BEIJING, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Laporan daripada CRIOnline:
Kira detik telah bermula untuk pembukaan Kereta Api China-Laos, sebuah projek simbolik di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan China dan menjadi saksi kepada persahabatan yang erat antara kedua-dua negara ini. Bagi mencapai matlamat keseluruhan negara ini untuk memulakan operasi kereta api berkelajuan tinggi pada penghujung tahun 2021, Power Construction Corporation of China (PowerChina) telah menangani pelbagai cabaran dalam seluruh proses pembinaan infrastruktur kuasa untuk projek ini sepanjang lima tahun yang lalu termasuk keadaan geologi yang rumit, sejumlah besar terowong dan risiko besar di tapak pembinaan. Tujuannya adalah untuk mewujudkan projek demonstrasi Sino-asing dengan memperjuangkan semangat ketukangan pada setiap peringkat pembinaan jalan raya, jambatan dan terowong. Kejayaan terakhir Terowong Lamengshan, salah satu daripada enam tugas penerowongan kereta api mencabar yang dilaksanakan oleh PowerChina dan sebahagian besar daripada keseluruhan projek ini, berjalan pada Julai 2020, menyediakan asas untuk menyiapkan kerja-kerja meletakkan landasan projek ini.
Berdasarkan kepada falsafah pembangunan mampan mesra alamnya, PowerChina komited terhadap pasaran Asia Tenggara selama lebih 20 tahun. Perusahaan milik negara ditadbir secara berpusat Cina ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara Asia-Pasifik dengan menjalankan projek-projek penting di seluruh rantau ini, seterusnya menonjolkan imej negara China sebagai sebuah negara yang komited terhadap tanggungjawab sosialnya di peringkat global.
Khususnya, PowerChina memimpin projek infrastruktur untuk Xiamen University Malaysia (XMUM), kampus luar negara pertama yang ditubuhkan oeh universiti Cina yang terkemuka. Terletak di Salak Tinggi, Selangor, 45 kilometer barat daya ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, pembinaan kemudahan ini bermula pada Oktober 2014. Projek ini mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada kerajaan Malaysia pada Ogos 2015 susulan penyiapan pembinaan asas cerucuk (sebulan), struktur utama (lapan bulan) serta kesemua peralatan dan kejuruteraan lapangan (sepuluh bulan). Ini menunjukkan prestasi syarikat yang tiada tandingan dalam menyiapkan projek infrastruktur kuasa di Malaysia dalam tempoh yang begitu singkat. Paling utama, projek ini telah mendapat banyak pujian baik di China mahupun Malaysia dan pada tahun 2020, memenangi Luban Prize, pengiktirafan tertinggi untuk kualiti sesebuah projek dalam sektor kejuruteraan pembinaan Cina.
Selain itu, Projek Kuasa Solar Fotovolta Dau Tieng di Vietnam, iaitu projek PV terbesar yang dijalankan oleh PowerChina di Asia Tenggara, meraih Asian Power Award 2019. Projek yang memenangi anugerah ini membuka laluan untuk firma ini menjadi bukan sahaja peneraju, tetapi juga pemacu utama dalam pertumbuhan pesat pasaran tenaga boleh diperbaharui Vietnam.
Hubungi: Zhao Junpeng, +86-10-68892980, zhaojunpeng@cri.cn