omniture

OANDA jalin kerjasama dengan CONVRS revolusikan proses pembukaan akaun

OANDA
2021-11-10 06:45 140

LONDON, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Peneraju global bagi perkhidmatan perdagangan berbilang aset dalam talian, data mata wang dan analitik, OANDA bekerjasama dengan platform penglibatan pelanggan diperibadikan, CONVRS untuk meningkatkan proses pembukaan akaun dan berinteraksi dengan pelanggan secara lebih baik.

Di bawah perkongsian ini, bakal pedagang dalam pasaran baru muncul kini dapat membuka akaun demo terus daripada pelbagai jenis aplikasi pemesejan, lalu menjadikan proses ini lebih mudah berbanding sebelum ini. Integrasi baharu ini turut membolehkan OANDA berbual dengan pelanggan dan bakal pelanggan melalui Facebook Messenger, WhatsApp, LINE, Telegram dan SMS dalam 53 bahasa.

Kurt vom Scheidt, Ketua Pegawai Operasi bersama OANDA, menyatakan, "Dalam dunia hari ni, orang ramai semakin menggunakan aplikasi pemesejan segera dalam setiap aspek kehidupan harian mereka. Justeru itu, kami ingin menaiktaraf protokol penggabungan kami untuk mencerminkan keadaan ini dengan lebih baik, memperluas saluran komunikasi kami bagi merangkumkan media sosial dan aplikasi pemesejan mudah alih yang paling popular di dunia, membawa aktiviti penglibatan pelanggan kami menuju abad ke-21 dalam proses ini."

"Menggabungkan kepakaran yang sangat mendalam dalam industri perdagangan runcit dengan penyelesaian pasang-dan-pakai yang komprehensif, CONVRS merupakan pilihan yang dijangkakan. Ia sesuatu yang mengujakan buat OANDA kerana dapat meningkatkan penglibatan dengan pelanggan kami dengan cara yang paling mudah buat mereka. Ia dilaksanakan dengan menggunakan alatan dan kaedah pilihan mereka dan bukannya alatan dan kaedah yang sebaliknya dipaksakan ke atas mereka. Kami berharap dapat memperkenalkan keupayaan pemesejan baharu kepada bidang kuasa lain di seluruh dunia pada bulan-bulan akan datang," sambung beliau.

Mengulas selanjutnya, Enis Mehmet, Pengasas Bersama di CONVRS, berkata, "Secara dasarnya merupakan sebuah firma Teknologi Kewangan, OANDA telah mendapat reputasi kerana menggunakan teknologi termaju untuk berhubung dengan keperluan pelanggan mereka yang sentiasa berubah-ubah. Melihatkan kadar terbuka mencecah 85% untuk aplikasi pemesejan, OANDA kini bertemu dengan pelanggannya di mana mereka berada. Berupaya menyokong mereka melalui pelbagai saluran yang tersedia, kami berharap dapat bekerjasama dari segi bagaimana mereka berinteraksi dengan pelanggan dalam tahap perjalanan pelanggan yang lain."

Latar Belakang OANDA 

Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA merupakan syarikat pertama yang berkongsi data kadar pertukaran secara percuma di Internet, melancarkan platform perdagangan FX yang membantu mempelopori pembangunan perdagangan mata wang berasaskan web lima tahun kemudian. Hari ini, kumpulan ini menyediakan perdagangan berbilang aset dalam talian, data mata wang dan analitik kepada pelanggan runcit dan korporat, menunjukkan kepakaran yang tiada tandingan dalam pertukaran asing. Dengan entiti dikawal selia dalam sembilan pasaran kewangan yang paling aktif di dunia, OANDA tetap berdedikasi untuk mentransformasikan perniagaan pertukaran asing. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi oanda.com atau ikuti kami di Twitter, Facebook atau YouTube.

Latar Belakang CONVRS 

CONVRS (conv.rs) ditubuhkan pada tahun 2018 dan ketika ini digunakan oleh lebih 25 pengantara kewangan termasuk broker FX/CFD dan penyelesaian perbankan digital yang terkemuka. Teknologi ini mengintegrasikan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, Telegram, Messenger, LINE bersama-sama dengan SMS dan sembang laman sesawang pada platform omnisaluran dipacu AI, bagi menyelaraskan perbualan syarikat dan pelanggan. Ditubuhkan oleh dua veteran industri pasaran kewangan, CONVRS kini merupakan rakan yang utama untuk pengantara kewangan yang ingin berinteraksi dengan pelanggan mereka dalam pengalaman perbualan, bermula dengan membuka akaun demo, berbual dengan ejen perniagaan atau menerima kandungan dipilih atur yang diperibadikan.

 

 

 

 

Source: OANDA
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements Data Analytics