YUYAO, China, 19 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Plastik Antarabangsa China 2013 & Ekspo Plastik China Ke-15 ("CPE") dengan temanya "Dipacu Inovasi, Impian Jadi Kenyataan" akan diadakan pada 6-9 November 2013 di Yuyao, wilayah Zhejiang, China.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130819/CN63861 )
CPE 2013, yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Industri Petroleum dan Kimia China (CPCIA), Syarikat Petroleum Kebangsaan China (CNPC), Syarikat Petroleum dan Kimia China (Sinopec), Sinochem Corporation, Majlis Industri Ringan Kebangsaan China (CNLIC) dan pentadbiran perbandaran Yuyao, telah dipilih sebagai antara pameran 2013 yang akan menerima sokongan Kementerian Perdagangan China. CPE 2013 seluas 46,000 meter persegi itu akan menempatkan 2,200 tapak pameran yang dibahagikan kepada empat kawasan pameran: Bahan Mentah Plastik, Jentera Plastik, Peralatan & Acuan Jentera dan Acuan Plastik.
Ini merupakan tahun ke-15 berturut-turut CPE diadakan sejak ia bermula pada tahun 1999. CPE, gabungan sempurna tempat pasaran khusus dan dewan pameran, diiktiraf luas sebagai antara ekspo plastik paling penting dan berpengaruh di China. Ia menarik kunjungan pempamer China dan luar negara yang terkemuka daripada sektor bahan mentah plastik, acuan, peralatan jentera dan jentera plastik, termasuk beberapa syarikat Fortune 500 industri plastik. CPE menyediakan platform yang bagus untuk syarikat seluruh rantaian industri untuk menyatukan kehadiran mereka dan mempergunakan peluang pertumbuhan.
Zhejiang China Plastics Online Co., Ltd., yang berkhidmat untuk industri plastik dan telah diangkat sebagai agensi media eksklusif untuk CPE, adalah antara platform B2B pertama dan terbesar di China dengan tapak pelanggan yang paling menyeluruh. Syarikat itu, yang berasal daripada Bandar Plastik China Yuyao, telah merintis kombinasi lancar untuk pasaran ketara dan tidak ketara. Aktiviti Harga Harian Bandar Plastik China yang diterbitkan oleh Zhejiang China Plastics Online telah menjadi kayu ukur untuk nilai harga bahan mentah plastik di seluruh China, bertindak sebagai panduan untuk pasaran bahan mentah plastik domestik dan unsur yang mempengaruhi pasaran luar negara.
Hubungan Media:
Jin Wei
+86-574-62537574
ricky0701@gmail.com