Pertumbuhan pesat Flowhaven mendorong pelantikan baharu daripada Amazon, Atlassian, Espagon dan Zalando.
HELSINKI, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- Flowhaven, platform Pengurusan Perhubungan Pelesenan (LRM) terkemuka telah mengukuhkan pasukan kepimpinan globalnya dengan empat pelantikan strategik ketika syarikat meneruskan trajektori pertumbuhannya. Adam Rubin telah menyertai syarikat sebagai Naib Presiden Pendapatan, Tomi Heinonen sebagai Naib Presiden Kejuruteraan; Alex Jones sebagai Pengarah Pengalaman Pengguna dan Jourdan Strain sebagai Pengarah Pemasaran. Lantikan baharu ini akan melapor tugas secara langsung kepada Kalle Törmä, Ketua Pegawai Eksekutif.
Pelantikan baharu tersebut dilaksanakan selepas beberapa siri perkembangan organisasi yang telah mempercepat pertumbuhan syarikat. Flowhaven mempunyai tahun yang sangat cemerlang, memperoleh pelanggan merentas industri baharu termasuk universiti, label rekod dan banyak lagi. Pada tahun lepas, Flowhaven telah mengumpul dana sebanyak $16 juta yang diketuai oleh Sapphire Sport dan menggandakan bilangan pasukannya di Helsinki, Los Angeles dan London.
Adam Rubin membawa pengalaman jualan dan pertumbuhan selama lebih satu dekad ke Flowhaven. Sebagai Naib Presiden Pendapatan, beliau akan menyelia strategi dan pelaksanaan jualan global syarikat. Terbaru, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Jualan di Epsagon di mana beliau mengembangkan pasukan pendapatannya, meletakkan asas untuk pengambilalihan syarikat bernilai $500 juta oleh Cisco. Jawatan lain termasuk Pengarah Jualan di Sisense, di mana beliau telah membantu syarikat meningkatkan operasi jualannya kepada puluhan juta, menyokong lebih $100 juta ARR; dan ZocDoc, di mana beliau menyelia pertumbuhan pendapatan syarikat.
Sebagai Naib Presiden Kejuruteraan, Tomi Heinonen akan memimpin pasukan pembangunan inovatif Flowhaven sambil memacu standard produk ke tahap yang lebih tinggi. Sebelum Flowhaven, Tomi membawa kehebatan ilmu kejuruteraannya ke syarikat gergasi e-dagang, Zalando, di mana beliau menyelia penyepaduan pihak ketiga ke platform fesyen syarikat. Beliau juga memegang pelbagai peranan kepimpinan di Ekahau, di mana beliau membina dan mengekalkan rangkaian Wi-Fi berprestasi tinggi untuk para pelanggan termasuk Google, IBM, Verizon dan Microsoft dan Tapp Commerce di mana beliau mereka mereka bentuk susunan teknologi transformatif untuk pemprosesan transaksi berkapasiti tinggi.
Alexandra Jones menyertai Flowhaven sebagai Pengarah Pengalaman Pengguna dan akan menyelia unsur visual dan kreatif produk untuk menjadikan pengalaman pengguna lebih menyeronokkan. Sebelum Flowhaven, Alex berkhidmat sebagai Pereka Pengalaman Pengguna Kanan di Atlassian dan mengetuai reka bentuk produk di Saatchi & Saatchi, J. Walter Thompson dan BBH London yang menyampaikan UX bertaraf dunia merentas portfolio termasuk Google, Audi dan British Airways. Gabriel Johnston akan membantu Alexandra sebagai Ketua Penyelidikan UX. Peranan terkini Gabe termasuk Penyelidik Kanan UX di Amazon; Penyelidik Pengalaman Pengguna di Google; dan Penyelidik Reka Bentuk di Microsoft.
Sebagai Pengarah Pemasaran, Jourdan Strain akan memimpin aktiviti penjanaan utama dan membantu menempatkan Flowhaven sebagai jenama produk premium yang diiktiraf di seluruh dunia. Jourdan bersemangat untuk mencipta jenama ikonik yang membawa unsur kemanusiaan dan personaliti ke dalam bidang teknologi. Sebelum menyertai Flowhaven, Jourdan membantu mengembangkan strategi jenama dan kandungan di BrainStorm, Inc. (rakan kongsi latihan terkemuka Microsoft) dan menyaksikan perkembangan syarikat tersebut sebanyak 10 kali ganda dan memperoleh pelanggan seperti PepsiCo, Clorox dan ThermoFisher Scientific.
Flowhaven baru-baru ini turut melancarkan perkongsian baharu dengan syarikat gergasi hiburan kanak-kanak, Zag Entertainment dan menambah Warner Music Group ke dalam senarai pelanggannya yang semakin meningkat.
TENTANG FLOWHAVEN
Flowhaven merupakan Platform Pengurusan Perhubungan Pelesenan (LRM) Jenama yang terkemuka. Flowhaven membantu para profesional mengautomasikan setiap fasa proses aliran kerja pelesenan jenama dalam satu penyelesaian, termasuk perancangan dan strategi, pengurusan akaun dan perjanjian, pengedaran kandungan, kelulusan reka bentuk, pelaporan royalti dan banyak lagi. Flowhaven memodenkan proses pelesenan jenama untuk jenama isi rumah seperti Sanrio SEA, Nintendo, Games Workshop dan Crunchyroll.
Flowhaven mempunyai pejabat di Helsinki, Los Angeles, London dan Tokyo serta disokong oleh firma modal teroka terkenal seperti Sapphire Sport, Global Founders Capital dan Icebreaker.vc.
SILA HUBUNGI: Jourdan Strain, jourdan.strain@flowhaven.com