omniture

Kwai Umum Kerjasama dengan Amazfit Promosikan Pelancaran Produk Baharu Global Amazfit

Jenama jam tangan boleh pakai No.1 di Brazil cecah lebih 218 juta impresi di Kwai
Kwai
2021-10-29 21:42 175

SAO PAULO, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kwai, media sosial bentuk video pendek di Brazil mengumumkan kerjasama dengan Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global untuk mempromosikan pelancaran produk baharu Global Amazfit.

Amazfit Jalin Kerjasama dengan Kwai di Brazil untuk Memulakan Pelancaran Produk Baharu
Amazfit Jalin Kerjasama dengan Kwai di Brazil untuk Memulakan Pelancaran Produk Baharu

Semasa kempen ini, pengguna Kwai dapat menyertai cabaran Tagar di aplikasi Kwai untuk memenangi produk khas Amazfit. Pencipta kandungan di Kwai memuat naik lebih daripada 32.000 video berkaitan kempen yang mendapat lebih 218 juta impresi. Pada 14 dan 15 Oktober, jenama ini menjemput pencipta kandungan Kwai untuk memulakan sambutan produk baharu Amazfit di sesi siaran langsung mereka.

"Kerjasama dengan jenama global seperti Amazfit menunjukkan dedikasi kami untuk membawakan lebih banyak jenama yang disukai kepada Kwai untuk menjadikan pengalaman membeli-belah intuitif sementara pengguna kami meluangkan masa lapang mereka di Kwai," kata Paulo Fernandes, Pengarah Jualan untuk Kwai, Amerika.

Syarikat induk Kwai, Kuaishou telah mempelopori penyepaduan antara media sosial dan e-dagang di China. Pada tahun 2020 sahaja, jumlah GMV bagi transaksi e-dagang yang dilancarkan di Kuaishou mencecah 381 bilion RMB, iaitu menghampiri 60 bilion USD.

Pengarah Perniagaan Serantau Amazfit, Austin Peng berkata: "Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Kwai dan kami amat berpuas hati dengan kesan daripada kerjasama ini serta Cabaran Tagar (Hashtag Challenge). Kami berharap dapat bekerjasama lebih lagi dengan Kwai pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai orang menikmati kesihatan pintar dan merealisasikan minat mereka."

Latar Belakang Kwai Brazil 

Salah satu aplikasi percuma yang paling popular di Brazil, Kwai membolehkan orang awam mencipta kandungan mereka sendiri dan berkongsi video secara dalam talian dengan cara yang mudah, inklusif dan boleh diakses, dalam alam interaktif yang membolehkan orang ramai berhubung. Dengan misi untuk menjadikan kehidupan orang ramai lebih bahagia, Kwai percaya bahawa setiap detik yang kecil dalam kehidupan layak dikongsikan. Aplikasi ini boleh didapati dalam sistem iOS dan Android, App Store dan Google Play . Ketahui lebih lanjut di: kwai.com . 

Latar Belakang Amazfit 

Amazfit ialah jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka yang menawarkan portfolio produk yang luas termasuk jam tangan dan jalur jam pintar, fon telinga nirwayar TWS serta peranti kesihatan & kecergasan seperti sawat injak pintar dan penimbang komposisi tubuh pintar. Intipati jenama kami ialah Up Your Game (Berusaha Menjadi Lebih baik) dan Amazfit menggalakkan pengguna untuk merealisasikan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas. Amazfit ialah jenama yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) yang telah menghantar lebih 100 juta peranti sejak tahun 2014, dengan produk-produknya boleh didapati di lebih 90 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.amazfit.com

Source: Kwai
Keywords: Advertising