omniture

Vazyme bakal Tonjolkan Produk dan Penyelesaian Ujian COVID-19 Terkini di MEDICA 2021

Vazyme
2021-11-03 15:00 249

DÜSSELDORF, Jerman, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat bioteknologi Cina Nanjing Vazyme Biotech Co., Ltd (Vazyme) akan mempamerkan produk dan penyelesaian pengujian COVID-19 canggihnya di Dewan 3 Dirian Pameran F 94 di MEDICA 2021, pameran perdagangan untuk sektor perubatan yang terkemuka di dunia, di Messe Düsseldorf (Jerman) mulai 15 November hingga 18 November. Acara ini menyediakan pengunjung dengan pelbagai jenis produk dan penyelesaian perubatan inovatif diiringi oleh pertukaran idea dan dialog pakar dalam forum pakar bagi memahami trend industri rawatan kesihatan dengan lebih baik.


Vazyme akan menonjolkan barisan penuh produk dan penyelesaian berkaitan COVID-19 di acara ini, dengan tumpuan terhadap penampilan sulung produk ujian virus terkini daripada syarikat ini, SARS-CoV-2 & FLU A/B RT-QPCR dan Ujian Pantas Ag SARS-CoV-2 & FLU A/B, kedua-duanya mampu menguji dan mengesan tiga jenis virus termasuk COVID-19 dan influenza A/B serentak, bagi mencapai pengujian virus yang lebih cekap dan komprehensif.

Sejak pandemik melanda, Vazyme tekal memperkenalkan beberapa reagen ujian COVID-19 dan peranti berkaitan untuk ujian penyelesaian pengesanan asid nukleik, antigen pantas, antibodi pantas dan antibodi peneutralan pantas. Produk Vazyme menambah baik pengujian COVID-19 dalam perjuangan memerangi pandemik yang melumpuhkan dengan keputusan ujian yang lebih tepat, andal dan pantas. Vazyme menyediakan produk dan penyelesaian ujian COVID-19 ke pelbagai negara dan wilayah termasuk Jerman, UK, Rusia, Brazil dan Indonesia serta membekalkan bahan-bahan mentah yang penting untuk lebih 500 juta kit COVID-19 kepada pengeluar kit ujian ini di seluruh dunia.

Vazyme akan mempamerkan lebih banyak produk dan penyelesaian diagnostik COVID-19 termasuk:

  • Penyelesaian Pengesanan Asid Nukleik
  • Ujian Pantas Ag SARS-CoV-2
  • Ujian di Rumah Ag SARS-CoV-2
  • Ujian Pantas Ag SARS-CoV-2 & FLU A/B
  • Pengesanan Antibodi Peneutralan
  • Dan Sebagainya.

Pasaran diagnostik in vitro global telah menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa, berserta permintaan terhadap penyelesaian diagnostik yang komprehensif, tepat dan disesuaikan. Dengan pengalaman selama bertahun-tahun membangunkan produk dalam bidang ini, produk diagnostik in vitro Vazyme meliputi pelbagai kepakaran termasuk kardiologi, penjagaan pranatal dan pascalahir, gastroenterologi, nefrologi, jangkitan dan pulmonologi pediatrik.

Selain daripada peranti diagnostik Ujian Tempat-Rawatan (POCT), sebagai pembekal bahan mentah perubatan huluan yang terkemuka, Vazyme bermatlamat untuk menyediakan pelanggannya dengan produk dan perkhidmatan terbaik dalam bahan-bahan mentah perubatan. Sebagai salah satu daripada beberapa pengeluar inovatif berfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China dengan keupayaan dalam membangunkan teknologi huluan secara dalaman dan menghasilkan produk siap, Vazyme mendukung visi untuk meningkatkan kehidupan manusia dengan teknologi dan memberi tumpuan kepada pelaburan yang berterusan dalam inovasi teknologi dan produk berkualiti.

Untuk menjangkaui selanjutnya berbilion-bilion pelanggan di seluruh dunia, Vazyme mempercepatkan perluasan jejaknya dalam pasaran luar negara dengan tumpuan untuk membangunkan pasaran Eropah dengan membina operasi tempatan yang luas. Ketika ini, Vazyme bekerjasama dengan institusi-institusi akademik yang ternama di dunia untuk menubuhkan makmal multinasional dan bekerjasama dengan pengedar-pengedar perubatan serta farmaseutikal terkemuka dalam pasaran luar negara untuk membangunkan rangkaian jualan dan pengedaran setempat. Vazyme berharap dapat berinteraksi dengan lebih ramai rakan global di MEDICA 2021.

Latar Belakang Vazyme

Ditubuhkan pada tahun 2012, Vazyme ialah salah satu daripada beberapa firma bioteknologi inovatif berfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China yang berkeupayaan dalam membangunkan teknologi huluan secara dalaman dan menghasilkan produk siap. Dengan komitmen yang berterusan terhadap inovasi dan berasaskan kepada platform teknologi generik utama proprietarinya, syarikat ini telah membangunkan jaringan perniagaan yang mencakupi penyelidikan biologi, diagnosis in vitro dan bioperubatan. Vazyme membangunkan lapan siri reagen diagnostik POCT proprietari dan bahan kawalan berkaitan yang meliputi penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular, keradangan, prepotensi, fungsi gastrik, keautoimunan, fungsi renal, pengurusan penyakit kronik selain penyakit pernafasan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Vazyme di http://www.vazyme.com

Source: Vazyme
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Public Safety Future Events