin menyertai Electrolux bagi mencipta ekosistem lestari, bagi mengupayakan langganan perkakas, anda boleh menghubungi pasukan kami melalui "leasing_business@electrolux.com"
Latar Belakang Electrolux
Electrolux ialah sebuah syarikat perkakas global terkemuka yang telah membentuk kehidupan yang lebih baik selama lebih daripada 100 tahun lamanya. Kami mencipta semula pengalaman citarasa, penjagaan dan kesejahteraan untuk berjuta-juta orang, sentiasa berusaha untuk berada di barisan hadapan kelestarian dalam masyarakat melalui penyelesaian dan operasi kami. Di bawah jenama-jenama kami, termasuk Electrolux, AEG dan Frigidaire, kami menjual kira-kira 60 juta produk isi rumah dalam sekitar 120 pasaran setiap tahun. Pada tahun 2020 Electrolux mencapai jualan sebanyak SEK 116 bilion dan menggaji 48,000 orang pekerja di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut sila ke www.electroluxgroup.com.