omniture

CGTN: Impian Musim Sejuk bertemu Impian Cina: China tunaikan janji Olimpik

CGTN
2021-10-28 19:40 103

BEIJING, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada tahun 1908, majalah "Tianjin Youth" menimbulkan satu soalan: "Bilakah China dapat menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik?" Apabila kira detik 100-hari bermula untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing, impian Olimpik yang berusia seabad lamanya ini bersedia untuk direalisasikan sekali lagi.

Lambang Sukan Musim Sejuk Olimpik 2022 Beijing ini berjudul "Impian Musim Sejuk" yang menandakan realisasi Impian Olimpik Musim Sejuk China: untuk menggalakkan lebih ramai warga Cina mengambil bahagian dalam sukan musim sejuk ini, membangunkan China menjadi kuasa sukan dan mempromosikan sukan musim sejuk dan pergerakan Olimpik di serata dunia.

Sebagai seorang yang sangat meminati sukan, Presiden Cina Xi Jinping telah banyak kali menerangkan mengenai pemahaman beliau tentang sukan dan menjadi peneraju dalam usaha oleh China untuk menukarkan negara ini menjadi penjana sukan, matlamat yang dijelaskan oleh beliau sebagai sebahagian daripada Impian Cina untuk penggiatan semula negara.

Janji setia China

"Beijing!" Nama bandar ini dibacakan buat kali kedua yang bersejarah sebagai bandar tuan rumah Sukan Olimpik pada 31 Julai 2015, menjadikan ibu negara Cina ini sebagai bandar pertama di dunia yang menjadi tuan rumah untuk kedua-dua Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk.

Bermula daripada pembidaan kepada persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk, Presiden Xi telah memainkan peranan yang utama.

Berjam-jam sebelum ahli-ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membuang undi mereka, Xi menyampaikan ucapan beliau di kaca televisyen dengan berkata, "Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, sekiranya diadakan di China akan merangsang pertukaran dan persefahaman bersama antara tamadun Cina dan tamadun-tamadun lain di dunia, menggalakkan lebih daripada 1.3 bilion rakyat Cina terlibat dalam sukan musim sejuk dengan penuh minat dan semangat serta memberi satu lagi peluang kepada mereka untuk membantu memajukan pergerakan Olimpik dan menggalakkan semangat Sukan Olimpik."

Presiden Cina memeriksa persiapan untuk Sukan Olimpik 2022 Beijing dan Sukan Musim Sejuk Paralimpik di Beijing dan Zhangjiakou di Wilayah Hebei utara sebanyak beberapa kali, mengulangi kepentingan untuk mempersembahkan Sukan Olimpik yang "hebat, luar biasa dan cemerlang" pada tahun 2022 dengan pendekatan "mesra alam, inklusif, terbuka dan bersih."

Bermula dengan memberi inspirasi kepada seluruh generasi peminat sukan musim sejuk hinggalah membangunkan Sukan yang mesra alam dan mampan, China menunaikan janji bidaannya.

Pembangunan mampan 

Berpandukan oleh visi Xi, Beijing 2022 memperkenalkan Rancangan Kelestariannya tahun lalu, memerhatikan kelestarian dalam tiga aspek: kesan alam sekitar yang positif, pembangunan baharu untuk wilayah dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.

Sukan 2022 akan menjadi yang pertama dalam sejarah Olimpik yang menggunakan teknologi pendinginan terus trans-kritikal karbon dioksida untuk menghasilkan ais, menjimatkan lebih daripada 40 peratus tenaga yang digunakan dalam kaedah tradisional.

Ini hanya salah satu daripada 119 langkah khusus, di bawah 12 tindakan, dinyatakan dalam Rancangan Kelestarian.

Semasa membuat lawatan pemeriksaan, Xi berkata bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan berperanan sebagai daya penggerak untuk pembangunan Wilayah Beijing, Tianjin dan Hebei yang diselaraskan.

Janji ini selari dengan Agenda Olimpik 2020 IOC yang bertujuan untuk menjadikan Sukan Olimpik sesuai dengan rancangan pembangunan jangka panjang untuk sesebuah bandar atau wilayah.

Suatu ketika dahulu, Chongli merupakan sebuah daerah yang sangat miskin di Zhangjiakou dengan pendapatan pertanian yang terhad. Pada tahun 2015, 16.8 peratus daripada 100,000 penduduk di daerah ini dikelaskan sebagai daerah yang menjalani kehidupan di bawah garis kemiskinan negara China.

Namun begitu di bandar bergunung ganang ini, di mana kebanyakan acara sukan salji Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan dipentaskan, telah ditransformasikan menjadi syurga pemain ski. Pada tahun 2019, New York Times menamakan Chongli sebagai salah satu daripada 52 destinasi ski yang perlu dikunjungi.

Pada bulan Mei 2019, daerah ini secara rasminya telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan. Hampir 30,000 daripada 126,000 penduduk Chongli diambil bekerja oleh pusat peranginan ski atau syarikat dan organisasi yang berkaitan.

"Sukan ini menunjukkan aset yang hebat untuk mempercepatkan beberapa pembangunan jangka panjang. Inilah yang telah dilakukan untuk Beijing 2022 dan kami telah banyak belajar," kata Pengarah Eksekutif Sukan Olimpik Christophe Dubi. 

Membina penjana sukan   

"Sukan merupakan cara yang penting untuk memperbaiki kesihatan individu, memenuhi aspirasi insan demi kehidupan yang lebih baik dan memudahkan pembangunan insan yang serba lengkap," kata Xi. Ia menjelaskan mengapa presiden Cina ini begitu bersemangat untuk mengubah negara ini menjadi penjana sukan.

Xi menggesa negara ini untuk menjadikan persiapan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai satu peluang untuk menggalakkan popularisasi dan pembangunan sukan ais dan salji. Visi ini kini bertukar menjadi realiti.

Sukan musim sejuk di China dahulunya dianggap sebagai kegiatan masa lapang yang asing dan mahal, namun hasil daripada dorongan oleh Xi untuk memastikan 300 juta orang terlibat dalam sukan musim sejuk menjelang tahun 2025, semakin ramai orang yang kini pergi ke gelanggang ais dan cerun ski.

Lima tahun yang lalu, hanya terdapat 460 pusat peranginan ski di China. Bagi menjadikan aktiviti bermain ski lebih mudah diakses oleh orang awam, negara ini mempercepatkan pembinaan kemudahan dan angka melonjak kepada 770 menjelang penghujung tahun 2019.

Kira-kira 2,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara ini telah merangkumkan sukan musim sejuk ke dalam kurikulum mereka menjelang penghujung tahun 2020.

Langkah-langkah untuk mempromosikan sukan massa ini merupakan satu manifestasi cemerlang terhadap kata-kata Xi: "Asas untuk membina penjana sukan terletak pada sukan massa."

"Presiden Xi ialah seorang pejuang sejati dan saya ingin memberikan satu set pingat kepada beliau kerana beliau mempunyai wawasan yang jelas mengenai peranan penting sukan dalam masyarakat dan kepentingan sukan terhadap pendidikan anak muda," ulas Presiden IOC Thomas Bach dalam satu wawancara.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-26/Winter-Dream-meets-Chinese-Dream-China-delivers-on-Olympic-promises-14FEKl6xHJS/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sporting Events Sports Future Events