omniture

CCTV+: Xi periksa kerja pemuliharaan ekologi di muara Sungai Kuning

CCTV+
2021-10-25 10:39 260

BEIJING, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Rabu, Presiden Cina Xi Jinping memeriksa kerja-kerja pemuliharaan ekologi di muara Sungai Kuning di bandar Dongying semasa lawatan pemeriksaan beliau di Wilayah Shandong, timur China.

Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cina melawat dermaga muara Sungai Kuning, Pusat Pemantauan Ekologi Delta Sungai Kuning dan Rizab Alam Semula Jadi Negara Delta Sungai Kuning pada petang Rabu, memeriksa status Sungai Kuning dan persekitaran ekologi Delta Sungai Kuning di tapak dan dalam masa yang sama diberi taklimat mengenai kerja-kerja pemuliharaan ekologi dan memacu pembangunan Lembangan Sungai Kuning yang berkualiti tinggi.

Sungai Kuning berasal dari Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, di wilayah barat China dan mengalir melintasi Dataran Loess di utara China. Sungai Kuning ini, yang berliku-liku sepanjang 5,000 km dari barat ke timur, merupakan sungai kedua terpanjang di China. Ia digelar sebagai "ibu sungai" negara Cina, memandangkan lembangan sungai ini telah menyuburkan tamadun Cina sejak zaman dahuu kala.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=j07GiI9VoK0

Source: CCTV+
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications