SCHENECTADY, New York, 21 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- SI Group, Inc. hari ini mengumumkan hakim undang-undang pentadbiran yang mengendalikan penyiasatan Majlis Perdagangan Antarabangsa terhadap Sino Legend dan Red Avenue telah mengeluarkan versi umum penghakiman beliau yang menyarankan larangan import 10 tahun bagi beberapa resin pelekat Sino Legend tertentu. Jika ini diluluskan oleh Pesuruhjaya ITC, "arahan pengecualian umum" itu akan melarang import produk terjejas itu ke dalam Amerika Syarikat oleh sesiapa semasa tempoh berkesan larangan itu. Larangan import yang disarankan itu termasuklah resin pelekat Sino Legend SL-1801, SL-1801 LFP, SL-1802, dan SL-1802 LFP.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130204/NY53537LOGO-b )
Dalam penghakiman awal beliau yang dikeluarkan pada 17 Jun 2013, Hakim Rogers mengeluarkan kesimpulan undang-undang termasuklah penemuan rahsia perdagangan Kumpulan SI telah disalahguna oleh rakan sekutu dan wakil Sino Legend dan Red Avenue tertentu.
Penghakiman dan saranan langkah pembaikan awal oleh Hakim Rogers kini dipertimbangkan oleh enam Pesuruhjaya ITC, dengan penghakiman akhir dijangka dibuat pada 8 November. Jika saranan langkah pembaikan itu diluluskan oleh Pesuruhjaya ITC, larangan import itu akan dikuatkuasakan selepas penerbitan penghakiman akhir Pesuruhjaya itu, tidak mengira sama ada kes itu akan dirayu lebih lanjut atau tidak.
SI Group berpuas hati dengan saranan langkah pembaikan Hakim Rogers dan berasa optimis yang ia akan diluluskan oleh Pesuruhjaya ITC. Langkah penting ini menandakan satu lagi tanda aras signifikan dalam usaha syarikat itu melindungi rahsia perdagangannya.
Versi umum untuk Penghakiman Awal penuh boleh didapati di laman web SI Group (http://www.siigroup.com/press ). Maklumat tambahan tentang kes ini, No. 337-TA-849, boleh didapati di laman web ITC.
Tentang SI Group
Kumpulan SI ialah syarikat milik keluarga yang ditubuhkan pada tahun 1906 dan beribu pejabat di Schenectady, New York. Sebagai peneraju pemaju dan pengeluar dunia untuk resin fenolik, resin alkilfenolik, fenol teralkil dan bahan perantara kimia lain, SI Group mengendalikan 20 fasiliti di 10 negara seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang SI Group, lawati www.siigroup.com .
Hubungi:
Brooke Manrique
Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Pemasaran
SI Group, Inc.
+1-518-347-4112
brooke.manrique@siigroup.com