omniture

Wira tersembunyi realisasikan ekonomi rendah-karbon - Masa depan semikonduktor kuasa

Toshiba Corporation
2021-10-27 10:00 36

SINGAPURA, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Penyahkarbonan muncul dengan pantas sebagai trend global. Ketahui lebih lanjut bagaimana semikonduktor kuasa Toshiba menjadi peranti penting untuk pengurusan serta kawalan kuasa dan menyumbang kepada ekonomi rendah karbon.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202110.shtml


 


 

Takeshi Kamebuchi, Naib Presiden, Bahagian Semikonduktor, Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Takeshi Kamebuchi, Naib Presiden, Bahagian Semikonduktor, Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

 

Semikonduktor kuasa dipasang dalam semua peralatan elektrik
Semikonduktor kuasa dipasang dalam semua peralatan elektrik

 

Pemandangan dari udara kemudahan wafer 300mm di Kaga Toshiba Electronics Corporation, wilayah Ishikawa, Jepun
Pemandangan dari udara kemudahan wafer 300mm di Kaga Toshiba Electronics Corporation, wilayah Ishikawa, Jepun

Semikonduktor kuasa mengendalikan bekalan dan kawalan kuasa—iaitu kuasa elektrik. Bagi menjelaskan dengan mudah, ia memainkan peranan sebagai suis hidup-mati, namun dengan menghidupkan dan mematikan pada kelajuan yang sangat tinggi ia dapat menukarkan arus terus dan arus ulang-alik, menaikkan dan menurunkan voltan serta menukarkan frekuensi kuasa. Takeshi Kamebuchi yang mengetuai perniagaan semikonduktor Toshiba, menjelaskan: "Jika kita membandingkan semikonduktor dengan organ tubuh, pemproses dan memori boleh dilihat sebagai otak, manakala semikonduktor kuasa memainkan peranan sebagai jantung dan otot."

Ia mengendalikan kawalan kuasa dalam semua jenis peralatan elektrik, bermula daripada perkakas rumah hinggalah peralatan infrastruktur yang penting. Peningkatan prestasi semikonduktor kuasa dapat mengurangkan kehilangan kuasa dan menyumbang secara langsung kepada pengurangan penggunaan kuasa oleh peralatan.

Pada Mac 2021, Toshiba membuat keputusan yang penting ke arah menjamin masa depan perniagaan semikonduktor kuasanya: untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran wafer berdiameter lebih besar. Semikonduktor dibuat pada cakera silikon yang dikenali sebagai wafer. Wafer yang lebih besar menghasilkan lebih banyak cip dan pengeluarannya adalah lebih cekap. Pengelektrikan automobil, automasi peralatan industri, penggunaan teknologi penyongsang yang meluas dalam perkakas rumah serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang diperluas, kesemuanya menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap semikonduktor kuasa.

Syarikat ini turut meneroka peranti generasi seterusnya. Kebanyakan semikonduktor diperbuat daripada silikon, namun begitu dalam sesetengah aplikasi, terutamanya aplikasi yang memerlukan pertukaran voltan tinggi dan berkelajuan tinggi, silikon menerobos sempadan ciri-ciri fizikalnya. Kemajuan yang berterusan dan prestasi generasi seterusnya yang lebih baik akan memerlukan bahan-bahan semikonduktor sebatian dan dua bahan yang menarik perhatian yang tinggi ialah silikon karbida (SiC) dan galium nitrida (GaN). Ia diharapkan dapat membawa penambahbaikan yang dramatik berbanding peranti silikon.

Menerusi usaha bersama Toshiba Group, syarikat ini bermatlamat untuk mengembangkan perniagaan semikonduktor kuasa dan menyumbang kepada kemunculan masa depan bebas karbon.

 

 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Semiconductors Utilities