omniture

ZTE peroleh sijil piawaian antarabangsa ISO/IEC 27701 untuk peranti terminalnya

Bertujuan untuk melindungi privasi pengguna sepenuhnya
ZTE Corporation
2021-10-28 20:13 234

SHENZHEN, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763. HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih telah lulus semakan oleh British Standards Institution (BSI) dan memperoleh sijil piawaian antarabangsa ISO/IEC 27701:2019 untuk PIMS (Sistem Pengurusan Maklumat Privasi).

ZTE obtains ISO/IEC 27701 international standard certificate for its terminal devices
ZTE peroleh sijil piawaian antarabangsa ISO/IEC 27701 untuk peranti terminalnya

Sijil ini menunjukkan pengiktirafan pihak berkuasa antarabangsa terhadap peranti terminal ZTE dari segi perlindungan privasi pengguna dan akan memudahkan selanjutnya pembangunan produk terminal ZTE yang inovatif dalam bidang keselamatan data pengguna dan perlindungan privasi.

Setakat ini, ZTE memfokuskan kepada senario utama, membina sistem pematuhan perlindungan privasi hujung-ke-hujung, gelung-tertutup dan berasaskan proses dan telah menyepadukan konsep perlindungan privasi ke dalam proses penyelidikan dan pembangunan produk.

Skop pensjilan perlindungan privasi ini meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkhidmatan penyelenggaraan dan operasi APLIKASI berasaskan kepada sistem operasi MyOS ZTE (Khidmat Mesej, Z-Voice, ZTE Cares, ZTE Market, ZTE Mall dan Z-Board) serta fungsi-fungsi berdasarkan kepada sistem operasi MyOS (kemas kini sistem, pengecaman wajah dan akaun ZTE). ZTE telah membina sistem perlindungan keselamatan maklumat pengguna semua-senario yang melibatkan wajah & suara pengguna, penggunaan & membeli-belah, interaksi komputer-manusia dan bidang utama lain, yang dapat melindungi privasi pengguna secara komprehensif.

ISO/IEC 27701:2019 kini merupakan salah satu piawaian perlindungan privasi yang paling berwibawa di dunia. Piawaian ini, dikeluarkan secara bersama oleh Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO) dan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) pada bulan Ogos 2019, bertujuan untuk membantu organisasi-organisasi melindungi dan memproses maklumat peribadi terkumpul dengan berkesan.

Selain itu, piawaian ini memberi jaminan yang kukuh untuk syarikat-syarikat bagi memenuhi keperluan pematuhan Peraturan Perlindungan Data Umum Eropah (GDPR), diiktiraf oleh industri ini sebagai peraturan perlindungan privasi yang paling ketat dalam sejarah. ZTE telah lulus pensijilan ini kali ini, menandakan bahawa perlindungan privasinya telah mencapai tahap lanjutan antarabangsa.

ZTE komited untuk menubuhkan sistem pematuhan perlindungan data yang boleh diaplikasikan, berkesan dan terkemuka. Bermula dari tahun 2019, ZTE menanda aras ISO/IEC 27701:2019 PIMS serta amalan terbaik industri ini. Di samping itu, ZTE telah memperkenalkan dan mengukuhkan kedudukan PIMS dalam barisan produk yang utama dan terus ditingkatkan selaras dengan perniagaan sebenar. Dari tahun 2020 hingga 2021, produk 5G tanpa wayar ZTE, produk rangkaian teras tanpa wayar dan produk teknologi digital telah lulus pensijilan ISO/IEC 27701:2019 secara berturut-turut.

ZTE, sebagai penyedia bagi peranti terminal dalam ekosistem pintar senario-penuh akan terus komited untuk meningkatkan sistem perlindungan privasi bagi mewujudkan persekitaran perlindungan privasi yang mampan, telus, terbuka dan berwibawa. Melangkah ke hadapan, syarikat ini, berdasarkan kepada kelebihan teknologinya, akan menjadikan keselamatan sebagai asas yang penting, melancarkan lebih banyak peranti terminal 5G, menyediakan produk dan perkhidmatan yang pelbagai dan mudah kepada pengguna dan membina gaya hidup digital dan pintar yang lebih hebat serta terjamin.

Hubungan Media: 
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

 
Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment