omniture

CGTN: Peng Liyuan hantar surat ucapan tahniah kepada Tianjin Juilliard School

CGTN
2021-10-28 22:28 147

BEIJING, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, menghantar sepucuk surat ucapan tahniah pada hari Selasa sempena perasmian Tianjin Juilliard School (TJS), yang ditubuhkan secara bersama oleh Tianjin Conservatory of Music dan Juilliard School New York.

Hasil daripada usaha bersama antara China dan Amerika Syarikat, Tianjin Conservatory of Music dan Juilliard School telah menjalin kerjasama seni peringkat tinggi dalam mentadbir sekolah ini, selain mencipta platform baharu untuk menggalakkan pertukaran budaya dan individu-ke-individu antara kedua-dua negara ini, kata Peng.

Jelas mengetahui bahawa seni ialah jambatan yang "merentasi sempadan negara dan menghubungkan orang ramai," beliau berkata bahawa pengukuhan kerjasama pendidikan antara China dan Amerika Syarikat adalah kondusif untuk memupuk lebih banyak bakat, memperkukuh pertukaran budaya serta menggalakkan seni dan persahabatan.

Beliau menyeru kedua-dua pihak untuk melaksanakan pertukaran budaya dan individu-ke-individu yang ekstensif serta menggalakkan persefahaman bersama antara kedua-dua bangsa ini bagi menyuntik dorongan ke dalam persahabatan yang terjalin antara warga Cina dan Amerika.

Kampus TJS dirasmikan pada hari Selasa. Direka bentuk oleh studio reka bentuk antara disiplin Amerika, Diller Scofidio + Renfro, kampus ini meliputi kawasan seluas kira-kira 45,000 meter persegi sepanjang Sungai Haihe di Tianjin.

Sebagai cawangan Juilliard School, TJS ialah institusi seni persembahan pertama di China yang menganugerahkan ijazah Sarjana Muzik yang diiktiraf oleh A.S., menurut laman sesawang rasmi sekolah ini. Ditubuhkan pada tahun 1905, Juilliard School diiktiraf secara meluas sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang paling berprestij dalam drama, muzik dan tarian.

Di TJS, pelajar-pelajar diberi banyak peluang untuk mengambil bahagian dalam konsert solo, dewan dan orkestra. Sekolah ini memiliki tiga tempat persembahan cangggih yang menjadi asas kepada kampus baharu ini. Melalui persembahan di dewan konsert, dewan resital dan teater kotak hitam, para pelajar boleh memperkemas kemahiran persembahan mereka dan berinteraksi dengan penonton melalui muzik.

Cui Tiankai, bekas duta Cina ke Amerika Syarikat dan Tian Xuejun, naib menteri pendidikan turut menghadiri majlis perasmian ini yang mana Joseph W. Polisi, dekan kehormat TJS diberi gelaran "Warga Kehormat Tianjin."

https://news.cgtn.com/news/2021-10-27/Peng-Liyuan-sends-congratulatory-letter-to-Tianjin-Juilliard-School-14H1kN6Ei9a/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service