omniture

Syarikat Pemula Teknologi Pendidikan berpangkalan di Seoul Mathpresso Peroleh Pelaburan Strategik daripada Google

Mathpresso
2021-11-10 18:53 102

SEOUL, Korea Selatan, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, syarikat pemula teknologi pendidikan (edtech) berpangkalan di Seoul Mathpresso mengumumkan bahawa ia telah menerima pelaburan daripada Google.

Seoul-based Edtech Startup Mathpresso Secures Strategic Investment from Google
Seoul-based Edtech Startup Mathpresso Secures Strategic Investment from Google

Mathpresso mengendalikan aplikasi utamanya 'QANDA', iaitu platform pembelajaran mudah alih berkuasa AI untuk pelajar K-12. Dengan mengenal pasti teks dan rumus matematik dalam foto menerusi teknologi pengecaman aksara optik (OCR), QANDA memberi penyelesaian terperinci dan kandungan pembelajaran diperibadikan yang memenuhi keperluan setiap tahap pengguna. Sejak pelancarannya, aplikasi ini telah mengumpul lebih 45 juta pengguna berdaftar dan 3 bilion data pendidikan. Dengan matlamat untuk menjadi ekosistem global dengan semua sumber pendidikan, Mathpresso melancarkan ciri-ciri tambahan di QANDA awal tahun ini termasuk model langganan Premium yang menawarkan ceramah video bersaiz bait dan ciri Komuniti yang dapat meningkatkan pembelajaran kolaboratif.

Mathpresso dan Google menyaksikan sinergi yang menyokong pengalaman pembelajaran digital komprehensif para pelajar pada skala global. Lebih 85% pengguna QANDA yang menetap di luar Korea, dengan kumpulan penggunanya yang paling mantap terdiri daripada Jepun, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Setiap hari, kira-kira 10 juta foto dimuat naik ke QANDA di seluruh dunia. Platform ini mempunyai sistem pengkategorian kurikulum tersendiri yang mengklasifikasikan masalah matematik kepada bab, bahagian dan genre.

"Pelaburan oleh Google membuka peluang yang menarik untuk Mathpresso dan meningkatkan keupayaan kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelajar di seluruh dunia," kata Soo Nahm, Ketua Pegawai Kewangan Mathpresso. "Tumpuan khusus ke atas pendidikan telah lama dianggap sebagai tonggak penting untuk pembangunan ekonomi luar biasa Korea, memandangkan negara ini memegang salah satu tahap pencapaian pendidikan yang tertinggi berserta salah satu sistem pembelajaran yang paling sofistikated di dunia. Berserta pendanaan Siri C baru-baru ini, pelaburan ini akan membantu kami mempercepatkan pengembangan pasaran global kami serta kemajuan teknologi kami."

Syarikat pemula ini ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ray Lee dan Jake Lee yang pada mulanya membangunkan QANDA sebagai perkhidmatan soal jawab (Q&A) 1:1 bersama tutor universiti yang terkemuka. Pada tahun 2017, QANDA mengguna pakai carian OCR berasaskan AI yang mendorong pertumbuhan yang pesat dalam kalangan pelajar K-12 dengan pantas. Hari ini, QANDA digunakan oleh lebih 12 juta pengguna setiap bulan di lebih 50 negara dan telah meraih tempat kedudukan teratas di lebih 20 negara. Pada bulan Julai, Mathpresso mengumumkan bahawa ia mengumpul $50 juta dalam pendanaan siri C daripada pelabur-pelabur termasuk Yellowdog, GGV Capital, Goodwater Capital dan lain-lain.

Latar Belakang Mathpresso 
Dengan misi untuk menyediakan pendidikan yang paling berkesan untuk semua, Mathpresso mengendalikan platform pembelajaran yang terkemuka di dunia, QANDA, aplikasi pembelajaran berasaskan AI yang membolehkan pelajar daripada semua peringkat untuk menerima jawapan segera dan sumber pembelajaran yang disesuaikan. Diiktiraf atas kemajuan teknologinya, Mathpresso dipilih sebagai GSV Edtech 150, wakil negara bagi acara Google AI for Social Good APAC pada tahun 2018 dan penceramah jemputan di Sidang Kemuncak Sektor Awam AWS ASEAN pada tahun 2019. Sejak tahun 2015, Mathpresso telah mengumpul lebih $105 juta secara keseluruhan daripada pelabur-pelabur termasuk SoftBank Ventures Asia, Legend Capital, Mirae Asset Investment, GGV dan Goodwater Capital. Beribu pejabat di Seoul, Mathpresso mempunyai pejabat di Tokyo, Hanoi, Jakarta dan Bangkok.

Source: Mathpresso
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Venture Capital