omniture

GWM Terima Lebih 6,000 Pra-pesanan untuk ORA GOOD CAT dalam 48 jam Pelancarannya di Thailand

GWM
2021-11-08 16:26 316

BAODING, China, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada 14 Oktober, GWM menerima lebih daripada 6,000 pesanan untuk ORA GOOD CAT di Thailand dalam tempoh 48 jam prajualannya dan ia mengumumkan pelancaran rasminya di sana pada 29 Oktober lalu.

ORA GOOD CAT ialah model pertama yang berasaskan kepada platform dwi-teknologi GWM "L.E.M.O.N + Coffee" dan telah menjadi salah satu model utama jenama ORA.

Launch of ORA GOOD CAT in Thailand
Launch of ORA GOOD CAT in Thailand

Dengan garisan halus, penampilan keseluruhan ORA GOOD CAT kelihatan bulat dan penuh, menjadikannya tersendiri. Lampu puncak LEDnya bulat dan kelihatan secomel sepasang mata kucing. Dua warna kontras seperti kombinasi antara hijau dan putih, merah dan hitam, baik dari segi penampilan mahupun reka bentuk dalaman, menjadikannya retro dan bergaya.

ORA GOOD CAT mempunyai sistem pemanduan elektrik bersepadu 3-dalam-1 yang dicirikan oleh kapasiti penyimpanan kuasa yang lebih kuat, kecekapan pengecasan yang lebih tinggi, meningkatkan jarak dan kepantasan pengecasannya dengan berkesan. Sekiranya anda dalam keadaan tergesa-gesa dan terlupa untuk mengecas bateri terlebih dahulu, sistem ini dapat mengecas bateri dengan jarak 100 km dalam 12 minit.

Ia dapat mencecah paras bateri 30%-80% dalam 30 minit dan jarak maksimum 500km apabila dicas sepenuhnya.

Dari segi pengalaman pemanduan, ORA GOOD CAT dilengkapi dengan konfigurasi yang lebih pintar dan lebih selamat, lalu menjadikannya lebih mesra pengguna. Ia mempunyai tempat duduk kulit yang halus manakala ketinggian tempat duduk dan sudut penyandar boleh dilaraskan dengan bebas. Ia juga mempunyai tiga set memori tempat duduk yang boleh diaktifkan dengan cepat untuk disesuaikan dengan tabiat memandu pengguna yang berbeza.

Sungguh luar biasa kerana tempat duduk pemandu boleh menyediakan fungsi urutan apabila pemandu letih.

Seterusnya, terdapat konfigurasi bantuan keselamatan. ORA GOOD CAT dilengkapi dengan kawalan jelajah mudah suai ACC dan sistem imej berpanorama 360-darjah. Apabila pengguna memandu di jalan raya bandar yang sesak, fungsi di atas akan membolehkan pengguna mendapat pemandangan yang jelas terhadap persekitaran sekeliling. Ia boleh bergerak secara automatik untuk mengikuti kenderaan di hadapan, mengikut keadaan jalan raya waktu sebenar dan memperlahankan kenderaan dengan pintar apabila perlu. Ini bukan sahaja memastikan keselamatan pemanduan pengguna, tetapi juga menghilangkan kepenatan apabila memandu dalam jangka masa yang lama.

Kemunculan ORA GOOD CAT menandakan bahawa GWM telah mencapai pembangunan yang mantap dalam bidang tenaga baharu dengan sokongan teknologi dwi-platform.

Bahkan, sebelum pelancaran ORA GOOD CAT di Thailand, jenama ORA telahpun mempamerkan beberapa model di IAA Mobility 2021 dan mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan disediakan untuk prajualan di Eropah pada bulan Disember tahun ini.

Dong Yudong, Ketua Pegawai Eksekutif jenama ORA berkata di Persidangan Dalam Talian Pengedar Luar Negara 2021 bahawa GWM memiliki rantaian bekalan BEV yang paling lengkap dan skala pembuatan terbesar sementara bekalan produk dan kelebihan kosnya merupakan sokongan hebat untuk ORA bagi merebut bahagian pasaran global.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Corporate Expansion