TAIPEI, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kini tibalah "2021 Asia Super Team" sekali lagi! Ini merupakan tahun kelapan berturut-turut kerajaan Taiwan mengadakan pertandingan "Asia Super Team", menurut MEET TAIWAN, TAITRA. Tahun ini, pertandingan ini bertumpu sekitar tema baharu—Future Land (Tanah Masa Depan)—menjemput perusahaan-perusahaan dari Jepun, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Filipina dan Taiwan. Sembilan buah pasukan perusahaan dengan empat anggota akan mengambil bahagian dalam pertandingan November ini.
Pasukan-pasukan terbaik dari wilayah-wilayah Asia ini jauh lebih bersedia untuk menempuh cabaran tahun ini bagi menggenggam gelaran juara "Asia Super Team". Sebagai respons kepada COVID-19 dan trend lawatan maya, pertandingan ini akan diadakan di platform interaktif maya yang serba baharu agar pasukan dapat menikmati Taiwan dalam persekitaran yang bebas tekanan dan selamat seperti di rumah atau pejabat mereka. Pasukan juara peringkat akhir akan memenangi pakej pelancongan insentif ke Taiwan untuk syarikat mereka yang bernilai US$50,000.
Jangan lupa untuk mengikuti berita dan perkembangan terkini di halaman peminat rasmi kami MEET TAIWAN! Sertai cabutan bertuah untuk memenangi komputer peribadi perniagaan ASUS yang berkualiti tinggi dengan membuang undi anda! Sokong pasukan "Above Creative Events (M) Sdn Bhd" dari "Malaysia" sekarang, log masuk ke laman sesawang rasmi kami sepanjang 8 hingga 14 November dan buang undi anda! Jangan ketinggalan!
Di "Malaysia", terdapat 647 permohonan yang berkesan daripada kalangan ahli perniagaan dan 15 pasukan korporat. Tahniah kepada "Above Creative Events (M) Sdn Bhd " kerana memenangi jemputan ke peringkat akhir pertandingan ini.
Finalis:
Untuk maklumat lanjut mengenai Asia Super Team, sila semak asiasuperteam.meettaiwan.com